HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Shinagawa "Nakanobu, Togoshiginza, dan Musashi-Koyama" kawasan pelancongan beli-belah yang disukai ramai
"Nakanobu, Togoshiginza, dan Musashi-Koyama" kawasan pelancongan beli-belah yang disukai ramai

"Nakanobu, Togoshiginza, dan Musashi-Koyama" kawasan pelancongan beli-belah yang disukai ramai

Last updated: 3 Ogos 2020

Kawasan membeli-belah di sepanjang Tokyu Toyoko line, diketahui mempunyai banyak kedai-kedai popular yang dikunjungi oleh bukan sahaja orang tempatan tetapi juga orang-orang dari luar bandar. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat banyak pelawat dari negara-negara asing datang untuk melihat kehidupan seharian Jepun. Sekarang, mari kami tunjukkan kepada anda di sekitar tiga daerah membeli-belah yang kami ingin syorkan!

Arked tertutup "jalan membeli-belah Nakanobu"

Arked tertutup "jalan membeli-belah Nakanobu"

Jalan ini berterusan kira-kira 330 meter dari Stesen Ebana Nakanobu (Tokyu Ikegami Line) ke Stesen Nakanobu (Tokyu Oimachi Line). Ia adalah arked tertutup, jadi anda boleh membeli-belah tanpa menjadi basah-kuyup semasa hari hujan.

  • Nakanobusyoutengai
    中延商店街
    • Address 2-7-19, Higashinakanobu, Shinagawa-ku, Tokyo, 142-0052, Japan

Mencari pinggan mangkuk di "kedai tembikar Koshuya"

Mencari pinggan mangkuk di "kedai tembikar Koshuya"

Ia menjual pelbagai tembikar yang dipilih dengan teliti dari perkakas teh ke pinggan mangkuk untuk kegunaan biasa. Terdapat juga cawan kopi dan cawan kole. Lihat juga tembikar Jepun yang boleh digunakan di rumah anda.

  • Kousyuyatoukiten
    甲州屋陶器店
    • Address 2-10-19, Higashinakanobu, Shinagawa-ku, Tokyo, 142-0052, Japan

Mencari wain beras (sake) di "SHU DEMI CORP."

Mencari wain beras (sake) di "SHU DEMI CORP."

Sebuah kedai wain beras Jepun yang komited untuk menawarkan sake dari seluruh negara yang diluluskan pemilik. Anda boleh merasai sake sebelum membuat keputusan untuk membeli satu, dengan bayaran. Cari satu yang memenuhi citarasa anda. Anda boleh membeli set gelas / cawan dan sebotol sake kerana kedai ini juga menjual gelas / cawan sake. Jika anda suka sake, sila lawati kedai ini dengan segala cara.

  • SHU SAKE CORP.
    SHU SAKE CORP.
    • Address 3-7-10-2F, Higashinakanobu, Shinagawa-ku, Tokyo, 142-0052, Japan

Ningyo-yaki kek dari "Shigemori Seitaro Store"

Ningyo-yaki kek dari "Shigemori Seitaro Store"

Kedai ini merupakan kedai khusus dalam baking dan menjual gula-gula menggunakan resepi yang sama dari zaman dahulu. Antara yang disyorkan adalah Ningyo-yaki. Ia adalah kek snek panggang, diperbuat daripada Castella kek span yang nipis disumbat dengan isi kacang merah yang banyak. Anda boleh membeli walaupun satu sahaja. Jangan lupa mencubanya.

  • ShigemoriSeitaroshoten
    重盛清太郎商店
    • Address 2-6-17, Higashinakanobu, Shinagawa-ku, Tokyo, 142-0052, Japan

"Kawasan membeli-belah Togoshi-Ginza" yang meriah

"Kawasan membeli-belah Togoshi-Ginza" yang meriah

Ini adalah kawasan beli-belah yang terletak bersebelahan dengan stesen Togoshiginza (Tokyu Ikegami Line). Kawasan ini merupakan sebatang jalan yang berterusan sepanjang kira-kira 1.3 kilometer dan dipenuhi dengan kira-kira 400 kedai. Jalan ini adalah popular sebagai salah satu daripada jalan-jalan membeli-belah yang terpanjang bukan sahaja di Tokyo, tetapi juga di kawasan Kanto. Terdapat jenama tempatan juga yang boleh didapati di sini sahaja.

"Foto Kanon" untuk peminat kamera

"Foto Kanon" untuk peminat kamera

Kedai ini menyediakan bukan sahaja perkhidmatan untuk mencuci filem, tetapi juga menjual barangan yang berkaitan dengan kamera diperolehi oleh kakitangannya yang kamera mania, termasuk tali bergaya. Anda boleh memilih album foto untuk menyimpan kenangan perjalanan anda di Jepun

  • photo kanon
    フォトカノン 戸越銀座店
    • Address 2-1-3, Togoshi, Shinagawa-ku, Tokyo, 142-0041, Japan

Kedai keropok beras yang komited kepada resepi

Kedai keropok beras yang komited kepada resepi

Kedai ini komited untuk mematuhi resepi dan dikunjungi oleh pencinta pencinta Senbei (keropok beras) . Dalam pelbagai jenis senbei, "Black pepper senbei" wajar dicuba. Ia telah dianugerahkan hadiah tertinggi dalam expo kuih-muih tempatan. Rasa pedas lada amat sesuai dengan bir.

  • Osembeiyasanhompo senyuu togoshiginzaten
    おせんべい屋さん本舗 煎遊 戸越銀座店
    • Address 3-1-7, Hiratsuka, Shinagawa-ku, Tokyo, 142-0051, Japan

Menjual pelbagai jenis yang kaya dengan bahan-bahan Oden, "Goto Kamaboko Store"

Menjual pelbagai jenis yang kaya dengan bahan-bahan Oden, "Goto Kamaboko Store"

Oden dimasak di dalam periuk bersama dengan bebola ikan, lobak putih, telur rebus dan sebagainya. Ia menjual bahan-bahan buatan tangan Oden tanpa menggunakan bahan bahan pengawet sintetik dan perasa kimia. Selain bebola ikan, pelbagai bahan-bahan Oden boleh didapati di sini, termasuk Gyoza. Ia juga menghasilkan "Oden croquette" dengan menggunakan bahan-bahan Oden dan sup Oden, yang wajar dicuba.

  • Gotoukamabokoten
    後藤蒲鉾店
    • Address 2-6-8, Togoshi, Shinagawa-ku, Tokyo, 142-0041, Japan

Melawat kedai-kedai yang menjadi sebutan ramai - "kawasan beli-belah Musashi Koyama"

Melawat kedai-kedai yang menjadi sebutan ramai - "kawasan beli-belah Musashi Koyama"

Ini adalah kawasan beli-belah yang terletak di sekitar stesen Musashi Toyama (Tokyu Meguro Line), yang berterusan sepanjang kira-kira 800 meter, dan dipenuhi dengan kira-kira 250 kedai. Terdapat kedai-kedai yang sudah lama wujud yang mempunyai sejarah beberapa dekad serta kedai-kedai yang baru dibuka.

Cari aksesori gaya Jepun di "Aksesori Jepun empat musim – Hanashimasu"

Cari aksesori gaya Jepun di "Aksesori Jepun empat musim – Hanashimasu"

Ini adalah sebuah kedai aksesori gaya Jepun yang dikendalikan oleh bekas pemilik kedai Kimono. Terdapat pelbagai barangan termasuk Kimono tradisional, juga blaus cetakan Jepun dan sebagainya. Barangan Jepun boleh dibeli pada harga yang berpatutan, seperti beg beg kecil cetakan Jepun dan ketulan pewangi yang disyorkan sebagai cenderamata.

  • Shikinowakomono Hanashimizu
    四季の和小物 花しみず
    • Address 3-24-5, Koyama, Shinagawa-ku, Tokyo, 142-0062, Japan

Menjual barangan pada harga yang berpatutan - "Gambarujan"

Menjual barangan pada harga yang berpatutan - "Gambarujan"

Ini adalah sebuah kedai yang menjual barangan yang ditolak oleh pengilang kerana calar kecil atau barang-barang inventori usang. Barangan yang sama yang dipaparkan di kedai-kedai serbaneka yang terkenal boleh didapati pada harga yang mengejutkan. Terutama beg yang mana kulit asli adalah dipilih dengan teliti dan ditawarkan dengan kadar yang rendah.

  • Gambarujan
    ガンバるじゃん
    • Address 3-4-14, Ebara, Shinagawa-ku, Tokyo, 142-0063, Japan

Kedai yakitori yang dah lama wujud "Toriyuu"

Kedai yakitori yang dah lama wujud "Toriyuu"

Ia adalah kedai yakitori yang dah lama wujud ditubuhkan pada tahun 1926. Ia menawarkan gaya yang luar biasa di mana pelanggan memilih yakitori yang disukai, dan meletakkan sos dengan sendiri. Resipi sos yang digunakan adalah rahsia hasil turun-temurun. Minuman yang datang bersama yakitori juga berpatutan. Tempat ini juga disyorkan untuk orang-orang yang suka minum.

  • Toriyuu
    鳥勇
    • Address 3-5-11, Ebara, Shinagawa-ku, Tokyo, 142-0063, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari