HOME Ginza Mengisi masa lapang ketika melancong! Bumbung teres di "Ginza"
Mengisi masa lapang ketika melancong! Bumbung teres di "Ginza"

Mengisi masa lapang ketika melancong! Bumbung teres di "Ginza"

Update:

"Bumbung" adalah tempat yang sempurna untuk mengambil nafas yang jauh dari hiruk-pikuk Ginza ini. Apa kata anda singgah di kafe teres di atas bumbung semasa membeli-belah yang boleh didapati di pelbagai tempat di Ginza?

"Ginza Terrace" yang luas dan lapang

"Ginza Terrace" yang luas dan lapang

Ginza Terrace berada di dalam "Mitsukoshi Ginza" yang terletak di persimpangan Ginza Chuo-dori dan Harumi-dori. Apabila anda pergi ke tingkat lapan, kedatangan anda akan dialu-alukan oleh padang rumput dan pelbagai tumbuhan bermusim yang terdapat di "Ginza Terrace". Di dek kayu, meja dan kerusi disusun supaya pengunjung boleh duduk dan makan makanan ringan yang dibeli dari kedai-kedai makanan di tingkat bawah tanah atau di kafe di tingkat yang sama. Di samping itu, terdapat dewa penjaga yang dipanggil Ginza Shusse Jidouzon di sudut teres ini. Dikatakan bahawa orang yang berdoa di sini, dapat dinaikkan pangkat ataupun berjaya di dalam kerjaya.

  • Ginza Terrace, Ginza Mitsukoshi
    銀座三越 9階 銀座テラス
    • Address 4-6-16 Ginza, Chuo-ku, Tokyo 104-8212, Japan

Nikmati rasa bermusim di "Minori Cafe"

Nikmati rasa bermusim di "Minori Cafe"

Minori Cafe terletak di tingkat yang sama dengan teres taman, dan tempat yang popular untuk menikmati sayur-sayuran dan buah-buahan bermusim dengan selesa. Ia menyediakan makanan ringan dan pencuci mulut yang kaya dengan sayur-sayuran serta menu harian yang lain. "Set Sandwich Hari Ini" didatangkan dengan salad hijau dan sup. Menu popular yang menawarkan bahan-bahan bermusim Jepun dan bahan-bahan tradisional termasuk kentang goreng Hokkaido, nuget ayam tempatan, minuman beras menggunakan 100% beras tempatan, teh tempatan, koktel buah-buahan dan lain-lain.

  • MINORI CAFE
    みのりカフェ
    • Address 4-6-16 Ginza, Chuo-ku, Tokyo 104-8212, Japan

"Soratoniwa GINZA" tempat yang jauh dari hiruk-pikuk

"Soratoniwa GINZA" tempat yang jauh dari hiruk-pikuk

"Matsuya Ginza" terletak di sepanjang Chuo-dori. "Soratoniwa GINZA" ditemui di atas bumbung, yang merupakan tempat istirehat tersembunyi yang popular. Di sini, pelbagai acara akan diadakan untuk setiap musim. Di suatu ruang yang elegan, terdapat dewa penjaga yang dipanggil Ryuko Fudoson. Dikatakan bahawa, pengunjung yang datang berdoa di sini mendapat kejayaan dalam kerjaya serta kebahagiaan dalam perkahwinan.

  • Soratoniwa GINZA, Matsuya Ginza
    松屋銀座 屋上 ソラトニワGINZA
    • Address 3-6-1 Ginza, Chuo-ku, Tokyo 104-8130, Japan
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini