HOME Asakusa Terokai Asakusa dan Ueno buat pertama kalinya.
HOME Ueno Terokai Asakusa dan Ueno buat pertama kalinya.
Terokai Asakusa dan Ueno buat pertama kalinya.

Terokai Asakusa dan Ueno buat pertama kalinya.

Update:

Dari Asakusa hingga ke sekitar Ueno, ia merupakan kawasan yang dipenuhi dengan tempat untuk menikmati suasana zaman Edo. Marilah terokai bandar ini dari tempat yang popular hingga ke tempat yang kurang dikenali dalam masa sehari.

  1. 1
    Kinryuzan Senso-ji
  2. 2
    Asakusa Hanayashiki
  3. 3
    Ameya Yokocho yang meriah
  4. 4
    Zoo Ueno
  5. 5
    Kiyomizu-Kannondo
1

Kinryuzan Senso-ji

Kinryuzan Senso-ji

Mula-mula, marilah melawat kuil tertua di Tokyo iaitu Senso-ji. Terdapat deretan kedai-kedai yang unik di "Naka-mise Street" selepas melepasi tanglung besar bewarna merah yang menjadi simbol kepada Kaminari-mon. Setelah selesai melawati kuil, jom melawat ke "Gojyo-no-to" (pagoda lima tingkat) dan "Niou-mon" (pintu gerbang kuil).

  • Senso-ji Temple
    • Address 2-3-1, Asakusa, Taitou-ku, Tokyo, 111-0032
      View Map
    • Nearest Station Asakusa Station (Tokyo Metro Ginza Line / Toei Asakusa Line / Tobu Isesaki Line (Tobu Sky Tree Line) / Tsukuba Express)
      5 minutes on foot
    • Phone Number 03-3842-0181
2

Asakusa Hanayashiki

Asakusa Hanayashiki

Lokasi paling terkenal di Asakusa adalah "Hanayashiki". Ia mula beroperasi sebagai taman botani dan kemudiannya dikenali sebagai taman hiburan tradisional oleh penduduk tempatan. Permainan popular roller coaster ini menjadi terkenal apabila mempunyai mekanisma yang luar biasa dimana ia boleh bergerak melalui rumah. Suasana nostalgia yang tersulam di taman ini tidak dapat dirasai di tempat lain.

  • Asakusa Hanayashiki
    • Address 2-28-1, Asakusa, Taitou-ku, Tokyo, 111-0032
      View Map
    • Nearest Station Asakusa Station (Tokyo Metro Ginza Line / Toei Asakusa Line / Tobu Isesaki Line (Tobu Sky Tree Line) / Tsukuba Express)
      3 minutes on foot
    • Phone Number 03-3842-8780
3

Ameya Yokocho yang meriah

Ameya Yokocho yang meriah

Ameya Yokocho atau ringkasannya "Ame-yoko" telah dibangunkan selepas tamatnya perang dunia. Ia adalah pusat membeli belah yang menyediakan barangan dari bahan makanan hingga ke pakaian yang murah dan berkualiti. Di sekitar stesen kereta api Tokyo Metro "Shin-Okachimachi" ini juga sesak dengan kedai terlajak murah dan izakaya (kedai minuman keras). Pada hujung tahun, kawasan ini akan menjadi sesak dengan pengunjung dari pelbagai tempat, serta penjual dan pembeli.

  • Ameyoko shotengai
    • Address 4, Ueno, Taitou-ku, Tokyo, 110-0005
      View Map
    • Nearest Station Ueno Station (Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Tohoku Main Line / JR Utsunomiya Line / JR Takasaki Line / JR Joban Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
      1 minute on foot
    • Phone Number 03-3832-5053
4

Zoo Ueno

Zoo Ueno

Terdapat kira-kira lebih daripada 400 jenis binatang yang dipelihara di Zoo Ueno. Pengunjung boleh saksikan secara dekat suasana zoo yang seakan-akan habitat sebenar hidupan liar ini yang membolehkan ia hidup seperti biasa. Dimulai dengan binatang paling popular iaitu panda gergasi, binatang unik seperti gorila, beruang kutub dan sebagainya juga boleh ditemui.

  • Ueno Zoological Gardens
    • Address 9-83, Uenokouen, Taitou-ku, Tokyo, 110-8711
      View Map
    • Nearest Station Ueno Station (Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Tohoku Main Line / JR Utsunomiya Line / JR Takasaki Line / JR Joban Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
      5 minutes on foot
    • Phone Number 03-3828-5171
5

Kiyomizu-Kannondo

Kiyomizu-Kannondo telah dibina berasaskan tapak pentas "Kiyomizudera" iaitu lokasi popular di Kyoto. Ia telah direka untuk mengagumi keindahan pemandangan Shinobazunoike dari atas tapak pentas. Setibanya musim bunga sakura, ia merupakan lokasi luar biasa apabila susunan pokok-pokok sakura dapat disaksikan secara menyeluruh. Buat pertama kali sepanjang 150 tahun, lingkaran bulatan yang terukir pada dahan pokok pain ini telah menghidupkan kembali lakaran popular pada era Edo yang juga ada dilakarkan pada ukiyo-e (lukisan tradisional Jepun yang menggambarkan kehidupan seharian di zaman Edo) lama.

  • Kiyomizu Kannondo
    • Address 1-29, Uenokouen, Taitou-ku, Tokyo, 110-0007
      View Map
    • Nearest Station Ueno Station (Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Tohoku Main Line / JR Utsunomiya Line / JR Takasaki Line / JR Joban Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
      8 minutes on foot
    • Phone Number 03-3821-4749

Menghayati zaman dahulu dan sekarang

Bandar Asakusa dan sekitar Ueno, sentiasa meriah dari dulu dan kini juga, malah seluruh bandar bagaikan menyambut perayaan pada setiap hari. Tidaklah pelik jika masih ada peninggalan bandar-bandar lama di belakang bangunan-bangunan pencakar langit. Selain daripada izakaya (kedai minuman keras) murah anda juga boleh berjalan-jalan sambil menikmati makanan ringan yang murah, jom kita nikmati Tokyo yang kini dan dahulu.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini