HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Tsukiji Kos yang wajib diikuti ketika melancong ke Tokyo
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Stesen Tokyo Kos yang wajib diikuti ketika melancong ke Tokyo
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Asakusa Kos yang wajib diikuti ketika melancong ke Tokyo
Kos yang wajib diikuti ketika melancong ke Tokyo

Kos yang wajib diikuti ketika melancong ke Tokyo

Last updated: 24 Disember 2020

Ibu negara Jepun, Tokyo. Bandaraya metropolitan yang kecil dan banyak kemudahan pengangkutan ini mempunyai banyak tempat-tempat menarik. Kami cadangkan anda berjalan ke tempat-tempat wajib dikunjungi secara terancang jika ini merupakan kunjungan kali pertama anda. Artikel ini akan memperkenalkan kos pelancongan sehari untuk menikmati sejarah dan budaya Jepun.

  1. 1
    6:00 pagi. Bersarapan di Tsukiji
  2. 2
    8:00 pagi. Kuil Tsukijihonganji
  3. 3
    10:00 pagi. Bergerak ke Ginza
  4. 4
    Kemudahan tempat maklumat pelancongan
  5. 5
    12:00 tengah hari. Masakan Jepun untuk makan tengah hari
  6. 6
    1:00 petang. Sekitar Stesen Tokyo
  7. 7
    2:00 petang. Bersiar-siar di Istana Maharaja Tokyo
  8. 8
    Kenali Istana Maharaja Tokyo dengan lebih mendalam
  9. 9
    6:00 petang. Ueno/Akakusa
  10. 10
    Membeli sampel makanan
  11. 11
    7:00 petang. Pemandangan malam Tokyo
1

6:00 pagi. Bersarapan di Tsukiji

6:00 pagi. Bersarapan di Tsukiji

Pasar Tsukiji dikatakan sebagai dapur Tokyo. Ianya merupakan pasar gergasi yang menghimpunkan hasil laut dari seluruh dunia. Walaupun ianya meriah sepanjang hari, tetapi matlamat kita adalah pada awal pagi. Di sini anda dapat menikmati sushi serta kaisen-don (nasi serta makanan laut mentah) daripada hasil laut segar yang dipilih oleh pakar. Setelah kenyang menjamu selera, mari bersiar-siar pula. Bersiar-siar sambil melihat barangan kegunaan pakar serta bahan makanan Jepun juga merupakan aktiviti yang menarik di sini.

2

8:00 pagi. Kuil Tsukijihonganji

8:00 pagi. Kuil Tsukijihonganji

Kuil Tsukijihonganji merupakan antara kuil Buddha yang terkenal di Tokyo. Kuil yang berasaskan gaya binaan India kuno ini amat berbeza sekali dengan binaan kuil yang biasa dilihat. Kuil utama di dalamnya serta Amitabha Tathagata yang dipuja amat menakjubkan dan berbaloi untuk dikunjungi.

3

10:00 pagi. Bergerak ke Ginza

10:00 pagi. Bergerak ke Ginza

Ginza menempatkan pelbagai kedai berjenama mewah serta gedung serbaneka lama. Selain daripada terkenal sebagai lorong membeli belah, terdapat juga kedai-kedai makanan Jepun mewah yang menyediakan sushi dan tempura untuk memuaskan selera makan para gurmet. Tempat pertama yang harus dituju adalah gedung serbaneka mewah, Wako, simbol Ginza yang terletak di penjuru simpang di Ginza 4-chome.

4

Kemudahan tempat maklumat pelancongan

Tempat maklumat pelancongan yang mesti digunakan untuk bersiar-siar sepenuhnya di Ginza. Di sini terdapat juga staf yang boleh berbahasa Inggeris. Staf-staf akan membantu anda mencari barangan yang diingini serta memberi cadangan mengenai kedai-kedai makanan yang terdapat di sini. Malah terdapat juga risalah-risalah di dalam pelbagai bahasa ditempatkan di sini.

  • G Info
    • Address Tokyu plaza Ginza 1F, 5-2-1, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061
      View Map
    • Nearest Station Ginza Station (Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
5

12:00 tengah hari. Masakan Jepun untuk makan tengah hari

12:00 tengah hari. Masakan Jepun untuk makan tengah hari

Di Ginza terdapat pelbagai kedai makanan Jepun yang mampu memuaskan selera para gurmet. Malah pengunjung dapat menikmati hidangan lazat di kedai-kedai tersebut pada harga yang berpatutan pada waktu makan tengah hari. Pengunjung dapat menikmati hidangan-hidangan lazat seperti sushi yang menggunakan hasil laut segar, tempura yang baru digoreng, sukiyaki, dan sebagainya pada harga yang berpatutan.

6

1:00 petang. Sekitar Stesen Tokyo

1:00 petang. Sekitar Stesen Tokyo

Stesen Tokyo merupakan stesen pusat di Jepun. Simbol Stesen Tokyo ini adalah pada binaan bata merahnya. Ianya baru sahaja dibina semula mengikut binaan asalnya pada tahun 1914. Pengunjung dapat menggunakan perkhidmatan JR dari 5 perkhidmatan shinkansen dan 11 laluan lama, serta kereta api bawah tanah Marunouchi. Di sekitarnya terdapat bangunan moden Marunouchi, Marunouchi Oazo, dan sebagainya, menjadikan pemandangan lama dan moden bercampur di sini.

  • The Tokyo Station Marunouchi Building
    • Address 1, Marunouchi, Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0005
      View Map
    • Nearest Station Tokyo Station (Tokaido Shinkansen Line / Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Tokaido Main Line / JR Yokosuka Line / JR Sobu Main Line / JR Sobu Main Line (Rapid) / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Chuo Main Line / JR Keiyo Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line)
7

2:00 petang. Bersiar-siar di Istana Maharaja Tokyo

2:00 petang. Bersiar-siar di Istana Maharaja Tokyo

Istana Maharaja Tokyo yang terletak pada jarak berjalan dari Stesen Tokyo adalah merupakan kediaman maharaja Jepun. Apabila berkunjung ke Istana Maharaja Tokyo ini wajib untuk anda cuba berjalan-jalan di kawasan luar sejauh 5 kilometer. Ianya juga merupakan Istana Edo, iaitu istana yang diduduki Shogun sebelum Maharaja berpindah dari Kyoto ke sini. Pengunjung juga dapat melihat secara dekat tinggalan dari era Edo seperti Otemon, tinggalan Obansho/Chunomon, tinggalan Chujakumon, dan sebagainya.

8

Kenali Istana Maharaja Tokyo dengan lebih mendalam

Kenali Istana Maharaja Tokyo dengan lebih mendalam

Walaupun sudah cukup menikmati kawasan ini dengan berjalan di sekelilingnya, jika ada masa yang lapang cubalah juga untuk sertai lawatan ke dalamnya untuk melawat Kokyo-higashi-gyoen, Kokyogaien dan sebagainya. Pengunjung perlu menempah terlebih dahulu melalui telefon ataupun di laman web untuk menyertai lawatan ini.

9

6:00 petang. Ueno/Akakusa

6:00 petang. Ueno/Akakusa

Pengunjung dapat menikmati kebudayaan Edo di kawasan pelancongan terkenal Ueno dan Asakusa. Di Asakusa terdapat pelbagai daya tarikan seperti kuil tertua di Tokyo iaitu Senso-ji, tempat jualan sampel makanan sebagai cenderamata iaitu di Kappabashi, dan sebagainya. Ameyoko, Ueno pula merupakan bandar lama yang harus dikunjungi, selain daripada pelbagai kuil yang terdapat di kawasan Ueno.

10

Membeli sampel makanan

Membeli sampel makanan

Kebanyakan restoran di Jepun memaparkan menu yang ditawarkan dalam bentuk sampel makanan. Sampel makanan ini dibuat daripada lilin dan dibentuk setiap satunya untuk menyerupai makanan sebenar oleh pakar. Kebelakangan ini ianya terkenal sebagai cenderamata dan boleh didapati di Kappabashi di Asakusa.

11

7:00 petang. Pemandangan malam Tokyo

7:00 petang. Pemandangan malam Tokyo

Mercu tanda terbaru Tokyo iaitu TOKYO SKYTREE(R) merupakan menara telekomunikasi tertinggi di dunia. Pemandangan malam dari dek pemerhatian pada ketinggian 350 meter serta koridor pemerhatian pada ketinggian 450 meter memang menakjubkan! Berjalan di atas koridor daripada kaca yang mencecah ketinggian maksimum setinggi 451.2 meter ini merupakan pengalaman seperti berjalan di atas udara.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari