HOME Ikebukuro Bersiar-siarlah secara santai di "Ouji Minowa", wangian zaman Edo yang masih ketinggalan jelas hingga ke hari ini.
Bersiar-siarlah secara santai di "Ouji Minowa", wangian zaman Edo yang masih ketinggalan jelas hingga ke hari ini.

Bersiar-siarlah secara santai di "Ouji Minowa", wangian zaman Edo yang masih ketinggalan jelas hingga ke hari ini.

Update:

"Ouji" yang dahulu kalanya amat meriah dengan orang ramai kerana ia merupakan jalan yang digunakan oleh "Tokugawa Shogun"(General Tokugawa) sebagai laluan "Nikko Shasan"(Upacara menziarahi Kuil) ketika zaman Edo. Pada masih kini, masih wujud tempat-tempat yang masih jelas kelihatan tinggalan budaya zaman Edo. Jom kita merasai suasana tradisional Jepun dengan bersiar-siar di sini.

Status "Kanto Inari Jinja Sosha" yang berterusan dari zaman Edo hingga kini

Status "Kanto Inari Jinja Sosha" yang berterusan dari zaman Edo hingga kini

Dari zaman Edo lagi, "Ouji Inari Jinja" ini adalah kuil yang terkenal sebagai model lukisan dan sehingga kini masih lagi disukai dan disayangi oleh ramai orang. Ianya merupakan "Sohonzan" (Kuil Utama) bagi "Inari Jinja" (Kuil Inari) kerana, terdapat lagenda yang mengatakan bahawa, Dewa Musang bagi keseluruhan kawasan Kanto berkumpul di situ pada malam "Oomisoka" (31 Disember). Anda boleh merasai suasana Edo dengan secara bersahaja kerana ia boleh diakses dengan mudah dengan jarak hanya 500 m menghala ke Utara-Barat dari Stesen Ouji. Terdapat batu yang diberi nama "O-ishi-sama" yang dimuliakan dan berada bersebelahan dengan "Hongusha"(Kuil Utama) yang terletak di bahagian dalam kanan "Shaden" (Bangunan Utama Kuil Shinto). Batu ini dijnjing ke atas semasa menuturkan doa, dan kebarangkalian doa seseorang itu untuk direalisasikan adalah mengikut berat batu yang dirasai semasa mengangkatnya. Anda boleh menguji nasib anda dengan bersinggah sebentar di sini sewaktu sedang berjalan-jalan.

Aneka barangan bermotifkan musang yang dijual di kawasan "bandar kedai lama"

Aneka barangan bermotifkan musang yang dijual di kawasan "bandar kedai lama"

Ia adalah satu bandar di mana terdapat lebih kurang 90 buah kedai bermula dari pintu utara Stesen Ouji sehinggalah laluan pedestrian "Onagabashi" (Jambatan Onaga). Kawasan ini cukup terkenal oleh kerana suasananya yang cukup "peramah" yang menjadi simbol bagi bandar ini sejak dari zaman Edo lagi. Juga terdapat kedai yang menjual aksesori berkaitan dengan "Ouji Inari Jinja" di sini. Terdapat pelbagai acara atau sambutan yang diadakan yang antaranya ialah "Ouji Jozoku We no Kishi" yang diadakan pada setiap bulan pada hari Sabtu minggu ketiga.

  • Ouji Ginza Shopping Street
    王子銀座商店街
    • Address 2-30-1 Oji, Kita-ku, Tokyo 114-0002, Japan

Taman yang diiktiraf sebagai taman pertama di Jepun yang terkenal dengan pohon Sakura.

Taman yang diiktiraf sebagai taman pertama di Jepun yang terkenal dengan pohon Sakura.

Dalam banyak-banyak taman di tokyo, "Asukayama Koen" (Taman Asukayama) adalah taman yang terkenal dengan pohon Sakura-nya. Taman ini bersama-sama "Ueno koen" dan juga beberapa taman lain yang telah diiktiraf sebagai "Nihonhatsu no Koen" ini pada asalnya dibangunkan sebagai tempat bersiar-siar pada zaman Edo. Terdapat Museum Kita-ku Asukayama yang mempamerkan makanan tradisi tempatan di dalam taman ini. Terdapat banyak tempat yang boleh dilawati di dalam taman ini seperti "Shisenmon no Kami no Hakubutsukan" (Museum Kertas), "Jimoto no Shisanka" (Rumah-Rumah Kenamaan) dan juga "Kyu-shibusawa Koen" (Bekas Taman Shibusawa) yang telah diiktiraf sebagai salah satu dari artifak bersejarah penting negara.

Empat air terjun yang mengelilingi bahagian dalam "Nihon Teien" (Taman Tradisional Jepun) yang rimbun dengan kehijauan

Empat air terjun yang mengelilingi bahagian dalam "Nihon Teien" (Taman Tradisional Jepun) yang rimbun dengan kehijauan

Hatano Magohachi merupakan ketua kampung Ouji pada zaman Edo yang telah menyemai dauh teh dengan membuka air terjun dan membuka akses ke taman ini agar orang ramai boleh menggunakannya. Empat air terjun yang disebut sebagai "Odaki", "Medaki", "Dokko no Taki" dan juga "Yugyo no Taki" ini telah pun berjaya direproduksi semula. Di sini juga anda boleh menikmati permandangan mengikut peredaran empat musim kerana di dalam taman ini ada ditanam pokok-pokok seperti Keyaki, Ishi dan juga Yamamomiji.

Kedai Usang "Ouji Yakimono" (barangan tembikar Ouji) yang beroperasi sejak penubuhannya pada tahun 1648

Kedai Usang "Ouji Yakimono" (barangan tembikar Ouji) yang beroperasi sejak penubuhannya pada tahun 1648

Pada zaman Edo, Ouji cukup terkenal sebagai kawasan percutian dan pemandangan sekelilingnya yang cukup cantik. Terdapat banyak restoran-restoran yang berdiri menyusuri Sungai Otonashi dan, "Oogiya" merupakan restoran yang terkenal dengan sejarahnya yang menjangkau hampir 300 tahun. Restoran ini telah disebut di dalam pementasan "Ouji no Kitsune"(Musang Ouji) dan juga telah menempatkan nama di dalam peta jalan-jalan cari makan di zaman Edo. Pada masa kini, restoran ini beroperasi sebagai kedai telur bakar istimewa buatan sendiri. Rasa gaya Edonya yang tidak terlalu manis menjadikan ia menu popular dan sering habis dijual ketika petang menjelma.

  • Oji Ogiya
    • Address 1-1-7, Kishimachi, Kita-ku, Tokyo, 114-0021
      View Map
    • Nearest Station Oji Station (JR Keihin-Tohoku Line / Tokyo Metro Namboku Line)
      1 minute on foot
    • Phone Number 03-3907-2567
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini