HOME Stesen Tokyo 5 pilihan cenderamata yang hanya boleh dibeli di Stesen Tokyo
5 pilihan cenderamata yang hanya boleh dibeli di Stesen Tokyo

5 pilihan cenderamata yang hanya boleh dibeli di Stesen Tokyo

Update:

Jika membeli cenderamata, pasti ingin memilih barangan yang hanya boleh didapati di kawasan tersebut sahaja. Memperkenalkan 5 jenis cenderamata yang terhad dan hanya boleh dibeli di dalam Stesen Tokyo dan kedai-kedai sekitarnya sahaja.

Bungkusan berbentuk stesen bangunan

Bungkusan berbentuk stesen bangunan

Hotel Imperial yang terletak di Hibiya telah dibuka sebagai "Rumah Tetamu Jepun" untuk menyambut tetamu kehormat dari luar negara pada tahun 1890. Manisan yang dihasilkan oleh hotel tersebut mempunyai reputasi yang baik sebagai cenderamata Tokyo. Keistimewaan biskut yang terdapat lukisan bangunan Stesen Tokyo Marunouchi ini mempunyai rasa yang sangat rangup dengan menggunakan bahan berperisa kelapa, ara dan sebagainya. (Biskut Hotel Imperial / 1,080 JPY dan 2,160 JPY). Di samping itu, terdapat coklat di mana apabila penutup kotak dibuka, pintu utama bangunan stesen pada bungkusan itu akan muncul dalam bentuk tiga dimensi yang amat sesuai dijadikan sebagai cenderamata kerana impaknya itu. (Bungkusan coklat beraneka bangunan stesen Tokyo Marunouchi / 2,160 JPY).

  • Imperial Hotel
    帝国ホテル セントラルストリート店
    • Address Sweets Bouquet, Tokyo Station Central Street 1F, 1-9-1, Marunochi , Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0005, Japan

Bungkusan hadiah cenderamata Tokyo

Bungkusan hadiah cenderamata Tokyo

"Mamegui" adalah tuala kecil yang diwarnakan sehelai demi sehelai secara manual oleh pekerja. Corak terhad yang bermotifkan bangunan Stesen Tokyo, Shinkansen (kereta api laju) serta kereta api jenis lokomotif boleh didapati di kedai Mamegui GRANSTA. Carilah corak yang digemari dari pelbagai pilihan mamegui yang ada dan jika ia dibeli bersama-sama dengan manisan seperti gula-gula dan arare (sejenis kudapan Jepun), pekerja kedai akan membungkus manisan tersebut menggunakan tuala kecil dengan comel sebagai cenderamata.

  • Mamegui
    まめぐい グランスタ店
    • Address GRANSTA, Tokyo Station B1F, 1-9-1, Marunochi , Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0005, Japan

Sake (arak Jepun) yang bersejarah

Sake (arak Jepun) yang bersejarah

"Daiginjo Dokan" adalah sake (arak Jepun) yang dibuat oleh pengusaha sake bersempena dengan pembinaan Istana Edo. Arak yang dihasilkan daripada 50% beras putih jenis Yamada Nishiki yang dikatakan contoh beras terbaik dan bersesuaian dengan pembuatan arak untuk menjadi arak yang mantap serta mendapat penilaian sebagai arak yang unggul. Terdapat lakaran jambatan Niju-Bashi Istana Maharaja Jepun di bahagian label yang menjadikan ia sangat bersesuaian sebagai cenderamata dari Tokyo.

  • MEIDI-YA Maru Bldg. Store
    • Address Marunouchi building B1 floor, 2-4-1, Marunouchi, Chiyoda-ku, Tokyo, 100-6390
      View Map
    • Nearest Station Tokyo Station (Tokaido Shinkansen Line / Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Tokaido Main Line / JR Yokosuka Line / JR Sobu Main Line (Rapid) / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Chuo Main Line / JR Keiyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line)
      1 minute on foot
    • Phone Number 03-3201-6611

Keaslian kedai khusus yang pertama di dunia

Keaslian kedai khusus yang pertama di dunia

"Échiré Maison Du Beurre" adalah kedai khusus mentega Échiré (Échiré butter) yang pertama di dunia yang terletak di Marunouchi Brick Square. Mentega Échiré adalah mentega tapai yang dibuat melalui kaedah tradisional dari perkampungan Échiré, Perancis. Terdapat produk lain yang menggunakan mentega Échiré seperti manisan dijual di kedai ini. Produk yang popular seperti kek mentega dan roti croissant sentiasa habis dijual dalam jangka masa yang singkat. "Sablé Échiré" dan "Galette Échiré" amat disyorkan sebagai cenderamata.

  • ECHIRE maison du beurre
    • Address Marunouchi brick square the first floor, 2-6-1, Marunouchi, Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0005
      View Map
    • Nearest Station Tokyo Station (Tokaido Shinkansen Line / Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Tokaido Main Line / JR Yokosuka Line / JR Sobu Main Line (Rapid) / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Chuo Main Line / JR Keiyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line)
      2 minutes on foot
    • Phone Number 03-6269-9840

Barangan pos (Postal goods) dari pejabat pos

Barangan pos (Postal goods) dari pejabat pos

"Tokyo Central Post Office (Pejabat Pos Besar Tokyo)" merupakan salah satu pejabat pos pertama yang dibuka di Jepun pada tahun 1871. Pada tahun 2012, ia kemudiannya berpindah ke tingkat bawah bangunan yang kini dikenali sebagai Menara JP yang menjadi salah satu lokasi pelancongan yang mendapat perhatian orang ramai. Fail lutsinar, pita pelekat, poskad dan sebagainya yang mempunyai corak bertemakan bangunan Stesen Tokyo Marunouchi juga semakin popular sebagai cenderamata Tokyo yang baru dan hanya boleh dibeli di Pejabat Pos Besar Tokyo. Poskad yang dimasukkan ke dalam peti surat yang telah disediakan di pelbagai sudut di Stesen Tokyo akan dicopkan dengan tarikh yang memaparkan landskap Stesen Tokyo.

  • Tokyo Central Post Office
    • Address 2-7-2, Marunouchi, Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0005
      View Map
    • Nearest Station Tokyo Station (Tokaido Shinkansen Line / Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Tokaido Main Line / JR Yokosuka Line / JR Sobu Main Line (Rapid) / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Chuo Main Line / JR Keiyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line)
      2 minutes on foot
    • Phone Number 03-3217-5231
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini