Perbandingan menyeluruh kedai 100 yen yang popular!

Perbandingan menyeluruh kedai 100 yen yang popular!

Update:

“Kedai 100 yen” iaitu kedai yang boleh dibeli apa sahaja barangan dengan hanya 100 yen tidak termasuk cukai (sehingga Mac 2016) dari barangan keperluan harian sehinggalah kepada alatan tulis, dan juga barangan tersedia yang lain. Di sini kita lihat lebih teliti lagi mengenai 3 buah kedai 100 yen yang sangat popular ini. Marilah kita bijak membeli belah dengan memahami ciri-ciri setiap kedai ini!

”Daiso” yang melambangkan negara Jepun

”Daiso” yang melambangkan negara Jepun

“Daiso” iaitu kedai 100 yen yang terbesar di Jepun yang mana terdapat 2900 cawangan di seluruh Jepun, dan berkembang sehingga 1400 cawangan di luar negara (sehingga Mac 2016). Barangan seperti keperluan harian, dan juga alatan tulis, pakaian, barangan parti dan sebagainya, dan tidak keterlaluan jika dikatakan tiada barangan yang tidak boleh didapati di sini. Eloklah anda berkunjung ke Daiso jika ingin mencari pelbagai genre barangan dalam satu masa. Diantara pelbagai barangan tersebut, memperkenalkan 3 barangan yang disyorkan untuk dibeli.

Stapler yang sangat berguna

Stapler yang sangat berguna

Di kedai 100 yen juga terdapat alatan tulis buatan Jepun yang sangat berkualiti. Pensil tekan mudah genggam berserta pemegang bergetah, “tape” pembetulan yang boleh terus ditulis sebaik sahaja dilekatkan, serta “sticky note” (nota tampal) adalah antara barangan yang popular. “Stapler berpusing” juga adalah barangan disyorkan. Komponen di dalamnya yang boleh dipusing 90 darjah, 180 darjah, dan 270 darjah membolehkan untuk membuat kepitan pelbagai sudut adalah antara kelebihannya.

Barangan buatan Jepun membuatkan anda ingin membeli dengan banyak

Barangan buatan Jepun membuatkan anda ingin membeli dengan banyak

Barangan buatan Jepun adalah sangat popular dijadikan sebagai cenderahati. Di dalam kepelbagaian barangan di Daiso,terdapat barangan seperti beg plastik bermotifkan corak tradisional Jepun, cermin kompak bersaiz tapak tangan dan juga “Gamaguchi” iaitu dompet syiling, yang kelihatan sangat cantik. Berkemungkinan anda akan membelinya samaada untuk dijadikan cenderahati atau kegunaan sendiri.

Mahu menggunakannya segera! Alatan pembersihan

Mahu menggunakannya segera! Alatan pembersihan

Adalah satu keperluan untuk anda memeriksa juga barangan ideal yang berkembang di Daiso. "Berus botol plastik" seperti namanya, yang mana botol plastik berserta berus di hadapannya dan akan mengeluarkan air semasa menggunakannya. Sangat sesuai untuk pembersihan tingkap. Selain itu, terdapat pelbagai lagi alatan pembersihan yang sangat berguna seperti span pembasuh cawan yang boleh dipanjangkan dan dipendekkan.

Perhatikan produk jenama persendirian “Can Do”

Perhatikan produk jenama persendirian “Can Do”

“Can Do” kedai yang berkembang dan mempunyai cawangan sebanyak 930 cawangan di seluruh negara Jepun ini, mewah dengan perlbagai barangan harian dan juga barangan kegunaan yang lain. Terutamanya produk jenama persendirian “Can Do” yang semestinya dilihat. Produk yang berkembang hasil dari aplikasi pengalaman dan juga pengetahuan, dan memperoleh penilaian yang tinggi dengan ungkapan seperti “semestinya mudah digunakan”, dan “tidak terfikir hanya 100 yen”. Silalah perhatikan juga barangan “Do!STAR” iaitu produk terpilih sahaja yang dipamerkan. Selain itu, bagi menggembirakan pelanggan untuk membeli-belah, terdapat juga kedai yang dihiasi dengan suasana bergaya dan merupakan satu keunikan kedai. Setiap minggu, tersusun barangan yang baru untuk dijual, membuatkan pelanggan tidak jemu untuk berkunjung lagi.

Pengupas yang bergaya dan berpraktikal

Pengupas yang bergaya dan berpraktikal

Barangan popular “Do!STAR” iaitu “Pengupas ST” yang menggunakan bilah keluli tahan karat dan mempunyai ketajaman yang sangat baik untuk mengupas. Barangan buatan Jepun ini mudah dipegang dan sangat comel dengan pilihan warna yang menawan. Barangan yang kelihatan luarannya dan juga kegunaannya yang memiliki tahap kepuasan tinggi dan tidak terfikir ianya hanya 100 yen.

Tuala yang mempunyai tahap penyerapan yang sangat baik

Tuala yang mempunyai tahap penyerapan yang sangat baik

“Tuala muka microfiber” yang gebu dan lembut serta kelebihannya yang memiliki tahap penyerapan yang tinggi. Tuala yang sungguh lembut disentuh dan mempunyai kualiti yang baik ini sangat sesuai untuk mencuci muka dan sebagainya. Mempunyai saiz lebih kurang 30x70 cm, dan reka bentuk yang berwarna pastel mungkin menjadi kesukaan bagi wanita.

Menjadi gemar mencuci!? “Puff”

Menjadi gemar mencuci!? “Puff”

“Diomand Puff” barangan ideal untuk kerja-kerja pembersihan. Permata buatan digilap, dan hanya dengan menggunakan air sahaja mampu menanggalkan kotoran pada cermin. Ianya sangat berguna untuk membersih tempat yang tidak mahu menggunakan sabun pencuci kerana hanya menggunakan air sahaja mampu menanggalkan kotoran degil. Marilah menggunakannya untuk membersih bilik mandi, tandas dan singki kerana ianya memiliki daya gilap yang kuat.

Barangan yang bersinar-sinar di “Seria” !

Barangan yang bersinar-sinar di “Seria” !

Di kedai 100 yen “Seria” tersusun pelbagai barangan bergaya dan comel. “Dengan menggunakan konsep “ Color the day” terkumpul perlbagai barangan yang menjadi gemaran. Dalaman kedai yang terang dan menyegarkan memberi tanggapan yang baik terhadap pelanggan wanita. Barangan kraftangan, pembalut, peralatan membuat kuih, dan pelbagai makanan dan minuman yang terkumpul, dan semuanya hanya bernilai 100 yen (+cukai) pasti membuatkan anda terkejut. Anda rasa barang apa yang akan disyorkan dari Kedia Seria?

Barangan bermusim yang tersusun di sudut perayaan

Barangan bermusim yang tersusun di sudut perayaan

Sudut perayaan yang berdekatan dengan pintu masuk , tersusun berbagai-bagai barangan yang disyorkan untuk disesuaikan dengan perayaan seperti “Holloween”, Krismas, “Valentine Day” dan sebagainya. Jika anda berkunjung ke Seria, silalah periksa dahulu ke sudut perayaan , kerana anda mungkin akan menjumpai barangan yang menarik di situ.

Pelbagai barangan DIY yang bergaya

Pelbagai barangan DIY yang bergaya

Barangan Seria sudah menjadi satu perbualan di SNS seperti di Instagram dan sebagainya. Diantara sebabnya adalah kerana dengan menggunakan barangan Seria, anda boleh menghasilkan sesuatu yang sangat cantik. Jika anda menghiasi bilik dengan bingkai kayu dan diwarnakan luarannya, serta dihiasi pula renda, akan membuatkan suasana berubah dalam sekelip mata. Ianya seolah-olah menikmati hiasan dalaman dengan mereka mengikut kesukaan sendiri.

Peralatan dapur yang pelbagai jenis

Peralatan dapur yang pelbagai jenis

Di sudut peralatan dapur, tersusun pelbagai jenis pinggan mangkuk yang cantik-cantik dan yang tidak terfikir ianya berharga 100 yen (+cukai) sahaja. Bukan sahaja untuk kegunaan sendiri, malah sangat popular juga untuk dijadikan sebagai “home party” (Parti di rumah). Pinggan mangkuk yang biasanya digunakan boleh ditukar ganti dengan mudah, dan semestinya boleh menghiasi meja makan pada setiap hari.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini