HOME Kawasan Sekitar Tokyo Kemudahan yang menyediakan penggunaan onsen (kolam air panas) walaupun tidak bermalam
HOME Ikebukuro Kemudahan yang menyediakan penggunaan onsen (kolam air panas) walaupun tidak bermalam
HOME Shinagawa Kemudahan yang menyediakan penggunaan onsen (kolam air panas) walaupun tidak bermalam
Kemudahan yang menyediakan penggunaan onsen (kolam air panas) walaupun tidak bermalam

Kemudahan yang menyediakan penggunaan onsen (kolam air panas) walaupun tidak bermalam

Update:

Terdapat banyak kolam air panas semulajadi di Jepun yang juga mempunyai banyak gunung berapi. Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa onsen ini merupakan jiwa orang Jepun. Memperkenalkan 3 lokasi hotel yang menawarkan perkhidmatan onsen tanpa perlu bermalam. Turut diperkenalkan 2 lokasi popular kemudahan onsen di kota raya.

Kolam mandi awam besar di mana anda boleh melihat Sungai Tama di bawah.

Kolam mandi awam besar di mana anda boleh melihat Sungai Tama di bawah.

Terletak di antara Ome yang dikelilingi oleh khazanah alam semulajadi, hotel "Okutamaji" dibina menghadap Sungai Tama yang mempunyai air yang jernih. Onsen Ome Ishigami yang disediakan ini mempunyai air bersulfur yang bersifat alkali, jernih dan tidak berwarna, tetapi berbau seperti telur. Air panas ini dikatakan bagus untuk membuatkan kulit anda licin dan halus lembut. Malah, air ini juga berkesan untuk menangani penyakit seperti rheumatoid arthritis, sakit pinggang, sakit saraf, lebam, peredaran darah yang lemah, kencing manis, keletihan, insomnia, atopic dermatitis dan sebagainya. Berdekatan kolam mandi besar dengan tingkap yang terbuka luas, kelihatan Sungai Tama yang airnya mengalir jernih serta kehijauan alam yang terbentang luas. Di sini juga terdapat sauna yang untuk mereka yang gemar berpeluh.

  • Okutamaji
    東京・青梅 石神温泉 清流の宿 おくたま路
    • Address 2-371, Futamatao, Ome-shi, Tokyo, 198-0171, Japan

Spa yang membuatkan anda berasa seperti berada di tempat peranginan

Spa yang membuatkan anda berasa seperti berada di tempat peranginan

Hotel Chinzanso Tokyo ialah hotel yang menyediakan hospitaliti bertaraf dunia dan mempunyai taman halaman seperti di hutan. Hotel ini menyediakan "Relax Day Plan" iaitu pelan pergi dan balik pada hari yang sama merangkumi set rawatan perubatan dan penggunaan spa serta "Afternoon Tea" di ruangan istirehat hotel. Onsen di dalam spa dihantar terus dari Shizuoka. Anda juga boleh menggunakan kolam onsen, jakuzi terbuka dan gim sepanjang berada di Tokyo. Dengan set ini, anda boleh menggunakan bilik tetamu dari pukul 10:00 pagi hingga 6:00 petang. Sekiranya keletihan, anda boleh berehat di bilik. Minuman di bar turut disediakan. Ianya sememangnya pelan yang mewah dan memberikan perasaan berada di tempat peranginan sepanjang hari. ※Onsen di sini melalui proses penambahan, pemanasan, penapisan dan pensterilan air.

Kolam air panas yang betul-betul berada di hadapan Stesen Kamata

Kolam air panas yang betul-betul berada di hadapan Stesen Kamata

Hotel bisnes yang berada di lokasi ideal kawasan pelancongan, hanya mengambil masa 25 minit dari stesen Tokyo dan 20 minit dengan kereta dari Lapangan Terbang Haneda. Air panas yang keluar dari bawah tanah di hotel adalah "kuroyu" (air panas hitam). Air ini bukanlah air panas berunsurkan gunung berapi, tetapi merupakan air panas yang telah terlarut komposisi rumput atau daun pokok yang tertanam dalam tanah di dalam air bawah tanah sejak zaman Paleozoik. Air ini juga dikenali sebagai "air panas orang cantik" disebabkan tekstur airnya yang lembut seolah-olah melekat pada kulit badan, malah kulit menjadi lembab dan licin selepas keluar dari air panas tersebut. Disebabkan terdapat kandungan garam di dalam onsen, badan akan berasa panas walaupun selepas mandi. Pengunjung boleh datang dengan tangan kosong kerana bayaran masuk turut merangkumi pinjaman tuala.

  • Hotel Suehiro
    蒲田黒湯温泉ホテル末広
    • Address 8-1-5, Nishikamata, Ota-ku, Tokyo, 144-0051, Japan

Pancutan air panas dari sumber semulajadi, Nigoriyu

Pancutan air panas dari sumber semulajadi, Nigoriyu

Onsen balik hari yang menyediakan pelbagai jenis kemudahan seperti kolam air panas, urutan, "genbayoku" (spa batu panas), taman Jepun, dan sajian makanan. Kelebihan tempat ini ialah mempunyai "air panas gensen-kakenagashi". Gensen-kakenagashi ialah keadaan di mana air panas pancutan semulajadi tanpa penambahan air lain dan tidak melalui proses penapisan, penambahan ubat-ubatan dan sebagainya, dan terus dibawa masuk ke dalam kolam mandi. Kandungan garam akan melekat pada badan untuk mengelakkan peluh daripada tersejat menjadikan anda tidak mudah menggigil dan badan kekal berasa hangat. Selain itu, terdapat juga kolam air panas terbuka dikelilingi kehijauan, "nekorobiyu" di mana anda boleh masuk baring di dalamnya dan "tsuboyu" di mana anda boleh masuk berseorangan. Anda boleh menikmati masa mandi sambil merenung langit biru pada siang hari, atau bulan dan bintang pada waktu malam. Terdapat juga jakuzi, sauna kering dan sauna berwap.

Menikmati 2 jenis onsen semulajadi

Menikmati 2 jenis onsen semulajadi

Kolam dengan 2 jenis air panas semulajadi, iaitu "kuroyu" dan "ogon-no-yu", yang mempunyai kualiti air yang berbeza. Kuroyu adalah kolam air panas berwarna jingga kekuningan pekat, terkenal sebagai air panas untuk kulit cantik. Air ini dapat memberikan kesan pemanasan yang baik malah dikatakan dapat mencegah sebarang penyakit. Kolam ini sentiasa diisi dengan "nano bubble" berketumpatan tinggi. Buih yang sangat halus dan kecil dapat meningkatkan prestasi keberkesanannya. Ogon-no-yu pula adalah punca mata air panas berwarna kuning tanah yang memancut keluar dari lapisan tanah yang lebih dalam berbanding kuroyu. Air ini berkesan terhadap sakit seperti sakit tekak, calar atau luka. Anda boleh menikmati ogon-no-yu di kolam air panas terbuka gensen-kakenagashi. Anda disyorkan untuk masuk ke dalam kedua-dua kolam air panas secara berselang-seli. Mulakan dengan masuk ke dalam "ogon-no-yu", kemudian masuk ke dalam "kuroyu", dan diulang semula secara bergilir-gilir. Oleh kerana komposisi mata air panas mempunyai kesan untuk kecantikan kulit, adalah lebih baik untuk tidak membilas air panas pada badan apabila keluar dari kolam.

  • Shimizuyu
    • Address 3-9-1, Koyama, Shinagawa-ku, Tokyo, 142-0062
      View Map
    • Nearest Station Musashi-Koyama Station (Tokyu Meguro Line)
      5 minutes on foot
    • Phone Number 03-3781-0575
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini