HOME Roppongi 10 cara untuk menjadi arif tentang Roppongi
10 cara untuk menjadi arif tentang Roppongi

10 cara untuk menjadi arif tentang Roppongi

Update:

Roppongi merupakan sebuah kawasan yang mempunyai kelab dan bar untuk orang dewasa. Banyak kelibat pelancong luar negara dan kedai makan dari seluruh dunia yang boleh didapati di sini. Selain daripada berseronok pada waktu malam, pasti anda ingin berkunjung ke sini untuk membeli-belah juga kerana terdapat juga pusat membeli-belah berjenama mewah.

Boleh menikmati pemandangan Tokyo pada waktu siang dan malam

Boleh menikmati pemandangan Tokyo pada waktu siang dan malam

Gunung Fuji setinggi 3776m yang merupakan gunung tertinggi di Jepun boleh dilihat dari tingkat 52 di Roppongi Hills dan dek pemerhatian "Tokyo City View" ketika cuaca cerah. Mahukah anda menikmati pemandangan dengan rasa selesa di dek pemerhatian? Harga masuk dewasa adalah 1800 JPY dan anda akan mendapat potongan harga di restoran dalam bangunan Roppongi Hills apabila menunjukkan separuh tiket Tokyo City View.

  • TOKYO CITY VIEW & SKY DECK
    東京シティビュー
    • Address Roppongi Hills, Mori building 52F, 6-10-1 Roppongi, Minato-ku, Tokyo 106-6108, Japan

Mencuba DJ yang canggih di kelab malam

Mencuba DJ yang canggih di kelab malam

"Cat's Tokyo" yang terletak di persimpangan jalan Roppongi adalah kelab yang terkenal dengan ruangan yang gah dan mewah. Semua genre muzik yang dimainkan oleh DJ yang canggih adalah lagu yang asli bagi menghangatkan suasana. Pemandangan malam dan suasana meriah di Roppongi juga dapat dilihat dari tingkat 9 bangunan ini.

  • Cat’s TOKYO
    Cat’s TOKYO
    • Address Roppongi Plaza Building 8F, 3-12-6 Roppongi, Minato-ku, Tokyo 106-0032, Japan

Makan di UPSTAIRS

Makan di UPSTAIRS

Restoran "UPSTAIRS" terletak di tingkat 2 bangunan Mercedes-Benz Connection. Sambil melihat model terbaru Mercedes-Benz di skrin besar, anda boleh menikmati pasta, piza dan masakan daging dengan harga yang berpatutan. Anda disyorkan mencuba 10 makanan terhad untuk satu hari iaitu "makanan tengahari Burger Mercedes-Benz daripada 100% daging Kiryu dengan roti serbuk penaik asli."

  • Mercedes-Benz Connection UPSTAIRS
    Mercedes-Benz Connection UPSTAIRS
    • Address 7-3-10 Roppongi, Minato-ku, Tokyo 106-0032, Japan

Marilah ke taman Roborobo

Marilah ke taman Roborobo

"Taman Sakura-zaka" yang terletak di bahagian tengah Roppongi dilengkapi dengan 10 buah gelongsor yang licin dan panjang. Ia dipanggil sebagai "Taman Roborobo" kerana dihiasi dengan peralatan permainan dan objek yang menyerupai robot. Semasa membeli-belah, anda boleh membawa anak-anak ke taman permainan ini sebagai selingan.

  • Sakurazaka Park
    さくら坂公園
    • Address 6-16-46 Roppongi, Minato-ku, Tokyo 106-0032, Japan

Nikmati bandar malam, Roppongi

Nikmati bandar malam, Roppongi

Cubalah untuk berkunjung ke Roppongi pada malam Jumaat dan Sabtu. Anda boleh melihat bandar Roppongi yang berbeza pada waktu malam berbanding waktu siang seperti pelayan wanita yang memakai kimono dan golongan muda yang keluar berseronok. Seperti di Tokyo, Roppongi juga merupakan kawasan yang mempunyai ramai pelancong dari luar negara. Oleh kerana itu, terdapat banyak kedai yang boleh berbahasa Inggeris dan pelanggan juga akan berasa seronok. Jangan lupa juga untuk menyaksikan persembahan nyalaan lampu dari Tokyo Tower.

Selain daripada makanan Jepun di Lincos

Selain daripada makanan Jepun di Lincos

Pasaraya "Linkos di Roppongi Hills" terletak di dalam kawasan "Roppongi Hills". Sayuran, roti dan makanan mentah dijual di sini. Selain daripada makanan Jepun seperti tauhu dan natto (kacang soya peram", terdapat juga banyak makanan import kerana pelancong luar negara yang ramai di Roppongi. Anda boleh mencari makanan sampingan ketika lapar

Memilih buku kesenian sambil memegang kopi

Memilih buku kesenian sambil memegang kopi

Selain daripada buku dan majalah Jepun, terdapat banyak majalah kesenian dari seluruh dunia di kedai buku "TSUTAYA TOKYO ROPPONGI" yang terletak di Keyakizaka. Terdapat kedai Starbuck yang digabungkan di bahagian dalam kedai. Anda boleh memilih buku kesenian dan duduk di atas sofa dengan selesa di sini. Sudut CD dan DVD ada di tingkat 2. Ia beroperasi sehingga pukul 4 pagi yang pasti merupakan perkara gembira bagi para pengunjung.

Mencuba makanan Jepun yang dibuat oleh pekerja

Mencuba makanan Jepun yang dibuat oleh pekerja

"The Ritz-Carlton Tokyo" yang terletak di dalam kawasan Tokyo Midtown mempunyai kedai masakan Jepun "Hinokizaka". Dengan menggunakan bahan-bahan bermusim, anda dapat menikmati masakan Jepun yang disediakan oleh pakar tukang masak yang berpengalaman. Bahagian dalam kedai dipisahkan kepada 4 kawasan iaitu kaiseki (tempat duduk untuk sesuatu acara), sushi, teppanyaki dan tempura. Mari nikmati makanan tradisi Jepun sambil melihat pemandangan malam.

  • Hinokizaka
    ひのきざか
    • Address The Ritz-Carlton Tokyo, 9-7-1 Akasaka, Minato-ku, Tokyo 107-6245, Japan

Masuk ke set rancangan televisyen dan mengambil gambar kenang-kenangan!

Masuk ke set rancangan televisyen dan mengambil gambar kenang-kenangan!

Anda wajib ke stesen televisyen "TV Asahi" yang terletak di dalam kawasan Roppongi Hills jika berkunjung ke sini! Kebiasaannya, bahagian pintu masuk utama dibuka bagi membolehkan orang awam melihat set penggambaran rancangan televisyen yang popular. Ambil gambar kenang-kenangan anda di sini seperti seorang selebriti!

Melawat Izumo Taisha Tokyo Bunshi

Melawat Izumo Taisha Tokyo Bunshi

"Izumo Taisya" yang terletak di Izumo-shi, Shimane-ken merupakan sebuah kuil di Tokyo. Izumo Taisha terkenal sebagai dewa perkahwinan, ikatan percintaan, pekerjaan dan rezeki. Jika berdoa di dalamnya yang dipenuhi dengan suasana keagamaan, pasti akan mendatangkan nasib yang baik.

  • Izumo Taisha Tokyo-bunshi
    出雲大社東京分祠
    • Address 7-18-5 Roppongi, Minato-ku, Tokyo 106-0032, Japan
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini