HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Haneda 5 pilihan cenderamata yang terkenal di Lapangan Terbang Haneda
5 pilihan cenderamata yang terkenal di Lapangan Terbang Haneda

5 pilihan cenderamata yang terkenal di Lapangan Terbang Haneda

Last updated: 17 Disember 2017

Lapangan Terbang Haneda mempunyai banyak kedai yang kaya dengan pelbagai jenis cenderamata. Terdapat juga cenderamata yang hanya boleh dibeli di sini, oleh itu marilah berseronok dengan membeli belah kali terakhir sebelum berlepas.

Kokyogaien Kintsuba

Kokyogaien Kintsuba

"Kintsuba" merupakan kuih tradisional Jepun diperbuat dari tepung yang dibancuh dengan air, kemudian adunan tersebut ditarik dan diuli dengan nipis sebelum ia membaluti pes kacang merah dan keseluruhan permukaan dibakar. Kuih ini menggunakan kacang merah dari Hokkaido yang ditanam dan tumbuh dengan kesegaran alam semulajadi. Bungkusan kuih ini pula dihiasi dengan corak bunga kekwa yang terdapat di dalam jata keluarga diraja.

Kokyogaien Dorayaki

Kokyogaien Dorayaki

Populariti Kintsuba yang terbahagi kepada dua adalah "Kokyogaien Dorayaki." Dorayaki yang mempunyai inti kacang merah yang diapit dengan adunan tepung ala castella yang lembut dan gebu serta mempunyai tekstur rasa manis yang menyenangkan.

Tokyo Rich Sand

Tokyo Rich Sand

Ia merupakan sejenis kuih daripada gallete yang kaya dengan badam dan dibakar keemasan sebelum coklat putih diapit di tengah-tengahnya dengan ketebalan yang bersesuaian. Gabungan gallete yang rangup dan coklat putih yang mempunyai bau susu yang wangi pasti akan memberikan kewangian dan kerangupan yang hebat kepada kuih ini. Kuih ini juga amat bersesuaian sebagai cenderamata dengan bungkusannya yang mewah.

Tokyo Chocolate Sand Waffle Cookies

Tokyo Chocolate Sand Waffle Cookies

Ia merupakan sejenis kuih daripada biskut wafel yang dibakar nipis sebelum coklat diapit di tengah-tengahnya. Dengan rasa biskut yang dibakar nipis, pasti ia akan menjadi ketagihan dengan kerangupan tekstur kuih ini. Ia merupakan kuih yang amat popular sehinggakan dijual bersusun-susun di bahagian makanan di bawah tanah dalam pusat membeli-belah.

Edo Matsuri Ningyo-sho

Edo Matsuri Ningyo-sho

"Ningyo-sho" merupakan sejenis kuih Jepun yang diisi dengan pes kacang merah ke dalam castella dan dibakar. Ia juga dikenali sebagai cenderamata dari Tokyo kerana berasal dari Nihonbashiningyo-cho, Chuo-ku, Tokyo. Pasti anda dapat menikmati rasa segar dan gebu dari adunan yang menggunakan banyak telur segar ini. Bungkusan kuih ini pula dihiasi dengan lukisan suasana perayaan di Tokyo.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari