HOME Akihabara Alami budaya anime dan kawasan peralatan elektrik. Memperkenalkan cara menikmati Akihabara!
Alami budaya anime dan kawasan peralatan elektrik. Memperkenalkan cara menikmati Akihabara!

Alami budaya anime dan kawasan peralatan elektrik. Memperkenalkan cara menikmati Akihabara!

Update:

Akibahara merupakan tempat membeli belah peralatan elektrik lama dan baru serta tempat berkumpulnya budaya unik Jepun seperti anime dan idol. Sambil memperkenalkan lokasi wajib dikunjungi di Akihabara, kami juga akan memperkenalkan beberapa kedai untuk merasai budaya terkini Akihabara.

  1. 1
    Bangunan yang padat dengan daya tarikan Akihabara
  2. 2
    Lokasi bergambar di Akihabara!
  3. 3
    Disambut oleh lelaki-lelaki kacak berpakaian seperti Shinsengumi (polis di era Bakumatsu)!
  4. 4
    Dapatkan peralatan elektrik dan barangan anime!
  5. 5
    Mari luangkan masa bersama gadis comel yang berpakaian seperti pembantu rumah
1

Bangunan yang padat dengan daya tarikan Akihabara

Bangunan yang padat dengan daya tarikan Akihabara

Akihabara Radio Kaikan, bangunan yang menempatkan kedai-kedai yang menjadi identiti Akihabara, terletak berdekatan dengan stesen JR Akihabara. Barangan budaya Akihabara seperti peralatan elektrik, komik, model mainan, dan sebagainya dimuatkan di dalam bangunan ini dari tingkat 1 bawah tanah hingga ke tingkat 10. Terdapat juga pelbagai kedai berkaitan dengan anime, menjadikannya tempat yang wajib dikunjungi para penggemar anime.

2

Lokasi bergambar di Akihabara!

Lokasi bergambar di Akihabara!

Manseibashi terletak di hujung selatan bandar elektrik Akihabara. Ianya dibina berdasarkan jambatan yang dibina pada era Meiji, dan dibaiki selepas gempa bumi besar Kanto pada 1923. Dari atas jambatan pengunjung dapat melihat pemandangan bangunan yang cantik dari jauh, serta ianya merupakan tempat bergambar yang terkenal di Akihabara.

  • Mansei Bridge
    万世橋
    • Address 1 Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo 101-0021, Japan
3

Disambut oleh lelaki-lelaki kacak berpakaian seperti Shinsengumi (polis di era Bakumatsu)!

Disambut oleh lelaki-lelaki kacak berpakaian seperti Shinsengumi (polis di era Bakumatsu)!

Bakumatsu Danso Café & Bar "Makoto Zakaya" bermotifkan Shinsengumi yang telah bergiat pada era Bakumatsu. Pengunjung dapat menikmati teh atau arak dalam suasana kedai teh ala Jepun sambil dilayani staf yang berpakaian seperti Shinsengumi. Pengunjung juga boleh mengambil gambar segera bersama staf di sini.

  • Bakumatsu Danso Café & Bar "Makoto Zakaya"
    幕末男装Cafe&Bar誠酒屋
    • Address T& AKIBA building 5F, 3-10-5 Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo 101-0021, Japan
4

Dapatkan peralatan elektrik dan barangan anime!

Dapatkan peralatan elektrik dan barangan anime!

Akihabara UDX MOTTAINAI Free Market diadakan pada sesetengah hari sabtu dan ahad di dataran Akihabara UDX yang terletak di hadapan stesen Akihabara. Terdapat pelbagai barangan dijual seperti barangan rumah yang tidak diperlukan, peralatan elektrik, cosplay, model mainan, barangan berkaitan anime, dan sebagainya. Waktu berlangsung adalah dari jam 10:00 pagi hingga 17:00 petang. Jika anda inginkan barangan yang berharga, anda digalakkan untuk datang lebih awal ke sini.

  • Akihabara UDX MOTTAINAI Free Market
    秋葉原UDX MOTTAINAIフリーマーケット
    • Address Akihabara UDX1F, Akiba square, 4-14-1 Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo 101-0021, Japan
5

Mari luangkan masa bersama gadis comel yang berpakaian seperti pembantu rumah

Mari luangkan masa bersama gadis comel yang berpakaian seperti pembantu rumah

Kafe @ home café Honten merupakan "maid cafe" (kafe yang bertemakan gadis berpakaian seperti pembantu rumah) yang menjadi simbol di Akihabara. Tetapan di kafe ini adalah, pengunjung merupakan tuan kepada staf yang berpakaian pembantu rumah. Terdapat pelbagai menu disediakan, seperti caffé latte yang dilukis oleh pembantu rumah, jus istimewa yang dibancuh di hadapan pelanggan, dan sebagainya. Kafe ini pasti akan dapat menghiburkan pengunjung-pengunjung termasuk yang datang kali pertama.

  • @ home café Honten
    @ほぉ~むカフェ本店
    • Address Mitsuwa building 4-7F, 1-11-4 Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo 101-0021, Japan
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini