HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Kanagawa Kamakura Percutian singkat untuk melihat pantai! Bersiar-siar di Enoshima
Percutian singkat untuk melihat pantai! Bersiar-siar di Enoshima

Percutian singkat untuk melihat pantai! Bersiar-siar di Enoshima

Last updated: 10 Julai 2020

"Enoshima" merupakan pulau untuk pelancongan dan bersantai. Ia merupakan destinasi popular yang boleh memenuhi kepuasan untuk berseronok di mana tempat ini lengkap dengan deretan kedai makan dan minum, kedai cenderamata, taman permainan serta fasiliti sukan air. Mari melawat lokasi laut terkenal ini yang hanya mengambil masa hanya dalam 1 jam dari Tokyo.

  1. 1
    "Enoshima Aquarium (Shin-Enoshima Suizokukan)" destinasi popular untuk ketenangan
  2. 2
    Berjalan di Sando (jalan ke kuil Shinto) dan melawat "Enoshima Jinja"
  3. 3
    Melawat dek permerhatian dan rumah api "Enoshima Sea Candle"
  4. 4
    Menikmati ikan bilis yang segar dengan bau laut
  5. 5
    Menikmati sarapan paling sedap di dunia di "bills Shichirigahama"
1

"Enoshima Aquarium (Shin-Enoshima Suizokukan)" destinasi popular untuk ketenangan

"Enoshima Aquarium (Shin-Enoshima Suizokukan)" destinasi popular untuk ketenangan

Melawat "Enoshima Aquarium" yang terletak 3 minit dari Stesen Katase-Enoshima dengan berjalan kaki. Terdapat pelbagai pameran kreatif seperti aquarium besar yang merealisasikan keadaan di dalam laut Teluk Sagami serta pantai untuk penyu. Terdapat juga kolam renang untuk penguin dan anjing laut, serta pertunjukan ikan lumba-lumba yang dianjurkan 3 - 5 kali setiap hari, 2 jenis pertunjukan pada sabtu, ahad dan hari cuti umum. Terdapat juga dewan fantasi (fantasy hall) yang popular di kalangan wanita kerana ketenangannya, di mana ia merupakan ruangan mistik yang kebiasaaanya akan dipenuhi sebanyak 15 jenis ubur-ubur yang terapung dan menghanyut yang kelihatan seperti berenang.

2

Berjalan di Sando (jalan ke kuil Shinto) dan melawat "Enoshima Jinja"

Berjalan di Sando (jalan ke kuil Shinto) dan melawat "Enoshima Jinja"

Jika berjalan kaki selama 15 minit dari Enoshima Aquarium menuju ke arah Jambatan Enoshima, akan tiba di Laluan Masuk Sando (Sando Iriguchi) yang dikenali sebagai Torii Gangsa (Seido no Torii). Torii (pagar tradisional Jepun yang seringkali ditemui di pintu masuk kuil Shinto dan juga boleh ditemui di sebahagian kuil Buddha) ini telah dibina pada tahun 1747, jika melalui Torii ini, dan terus berjalan melepasi laluan Sando yang meriah dengan kedai jualan cenderamata serta kedai makan dan minum, akan kelihatan Torii merah. Jika berjalan naik tangga batu itu, akan ada Goshinmon (gerbang jinja), dan jika teruskan lagi perjalanan, akan tiba di Enoshima Jinja. Enoshima Jinja terdiri dari 3 jinja (kuil Shinto) iaitu Hetsumiya, Nakatsumiya dan Okutsumiya, yang dipuja dengan 3 dewi pada setiap jinja. Manakala di Ho an den, berhala Benzaiten dipuja, dan ia dikira salah satu dari tiga Benzaiten terbesar di Jepun.

3

Melawat dek permerhatian dan rumah api "Enoshima Sea Candle"

Melawat dek permerhatian dan rumah api "Enoshima Sea Candle"

Jika berjalan selama 5 minit melalui jalan curam dari Enoshima Jinja, akan tiba di "Enoshima Samuel Cocking Garden" yang terletak di kawasan puncak Enoshima. Ia merupakan taman dengan pemandangan yang sangat indah, dibina semula di kawasan tinggalan taman besar gabungan kebudayaan Timur dan Barat yang dibina oleh Samuel Cocking, iaitu seorang pedagang British pada tahun 1880. Terdapat "Enoshima Sea Candle", iaitu dek permerhatian dan rumah api dalam kawasan taman, di mana ketinggiannya adalah 100 meter dari paras laut, boleh melihat pemandangan sekeliling seluas 360°. Jika cuaca baik, boleh nampak juga Gunung Fuji. Untuk makluman, bayaran masuk sebanyak 200 yen dikenakan bagi Enoshima Samuel Cocking Garden, dan bayaran 300 yen bagi seorang dewasa dikenakan untuk naik ke dek permerhatian Enoshima Sea Candle.

4

Menikmati ikan bilis yang segar dengan bau laut

Menikmati ikan bilis yang segar dengan bau laut

Jika terasa lapar setelah banyak berjalan, sila pergi ke "Enoshima Uomitei", di mana terdapat masakan yang menggunakan pelbagai jenis makanan laut yang berkualiti tinggi. Shirasu Don, iaitu masakan yang menggunakan ikan bilis mentah yang baru ditangkap dari laut pada awal pagi sangat popular. Kesegaran ikan bilis mentah mudah menurun, menjadikan masakan ini masakan tempatan yang hanya boleh dinikmati di kawasan yang berhampiran dengan kawasan tangkapan makanan laut. Untuk makluman, terdapat juga hari di mana menu ini tidak dapat disediakan atas sebab keadaan hasil tangkapan ikan pada hari tersebut. Bagi hari seperti itu, sila nikmati masakan "Kamaage Shirasu" yang diperbuat daripada ikan bilis yang direbus dengan air garam dan kemudiannya dijemur bawah sinaran matahari. Terdapat juga "Enoshima Don", iaitu masakan yang terkenal di Enoshima yang diperbuat daripada isi siput pusar yang dipotong dan direbus serta dibungkus dengan telur.

  • Enoshima Uomitei
    江ノ島 魚見亭
    • Address 2-5-7, Enoshima, Fujisawa-shi, Kanagawa, 251-0036, Japan
5

Menikmati sarapan paling sedap di dunia di "bills Shichirigahama"

Menikmati sarapan paling sedap di dunia di "bills Shichirigahama"

Shichirigahama boleh dilawati dengan menaiki Enoden sehingga ke stesen yang ketiga, 10 minit dari Stesen Enoshima. Pemandangan yang dapat dinikmati dari tingkap Enoden yang bergerak seperti tram di persisiran pantai juga sangat menakjubkan. Jika tiba di Stesen Shichirigahama, sila menuju ke arah pantai, dan pergi ke "bills Shichirigahama", all day casual dining. Kedai ini merupakan cawangan luar negara yang pertama bagi kedai bills dari Sydney, yang dinobatkan sebagai "sarapan pagi paling sedap di dunia", di mana ia mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk artis dari Hollywood. Sila nikmati Ricotta Pancake yang sangat lembut dan gebu, sambil melihat pemandangan laut.

  • bills shichirigahama
    bills 七里ヶ浜
    • Address 1-1-1, Shichirigahama, Kamakura-shi, Kanagawa, 248-0026, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari