HOME Ikebukuro Marilah membeli barangan Jepun di Kishimojin dan Waseda!
Marilah membeli barangan Jepun di Kishimojin dan Waseda!

Marilah membeli barangan Jepun di Kishimojin dan Waseda!

Update:

Berhampiran Shinjuku dan Ikebukuro yang merupakan pusat bandar yang sentiasa sibuk, terdapat juga kawasan yang sunyi dan dipenuhi dengan suasana retro iaitu Kishimojin dan Waseda. Salah satu keunikannya adalah terdapat banyak kuil dan tempat bersejarah. Marilah kita berjalan-jalan di Kishimojin dan Waseda yang jauh dari hiruk-pikuk pusat bandar, sambil mencari barangan yang menarik.

Mencari barangan Jepun di "Kishimojin Tezukuriichi"

Mencari barangan Jepun di "Kishimojin Tezukuriichi"

Kebiasaannya, acara ini diadakan sebulan sekali pada minggu ketiga hari Ahad di Kuil Kishimojin dan Kuil Ootori. Banyak kedai yang dibuka pada hari tersebut. Pelbagai jenis barangan persendirian dan hasil buatan tangan yang terdapat di sini seperti aksesori dan roti. Anda mungkin akan menemui barangan berunsur Jepun yang hanya terdapat satu sahaja di dunia yang dihasilkan dengan penuh semangat oleh artis seniman.

  • Kishibojintezukuriichi
    鬼子母神手創り市(雑司ケ谷 鬼子母神堂内)
    • Address 3-15-20, Zoshigaya, Toshima-ku, Tokyo, 171-0032, Japan

"Tabineko Zakkaten" yang kaya dengan permainan tempatan

"Tabineko Zakkaten" yang kaya dengan permainan tempatan

Kedai yang berkonsepkan kucing hitam yang mengelilingi setiap pelusuk Jepun iaitu "Tabineko" ini menjual pelbagai barangan Jepun. Kedai ini dilimpahi dengan pelbagai permainan unik tempatan dan buku-buku lama yang terpakai seolah-olah seperti kotak mainan yang diterbalikkan isinya! Marilah mencari sesuatu dari kedai ini sebagai tanda kenang-kenangan melancong di Jepun.

Aksesori Jepun yang menepati pilihan setiap individu boleh didapati di "switch"

Aksesori Jepun yang menepati pilihan setiap individu boleh didapati di "switch"

Kedai ini menawarkan pelbagai pilihan barangan dan pemiliknya juga amat ringkas dan mempunyai citarasa yang baik. Aksesori yang mempunyai suasana ala Jepun dan peralatan makan juga boleh diperolehi di sini. Selain itu, terdapat juga lukisan yang hanya boleh diperolehi di kedai ini, jadi jangan melepaskan peluang apabila berkunjung ke sini nanti. Anting-anting origami burung jenjang yang diperbuat daripada kertas Jepun juga merupakan produk yang amat terkenal di kalangan pelancong luar negara.

  • switch
    • Address Kawasaki Building the first floor, 1-1-4, Nishiwaseda, Shinjuku-ku, Tokyo, 169-0051
      View Map
    • Nearest Station Waseda Station (Tokyo Metro Tozai Line / Toden Arakawa Line)
      3 minutes on foot
    • Phone Number 03-3202-2606
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini