HOME Narita 5 pilihan cenderamata yang terkenal dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita
5 pilihan cenderamata yang terkenal dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita

5 pilihan cenderamata yang terkenal dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita

Update: 22 November 2016

Terdapat banyak kedai di Lapangan Terbang Narita. Anda juga mungkin tertanya-tanya tentang cenderamata yang patut dibeli kerana terdapat pelbagai jenis cenderamata yang terdapat di sini. Oleh itu, memperkenalkan 5 pilihan cenderamata yang terkenal dari Lapangan Terbang Narita untuk mereka yang kurang pasti.

"Cosmetics makanai" yang lahir dari kedai daun emas yang sudah lama wujud

"Cosmetics makanai" yang lahir dari kedai daun emas yang sudah lama wujud

Ia merupakan sejenis jenama kosmetik Jepun yang bersesuaian dengan kulit yang terinspirasi dari dapur kedai daun emas (makanai) yang sudah lama wujud.
"Cosmetics makanai" terhasil daripada pelbagai ujian percubaan untuk melindungi kulit para pekerja wanita yang bekerja dalam persekitaran yang memberikan kesan kepada kulit seperti suhu yang tinggi dan kering dalam penghasilan daun emas.
Antara produk yang terkenal adalah "kertas penyerap minyak muka" edisi terhad dari Lapangan Terbang Narita.
Apabila ia disapu pada muka, pelbagai corak berkonsepkan lapangan terbang seperti kapal terbang dan anak kapal akan muncul di kertas tersebut. Setiap satu set mengandungi 5 helai kertas yang juga terkenal sebagai cenderamata.

  • cosmétics makanai
    まかないこすめ
    • Address Narita International Airport Terminal 2, 1-1 Furugome, Narita-City, Chiba 282-0004 Japan

Produk Jepun yang terkenal dengan keselesaan

Produk Jepun yang terkenal dengan keselesaan

"Kutsushitaya" merupakan sebuah kedai yang menghasilkan dan menjual sarung kaki dari Jepun yang selesa dipakai dan mempunyai rekabentuk yang menarik. Sarung kaki yang ditenun dengan teliti sehelai demi sehelai oleh para pekerjanya amat selesa dipakai dan memuaskan hati. Pelbagai jenis sarung kaki boleh didapati di kedai yang bercawangan di Lapangan Terbang Narita ini seperti sarung kaki jenis ketat, kegunaan dalaman, pemanas dan "Japan socks" yang mempunyai corak kebudayaan Jepun. Antara corak yang terdapat pada "Japan socks" adalah sushi, tenpura dan sukiyaki yang menarik sehinggakan sarung kaki yang terdapat di atas rak habis dijual dalam sekelip mata sahaja.

  • Kutsushitaya
    靴下屋
    • Address Narita International Airport Terminal 2, 1-1 Furugome, Narita-City, Chiba 282-0004 Japan

Yokan di kedai manisan yang sudah lama wujud

Yokan di kedai manisan yang sudah lama wujud

"Toraya" merupakan sebuah kedai menjual manisan Jepun yang mempunyai sejarah hampir 500 tahun. Yokan (agar-agar kacang merah) yang terhasil daripada bahan-bahan mentah yang dipilih dengan teliti, pekerja yang berpengalaman dan menggunakan 5 deria manusia merupakan produk yang amat terkenal. "Yokan yang kecil dan pelbagai jenis edisi terhad dari lapangan terbang" masih mengekalkan rasa tradisionalnya dan senang dimakan kerana bentuknya yang lebih kecil. Ia juga amat terkenal sebagai cenderamata dari Jepun. Antara pelbagai jenis yokan tersebut, terdapat sejenis yokan yang terhad di lapangan terbang sahaja dikenali sebagai "sora no tabi". Kacang putih yang kelihatan di dalam yokan kacang merah memaparkan seolah-olah seperti awan yang terapung di langit pada waktu senja. Ia amat menarik dan sedap serta terkenal.

※ Kotak luar digunakan hanya pada musim bunga dan panas sahaja. Warna berlainan digunakan pada musim luruh dan sejuk.

  • TOKYO SHOKUHIN KAN
    東京食賓館(第1・2・3旅客ターミナルビル)
    • Address Narita International Airport Terminal 2, 1-1 Furugome, Narita-City, Chiba 282-0004 Japan

Produk Jepun yang moden dan menarik

Produk Jepun yang moden dan menarik

Dengan alunan muzik jazz di dalam kedai, kedai "Yamato-mono ya kaya" menawarkan pelbagai produk Jepun yang moden, menarik dan berwarna-warni seperti sapu tangan, tuala mandi, sarung kaki Jepun dan aksesori. Produk yang paling terkenal di kedai ini adalah "kaya kang". Ia merupakan sebuah bekas yang mengandungi 8 biji gula-gula berperisa cuka yang mempunyai tulisan Jepun "sora (langit)" dan terhad di Lapangan Terbang Narita sahaja. Selain itu, "tabi" yang merupakan sejenis sarung kaki tradisional Jepun yang dipakai bersama-sama dengan pakaian tradisional Jepun juga amat terkenal dan dijual di sini sebagai "kaya tabi" yang mempunyai corak yang pelbagai, dari corak tradisional Jepun sehinggalah kepada corak empat musim.

  • Wamonoya Kaya
    倭物や カヤ((第1・2旅客ターミナルビル)
    • Address Narita International Airport Terminal 2, 1-1 Furugome, Narita-City, Chiba 282-0004 Japan

Barangan Pokemon yang terhad dari Lapangan Terbang Narita

Barangan Pokemon yang terhad dari Lapangan Terbang Narita

Kedai ini merupakan sebuah kedai rasmi Pokemon yang menjual banyak barangan asli Pokemon. Anda pasti akan berasa teruja apabila melihat lakaran watak-watak Pokemon yang terdapat di dinding dan bahagian hadapan kedai ini. Belilah Pikachu yang berpakaian seperti seorang juruterbang dan pramugari yang mempunyai cetakan "NRT (NARITA)" di pakaian seragam mereka yang hanya boleh didapati di Lapangan Terbang Narita sahaja.

  • Pokémon Store
    ポケモンストア
    • Address Narita International Airport Terminal 2, 1-1 Furugome, Narita-City, Chiba 282-0004 Japan
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini