HOME Pinggir bandar Saitama Pasti akan terpegun dengan bandar yang bersejarah ini! Suasana 400 tahun dahulu masih dapat dirasakan di Koedo Kawagoe
Pasti akan terpegun dengan bandar yang bersejarah ini! Suasana 400 tahun dahulu masih dapat dirasakan di Koedo Kawagoe

Pasti akan terpegun dengan bandar yang bersejarah ini! Suasana 400 tahun dahulu masih dapat dirasakan di Koedo Kawagoe

Update: 4 Oktober 2016

Kawagoe, pada zaman Edo terkenal sebagai Jokamachi (bandar yang dikelilingi istana) dan kini dipanggil "Koedo (Edo kecil)". Terdapat banyak peninggalan kuil dan bekas sejarah di samping pemandangan yang pasti mengujakan. Setelah tiba di Kawagoe, pertama sekali mari bertukar kepada pakaian orang dahulu iaitu kimono dan berjalan-jalan di Kurazukuri no Machinami iaitu pekan yang mempunyai bangunan gudang.

Mari menyewa kimono untuk lebih menjiwai suasana di Jepun!

Mari menyewa kimono untuk lebih menjiwai suasana di Jepun!

Alang-alang berjalan di Kawagoe, bukankah lebih bagus jika bertukar fesyen kepada pakaian tradisional Jepun iaitu kimono! "Vivian" adalah sebuah kedai yang menyediakan perkhidmatan menyewa kimono. Terdapat pelbagai pilihan warna seperti merah, biru, hijau dan lain-lain serta pelbagai pilihan corak fabrik yang menjadikan satu keistimewaan bagi kedai ini. Anda boleh memilih corak kegemaran daripada beratus-ratus pilihan kimono di kedai ini dan selepas itu kakitangan kedai akan membantu untuk mencarikan obi (tali pinggang lebar untuk mengikat kimono) yang sesuai.

Bila sudah bersedia, mari ke bandar Koedo

Bila sudah bersedia, mari ke bandar Koedo

Aksesori seperti sarung kaki, kasut terompah, perkhidmatan menyarungkan kimono dan menghias rambut, sudah tentu kesemua ini boleh diserahkan kepada kedai untuk menyediakannya. Harga sewanya sangat berpatutan iaitu dari 2,000 JPY (tidak termasuk GST) bagi wanita dan 3,000 JPY (tidak termasuk GST) bagi lelaki dan anda akan memperolehi satu pengalaman di Kawagoe yang tidak akan dilupakan.

  • Bibian
    • Address 14-5, Saiwaicho, Kawagoe-shi, Saitama, 350-0063
      View Map
    • Nearest Station Hon-Kawagoe Station (Seibu Shinjuku Line)
      20 minutes on foot
    • Phone Number 090-3524-8979

Simbol bandar yang tidak pernah berhenti memberitahu masa sejak dari 400 tahun dahulu

Simbol bandar yang tidak pernah berhenti memberitahu masa sejak dari 400 tahun dahulu

Tempat yang semestinya dilawati jika ke Kawagoe ialah simbol bandar setinggi 16 meter iaitu "Toki no Kagami (Menara Loceng)". Menara pertama telah dibina lebih kurang 400 tahun dahulu iaitu di awal zaman Edo dan yang kekal kini adalah menara ke-4 yang dibina semula selepas berlaku kebakaran besar Kawagoe (Kawagoe Taika) di awal zaman Meiji. Menara ini terdiri daripada bangunan kayu 3 tingkat, yang berfungsi untuk memberitahu masa dengan membunyikan loceng yang akan menghasilkan bunyi yang kuat pada setiap pukul 6 pagi, 12 tengah hari, 3 petang dan 6 petang. Pada tahun 1996, "Toki no Kagami (Menara Loceng)" yang telah menyaksikan perubahan yang berlaku pada bandar Kawagoe ini telah terpilih sebagai "100 bunyi di Jepun (100 Soundscapes of Japan) yang mahu dikekalkan".

  • Toki-no Kane
    • Address 15-7, Saiwaicho, Kawagoe-shi, Saitama, 350-8601
      View Map
    • Nearest Station Hon-Kawagoe Station (Seibu Shinjuku Line)
      15 minutes on foot
    • Phone Number 049-224-6097

Menghayati suasana zaman silam sambil menikmati manisan

Menghayati suasana zaman silam sambil menikmati manisan

Kashiya Yokocho iaitu deretan lebih daripada 20 buah kedai di lorong berbatu yang menjual manisan ini sentiasa dimeriahi dengan kunjungan orang ramai. Di hadapan kedai dipamerkan pelbagai jenis manisan dan makanan ringan yang dibungkus cantik yang mengingatkan nostalgia lama serta manisan tradisional Jepun seperti Nikki Ame (gula-gula kulit kayu manis).

Manisan yang menghubungkan zaman kini dan dahulu

Manisan yang menghubungkan zaman kini dan dahulu

Sejarah kejiranan di sini bermula sejak lama dahulu iaitu di awal zaman Meiji. Selepas Gempa bumi besar Kanto pada tahun 1923, kedai-kedai manisan Tokyo digantikan dengan pelbagai kedai yang membuat dan menjual manisan sehingga dikatakan terdapat lebih daripada 70 buah kedai manisan terbina di awal zaman Showa.

Menghayati bandar retro sambil menikmati makanan

Menghayati bandar retro sambil menikmati makanan

Bau wangi shoyu (kicap soya jepun) memenuhi segenap ruang apabila berjalan melalui lorong di sini. Anda boleh menghayati suasana retro di deretan kedai ini sambil menikmati yaki dango (sejenis kuih tradisional Jepun yang diperbuat daripada tepung pulut, kemudian dibulat menjadi bebola, disalutkan dengan shoyu (kicap Jepun) dan dibakar).

Melawat ke kuil Shinto untuk merasai pengalaman budaya tradisional Jepun

Melawat ke kuil Shinto untuk merasai pengalaman budaya tradisional Jepun

Kuil Shinto yang mempunyai sejarah yang sangat lama dan amat membanggakan ini dikatakan telah dibina pada tahun 541. Selepas Istana Kawagoe dibina pada tahun 1457, kuil ini menjadi kuil besar Shinto yang disayangi oleh warga istana dan juga rakyat tempatan. Bangunan kuil utama dipenuhi dengan hasil seni ukiran yang halus buatannya dan telah didaftarkan sebagai harta kebudayaan tetap (Designated Cultural Property) bagi Saitama-ken.
Di Kawagoe Hikawa Jinja ( Kuil Kawagoe Hikawa) terdapat tuhan yang menjaga keharmonian keluarga dan perkahwinan yang juga dikenali sebagai dewa perkahwinan, menyebabkan ramai pengunjung melawat ke kuil ini. Anda boleh merasai budaya perayaan turun temurun Jepun setiap tahun semasa Tanabata Matsuri (Perayaan Bintang) pada bulan Ogos, Kawagoe Matsuri (Perayaan Kawagoe) pada bulan Oktober dan lain-lain perayaan.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini