HOME Asakusa 10 langkah untuk menjadi arif tentang Asakusa dan Ueno
HOME Ueno 10 langkah untuk menjadi arif tentang Asakusa dan Ueno
HOME Ryogoku / TOKYO SKYTREE(R) 10 langkah untuk menjadi arif tentang Asakusa dan Ueno
10 langkah untuk menjadi arif tentang Asakusa dan Ueno

10 langkah untuk menjadi arif tentang Asakusa dan Ueno

Update:

Asakusa dan Ueno merupakan sebuah bandar bersejarah, serta tempat di mana pengunjung dapat merasai kemeriahan Asia yang unik. Artikel ini akan memperkenalkan beberapa perkara yang perlu dicuba ketika berkunjung ke sini.

Bermandi asap di Kuil Sensoji

Bermandi asap di Kuil Sensoji

"Kuil Sensoji" merupakan salah satu lokasi pelancongan yang terkenal di Asakusa. Terdapat satu kawasan yang dipenuhi dengan kepulan asap di hadapan pintu utamanya. Ia dikenali sebagai "jokoro" iaitu salah satu alat keagamaan Buddha. Ia merupakan sebuah batang yang mengeluarkan bau yang dipanggil sebagai "senko." Mengikut kepercayaan rakyat, bahagian badan yang tidak sihat akan sembuh setelah dimandikan dengan kepulan asap ini.

  • Senso-ji Temple
    • Address 2-3-1, Asakusa, Taitou-ku, Tokyo, 111-0032
      View Map
    • Nearest Station Asakusa Station (Tokyo Metro Ginza Line / Toei Asakusa Line / Tobu Isesaki Line (Tobu Sky Tree Line) / Tsukuba Express)
      5 minutes on foot
    • Phone Number 03-3842-0181

Menikmati kuih Jepun

Menikmati kuih Jepun

Lorong sepanjang 250m yang menghubungkan Kaminari-mon dengan Hozo-mon adalah lorong membeli belah "Nakamise-dori." Di kedua-dua belah lorong ini, terdapat dango, senbei, ningyoyaki, dan lain-lain kuih Jepun yang dijual untuk dibawa pulang. Harganya juga murah dan boleh dibeli walaupun untuk seorang. Jadi cubalah menikmati pelbagai makanan Jepun di sini. Tetapi pengunjung dinasihatkan supaya tidak masuk ke dalam kedai sambil menjamah makanan atau makan sambil berdiri di hadapan kedai kerana ia tidak beradab sopan.

Bertukar menjadi ninja

Bertukar menjadi ninja

"Hanayashiki" merupakan taman permainan yang mempunyai sejarah yang lama di Asakusa. Pengunjung boleh merasai pengalaman bertukar menjadi ninja dengan menempah lebih awal di sini. Barang-barang penyamaran ninja semestinya menjadi cenderamata dari Jepun yang disukai.
*Gambar adalah sekadar hiasan

  • Asakusa Hanayashiki
    • Address 2-28-1, Asakusa, Taitou-ku, Tokyo, 111-0032
      View Map
    • Nearest Station Asakusa Station (Tokyo Metro Ginza Line / Toei Asakusa Line / Tobu Isesaki Line (Tobu Sky Tree Line) / Tsukuba Express)
      3 minutes on foot
    • Phone Number 03-3842-8780

Mencuba kao-dashi panel (panel muka)

Apabila berkunjung ke Asakusa, pengunjung boleh cuba bergambar menggunakan kao-dashi panel di sini. Kao-dashi panel adalah panel berdiri yang dilukiskan sesuatu watak padanya dan bahagian muka dilubangkan. Apabila bergambar dengan muka diletakkan pada lubang tersebut, gambar tersebut akan kelihatan seakan-akan penyamaran pengunjung sebagai watak tersebut. Di sekitar Asakusa, terdapat pelbagai kao-dashi panel seperti panel yang sedang menanggung tokong bergerak di perayaan Sanja, panel watak pelawak di Jepun, dan banyak lagi untuk diterokai.

Menaiki bas air

Menaiki bas air

"Bas air" membolehkan pelancong menikmati pemandangan Tokyo dari atas air. Pakej yang disyorkan adalah pakej 40 minit yang menghubungkan Asakura dan Hinodebashi yang melalui Sungai Sumida-gawa. Pengunjung dapat menikmati pemandangan binaan baru dan lama seperti pelbagai binaan jambatan yang berlainan ciri di sini.

  • TOKYO CRUISE Sumidagawa Line
    東京観光汽船 隅田川ライン
    • Address 1-1-1 Hanakawado, Taito-ku, Tokyo 111-0033, Japan

Membeli panda

Membeli panda

Panda gergasi merupakan daya tarikan utama di Zoo Ueno. Tubuhnya yang comel dengan diselaputi oleh bulu-bulu hitam dan putih yang lembut membuatkan pengunjung jatuh hati padanya. Kedai-kedai cenderamata di Ueno kesemuanya menjual barangan bermotifkan panda seperti patung mainan, pemegang kunci, dan pelbagai barangan panda comel yang lain boleh didapati dengan mudah.

Minum di izakaya (kedai arak)

Minum di izakaya (kedai arak)

"Asakusa Hoppe Street" yang terletak berdekatan dengan Kuil Senso-ji menempatkan pelbagai kedai izakaya yang sederhana, sesuai dengan imejnya di bandar lama ini. Pelanggan dapat menikmati arak dan makanan dalam suasana terbuka di meja-meja yang terletak di luar kedai. Kedai-kedai ini meriah dengan kunjungan pelanggan tetap, namun begitu kunjungan pelancong juga turut dialu-alukan. Peluang berkenal-kenalan di sini juga merupakan salah satu daya tarikannya.

  • Asakusa Hoppe Street
    浅草ホッピー通り
    • Address 2-5 Asakusa, Taito-ku, Tokyo 111-0032, Japan

Mengenali Asia

Mengenali Asia

Tempat jualan makanan yang terletak di bawah tanah AMEYOKO Center Building ini menempatkan pelbagai makanan dari Asia seperti makanan China, Korea, Thailand, dan lain-lain. Selain daripada rempah ratus serta perasa, ikan-ikan dan sayur-sayuran dari Asia turut dijual. Di sini pengunjung dapat merasai suasana meriah Asia yang tersendiri.

Mengunjungi Bentendo

Mengunjungi Bentendo

Binaan Bentendo ini terletak di Pulau Nakanoshima di Kolam Shinobazu. Binaan segi enam ini menarik perhatian pengunjung yang datang. Di Bentendo ini, Benzaiten (Dewi Saraswati) dipuja untuk pendidikan, seni, harta, serta jodoh. Pemandangan bunga-bunga yang berkembang dari musim bunga hingga musim panas di Kolam Shinobazu ini sangat menakjubkan.

  • Shinobazunoike Bentendo
    • Address 2-1, Uenokouen, Taitou-ku, Tokyo, 110-0007
      View Map
    • Nearest Station Ueno Station (Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Tohoku Main Line / JR Utsunomiya Line / JR Takasaki Line / JR Joban Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
      8 minutes on foot
    • Phone Number 03-3821-4638

Menikmati pemandangan TOKYO SKYTREE(R)

Menikmati pemandangan TOKYO SKYTREE(R)

TOKYO SKYTREE(R) merupakan binaan menara telekomunikasi tertinggi di dunia. Binaan yang gah ini dapat dilihat dari seluruh pelusuk Tokyo. Terutamanya, pemandangan Asakusa dan Ueno yang terletak berdekatan dengannya dapat dinikmati dari pelbagai sudut. Pemandangan yang menggabungkan menara ini bersama-sama dengan kuil Buddha merupakan pemandangan Tokyo yang tersendiri. Selain itu, pantulan pemandangan di atas air yang boleh dilihati dari Jambatan Jikkenbashi di Sungai Yokojikken-gawa juga turut terkenal.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini