HOME Ginza Cenderamata yang wajib dibawa pulang ~Edisi Kebudayaan Tradisional~
HOME Harajuku Cenderamata yang wajib dibawa pulang ~Edisi Kebudayaan Tradisional~
HOME Roppongi Cenderamata yang wajib dibawa pulang ~Edisi Kebudayaan Tradisional~
Cenderamata yang wajib dibawa pulang ~Edisi Kebudayaan Tradisional~

Cenderamata yang wajib dibawa pulang ~Edisi Kebudayaan Tradisional~

Update:

Jepun, sebagai sebuah negara kepulauan, mempunyai pelbagai hasil kraf tangan serta pakaian yang tersendiri. Cenderamata hasil daripada kerja tangan yang halus dari Jepun seperti sapu tangan, penyepit, jikatabi (sarung kaki tradisional), dan sebagainya bukankah sesuai untuk dijadikan cenderamata kepada keluarga, rakan, mahupun diri sendiri?

"E-tenugui" (sapu tangan) yang menggambarkan gaya Jepun

"E-tenugui" (sapu tangan) yang menggambarkan gaya Jepun

E-tenugui adalah seperti sapu tangan besar buatan Jepun. Kedai ini merupakan kedai yang menjual sapu tangan yang diwarnakan dengan pelbagai corak tersendiri. Di sini terdapat lebih 300 corak dijual seperti adegan kabuki, panorama empat musim di Jepun, dan sebagainya. Sapu tangan dihasilkan melalui teknik tradisional, "chusen", di mana coraknya terlebih dahulu diukir di atas kertas corak berdasarkan lukisan asal artis. Kerjasama daripada beberapa artis veteran diperlukan dalam proses menyiapkan sehelai sapu tangan ini. Ianya bukan sahaja boleh digunakan untuk penggunaan harian, malah sesuai juga dijadikan sebagai hiasan dalaman rumah. Kedai ini juga menjual pelbagai barangan aksesori ala Jepun selain daripada sapu tangan, seperti kusyen, bag eco, kipas tangan, dompet syiling, dompet, langsir, dan lain-lain.

  • Asa no Ha
    絵てぬぐい 麻の葉
    • Address 1-5-24, Azabujuban, Minato-ku, Tokyo, 106-0045, Japan

Set penyepit lakuer dan tempat meletak penyepit yang comel

Set penyepit lakuer dan tempat meletak penyepit yang comel

Penyepit merupakan item yang wajib ada di setiap meja makanan di Jepun. Set penyepit dan tempat meletak penyepit "Urushihashi/ Takebashioki Set" (termasuk kotak hiasan) yang boleh didapati di Ginza Kunoya dianggap sebagai membawa tuah kerana merupakan set penyepit daripada 3 corak iaitu "Matsu (membawa maksud sentiasa muda dan panjang umur oleh kerana pokok ini sentiasa kehijauan walaupun pada musim sejuk)", "Daruma (membawa maksud sentiasa sihat serta keselamatan keluarga oleh kerana sifatnya yang sentiasa berdiri walaupun dijatuhkan)", dan "Ichi-fuji Ni-taka San-nasubi (pertama Fuji, kedua helang, ketiga terung) (Fuji bermaksud sentiasa muda dan panjang umur, helang bermaksud kenaikan pangkat, terung bermaksud kebahagiaan keturunan)". Penyepit lakuer ini dihasilkan oleh pakar dari Fukui-ken, wilayah yang menghasilkan 80 peratus penyepit lakuer di Jepun, manakala tempat meletak penyepit ini pula dihasilkan oleh pakar dari Kyoto, wilayah yang terkenal dengan pembinaan menggunakan buluh sejak dahulu. Kecomelan set penyepit ini pastinya akan menceriakan meja makan anda.

  • MATSUYA GINZA
    • Address 3-6-1, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-8130
      View Map
    • Nearest Station Ginza Station (Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
      1 minute on foot
    • Phone Number 03-3567-1211

Kedai untuk menemukan alat tulis peribadi

Kedai untuk menemukan alat tulis peribadi

Kedai Kakimori ini menempatkan pelbagai pen buatan Jepun yang juga terkenal di dunia dengan ketinggian kualitinya. Sambil mencuba dan menulis, pengunjung pasti dapat menemui pen peribadi yang istimewa. Di sini juga terdapat pen lutsinar original Kakimori yang dihasilkan daripada salah satu daripada tiga pengeluar pen terbesar Jepun, iaitu The Sailor Pen Co., Ltd. untuk dijual. Malah kedai ini juga menjual dakwat tempahan yang siap dalam masa 30 minit dengan pembelian minimum sebanyak sebotol. Marilah menghasilkan dakwat sendiri dengan mencampurkan warna kegemaran. Selain daripada itu anda boleh memilih kertas dan pengapit untuk dibuat nota peribadi, juga terdapat pelbagai alat tulis yang penuh dengan gaya tersendiri di kedai ini.

  • Kakimori
    • Address Seika Building the first floor, 4-20-12, Kuramae, Taitou-ku, Tokyo, 111-0051
      View Map
    • Nearest Station Kuramae Station (Toei Asakusa Line / Toei Oedo Line)
      3 minutes on foot
    • Phone Number 03-3864-3898

Menambah keceriaan hidup anda dengan perkakas lakuer ala Jepun

Menambah keceriaan hidup anda dengan perkakas lakuer ala Jepun

Kecantikan tersendiri yang membolehkan kelembapan dan kehangatannya dirasai merupakan daya tarikan perkakas lakuer ini. Sap pokok urushi yang digunakan sebagai lakuer pada perkakas ini merupakan cat yang mempunyai kesan kalis reput/ kalis air. Perkakas lakuer dari Kedai Yamada Heiando yang mula beroperasi pada tahun 1919 ini turut digunakan di Istana Maharaja. Kedai ini menjual produk yang mempunyai keaslian tersendiri yang dipadankan dengan gaya hidup moden sambil meneruskan teknologi pembuatan tradisional yang diwarisi. Barangan-barangan ala Jepun daripada mangkuk salad dan pinggan, hinggalah ke peralatan pejabat seperti kotak kad nama dapat digunakan sebagai penyeri di dalam kehidupan seharian.

  • Yamada Heiando
    漆器 山田平安堂 代官山ヒルサイドテラス本店
    • Address 18-12, Sarugakucho, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0033, Japan

Jikatabi yang berwarna-warni dan bergaya

Jikatabi yang berwarna-warni dan bergaya

Tabi (sarung kaki Jepun) disarungkan pada kaki ketika mengenakan pakaian kimono. Tabi yang mempunyai getah pada dasarnya dan boleh digunakan untuk berjalan di luar dipanggil Jikatabi. Tabi memisahkan ibu jari supaya mudah untuk dipakai bersama geta (terompah kayu) ataupun zori (selipar jerami). Jikatabi turut mempunyai daya tarikan yang sama, di mana ibu jari dipisahkan. Kedai SOU・SOU menempatkan jikatabi buatan tempatan yang unik, serta rekaan-rekaan yang bersesuaian dengan fesyen terkini.

  • SOU・SOU KYOTO
    SOU・SOU KYOTO 青山店
    • Address 5-4-24, Minamiaoyama, Minato-ku, Tokyo, 107-0062, Japan
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini