HOME Odaiba Marilah mengelilingi Odaiba buat pertama kali dengan pelan ini
Marilah mengelilingi Odaiba buat pertama kali dengan pelan ini

Marilah mengelilingi Odaiba buat pertama kali dengan pelan ini

Update:

Memperkenalkan tempat menarik dan terkenal di Odaiba dari "Stesen Daiba" di Yurikamome sehinggalah ke "Stesen Aomi". Oleh kerana terdapat pelbagai tempat hiburan, marilah berseronok selama seharian di sini.

Dek pemerhatian berbentuk sfera Fuji Television "Hachitama"

Dek pemerhatian berbentuk sfera Fuji Television "Hachitama"

"Hachitama" yang kelihatan seperti sebiji bola bulat berwarna perak terapung di antara 2 buah bangunan merupakan sebuah dek pemerhatian di tingkat 25 di bangunan pejabat Fuji Television. Ia merupakan sebahagian binaan stesen penyiaran televisyen dan bayaran masuk adalah 550 JPY. Dari dek ini, para pengunjung boleh melihat panorama sekitar tempat menarik di Tokyo seluas 270 darjah.

  • "Hachitama" Spherical Observation Room
    フジテレビ球体展望室「はちたま」
    • Address 2-4-8, Daiba, Minato-ku, Tokyo, 137-8088, Japan

Menikmati makan tengah hari di "TARLUM BIANCO"

Menikmati makan tengah hari di "TARLUM BIANCO"

Bagaimana dengan makan tengah hari sambil menikmati pemandangan Rainbow Bridge dan persisiran teluk Tokyo? "TARLUM BIANCO" yang terletak di Odaiba Seaside Park menawarkan masakan daripada bahan-bahan mentah yang segar yang dipilih sendiri oleh chef mereka di Tsukiji Market. Harganya amat berpatutan kira-kira 1,000 JPY bagi menu hidangan daging atau ikan, salad, sup dan juga minuman.

  • TARLUM BIANCO
    TARLUM BIANCO
    • Address 1-4-1, Daiba, Minato-ku, Tokyo, 135-0091, Japan

Mengambil gambar di "Gundam Statue"

Mengambil gambar di "Gundam Statue"

"Mobile Suit Gundam" juga boleh dikatakan sebagai anime robot yang utama di Jepun. Patung gundam yang amat terkenal di dalam dan luar negara ini juga merupakan simbol kepada pusat membeli-belah di situ iaitu "Divercity". Ia sering dikunjungi oleh para peminat gundam dari dalam dan luar negara yang ingin melihat sendiri patung gundam dalam saiz yang sebenar dengan yang sedang dipasang oleh mereka. Jika anda mengambil gambar patung gundam tersebut dari bahagian bawah ke atas, pasti terhasil satu gambar yang seolah-olah menunjukkan kekuatan patung gundam tersebut.

  • DiverCity Tokyo Plaza Gundamfront Tokyo
    ダイバーシティ東京 ガンダム立像
    • Address 1-1-10, Aomi, Koto-ku, Tokyo, 135-0064, Japan

Membeli-belah di "Venus Fort"

Membeli-belah di "Venus Fort"

Dalam kompleks beli-belah "Venus Fort", terdapat deretan kedai berbumbung yang menyerupai bandar Eropah pada abad 17 hingga abad 18. Terdapat lebih kurang 180 buah kedai yang menjual pelbagai barangan seperti barangan harian, pakaian, barang kemas, binatang peliharaan dan "outlet". Selain itu, di sini juga terdapat kafe, kedai makan Jepun, Cina, Barat dan lain-lain lagi.

Melihat pemandangan di "Ferris Wheel Palette Town"

Melihat pemandangan di "Ferris Wheel Palette Town"

Ia merupakan sebuah roda berputar gergasi yang berketinggian mencecah 115m. Ia merupakan lokasi yang paling sesuai untuk melihat tempat menarik di Tokyo pada hari cuaca baik seperti Tokyo Tower, TOKYO SKYTREE(R), Rainbow Bridge dan sebagainya. Satu gondola boleh memuatkan seramai 6 orang dengan bayaran 920 JPY seorang bagi dewasa. Satu pusingan mengambil masa 16 minit. Tiket boleh dibeli di sini pada hari hari tersebut. Pada waktu malam pula, ia dihiasi dengan cahaya lampu yang pasti memberikan suasana yang romantik.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini