HOME Harajuku 5 kedai pilihan yang digemari orang Jepun di Ura-Harajuku
5 kedai pilihan yang digemari orang Jepun di Ura-Harajuku

5 kedai pilihan yang digemari orang Jepun di Ura-Harajuku

Update:

Peneraju dunia fesyen di Jepun kebelakangan ini adalah kawasan "Ura-Harajuku". Artikel ini akan memperkenalkan lima kedai terkenal, di mana ianya terdiri daripada kedai yang mendapat tumpuan dari dalam dan luar negara, kedai yang tersembunyi di kawasan perumahan, galeri bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menjadi artis, dan lain-lain.

Jenama yang terkenal di seluruh dunia

Jenama yang terkenal di seluruh dunia

Jenama yang amat popular hingga kini dan dianggap sebagai pelopor kepada fesyen jalanan di Jepun ini dilahirkan pada tahun 1993. Jenama ini terkenal dengan ikon bermotifkan monyet serta rekaan corak celorengnya yang asli dan tidak terjejas dengan perubahan aliran fesyen. Di antara daya tarikannya yang lain adalah jenama ini merangkumi keseluruhan koordinasi fesyen daripada lelaki, wanita, kanak-kanak, serta aksesori-aksesori fesyen lain. Hiasan dalaman kedai ini sangat unik dan cantik hinggakan ingin menghabiskan masa lebih lama di dalamnya.

  • BAPE STORE
    BAPE STORE
    • Address 4-21-5, Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001, Japan

Pertunjukan harian di kedai gula-gula

Pertunjukan harian di kedai gula-gula

Kedai gula-gula original ini terkenal dengan produknya yang berwarna-warni dan comel. Selari dengan konsep kedai iaitu "Seronok melihat, seronok makan! Kedai di mana pelanggan sentiasa tersenyum", proses pembuatan gula-gula yang dipertunjukkan pada tiap hari di sini sangat mengagumkan. Rasanya juga sudah semestinya sangat sedap, sesuai untuk dijadikan cenderamata.

  • CANDY SHOW TIME
    CANDY SHOW TIME キャットストリート店
    • Address 1F, NesutoharazyukuI, 6-7-9, Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001, Japan

Koordinasi fesyen campuran baju terpakai dan original yang popular

Koordinasi fesyen campuran baju terpakai dan original yang popular

Butik yang sangat terkenal di kalangan peneraju fesyen ini menempatkan baju terpakai dan original, serta aksesori dan sebagainya. Koordinasi fesyen yang mencampurkan baju terpakai berkualiti yang dipilih dari luar negara oleh pemilik butik sendiri, serta pakaian original yang unik ini telah banyak dimuatkan di dalam majalah-majalah fesyen. Butik ini wajib dikunjungi jika anda menggemari fesyen yang berlainan daripada orang lain.

  • flower Harajuku
    • Address 4-26-30, Jinguumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001
      View Map
    • Nearest Station Meiji-Jingumae (Harajuku) Station (Tokyo Metro Chiyoda Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line)
      4 minutes on foot
    • Phone Number 03-5414-3626

Galeri bebas untuk mempamerkan atau menikmati karya seni

Galeri bebas untuk mempamerkan atau menikmati karya seni

Galeri ini dibuka dengan mengubah suai apartmen di Harajuku. Ianya terdiri daripada lebih 20 ruangan pameran termasuk bangunan EAST dan WEST, di mana terdapat beberapa karya dipamerkan di setiap bangunan. Galeri ini mendapat perhatian dari luar dan dalam negara kerana para artis bebas mempamer dan menjual karya seperti lukisan, persembahan, imej video, gambar, dan sebagainya. Malah bersebelahan dengan galeri ini terdapat restoran teppanyaki (masakan kuali leper Jepun) serta kafe yang merupakan tempat bersosial.

  • Design Festa Gallery
    Design Festa Gallery
    • Address Address 3-20-18(WEST), Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001, Japan

Kedai mainan kegemaran para pengumpul

Kedai mainan kegemaran para pengumpul

Kedai ini menempatkan mainan dan pelbagai barangan yang diimport dari Amerika. Ianya menjadi kegemaran para pengumpul barangan kerana di sini banyak terdapat barangan yang jarang ditemui serta barangan vintage dan antik seperti patung antik, Barbie, CareBear, My Little Pony, Disney, dan sebagainya. Barangan yang padat dipamerkan di sini membuatkannya kelihatan seperti sebuah muzium. Keseronokan berganda ketika anda sedang mencari barangan yang diinginkan di sini.

  • Spiral Toy
    おもちゃSPIRAL
    • Address Nagata Bld.A-1, 3-27-17, Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001, Japan
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini