Cenderamata yang mesti dibawa pulang~Edisi makanan ringan~

Cenderamata yang mesti dibawa pulang~Edisi makanan ringan~

Update:

Makanan ringan di Jepun, selalunya berkualiti tinggi walaupun pada pandangan mata dan juga rasa. Di dalam kebanjiran makanan ringan , di sini ingin memperkenalkan makanan ringan yang berterusan disukai oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia mudah didapati seperti di stesen kereta api Tokyo dan juga di kedai serbanika dan pencarian untuk dijadikan cenderamata juga menjadi senang.

Kit kat perasa matcha (teh hijau)

Kit kat perasa matcha (teh hijau)

"Kit kat" yang terkenal di seluruh dunia ini merupakan makanan ringan daripada wafer yang disaluti dengan lapisan coklat berbentuk bar. Di Jepun terdapat kit kat perasa unik yang melambangkan Jepun iaitu perasa matcha. Ini adalah "Kit kat mini otona no amasa matcha". Menggunakan daun teh daripada ladang teh Uji, Kyoto iaitu "daun teh Uji Gyokuro" yang diuli menjadi doh, menghasilkan aroma dan perasa teh hijau yang pasti berbaloi untuk dinikmati. Boleh didapati di kedai serbanika dan pasaraya. Berharga 500 JPY untuk 12 keping.

Tokyo Banana

Tokyo Banana

"Tokyo banana" yang kelihatan seperti pisang yang comel, sesiapa pun mengetahui ianya adalah buah tangan dari Tokyo yang popular. Kaya dengan krim kastard pisang dan dibalut dengan kek span yang lembut teksturnya. Terdapat dua perasa iaitu coklat pisang dan karamel pisang, silalah mencuba kedua-duanya. Juga terdapat versi corak bentuk hati dan bunga. Selain daripada stesen Tokyo, Shinagawa, Ueno dan Harajuku, dijual juga di Lapangan Terbang Haneda dan Narita.

Koala March

Koala March

Ini merupakan produk jualan yang terlama bagi pengeluar makanan ringan "Lotte". Biskut yang berbentuk koala dan di dalamnya dimasukkan coklat. Pelbagai bentuk dan gaya koala dimasukkan seperti koala yang sedang memanjat, koala yang tertidur dan bayi koala. Menu tetap untuk makanan ringan bagi semua lapisan masyarakat ini boleh dibeli di kedai serbanika dan pasaraya.

Yukinoyado

Yukinoyado

Sejak dijual pada tahun 1977, ia menjadi makanan ringan Jepun yang berterusan disukai. Senbei (kerepek beras yang dipanggang) berperisa garam, disira dengan air gula, rasa harmoni antara masam dan manis yang tidak tertahan. Senbei yang dipanggang hingga keperangan, disira dengan air gula, kelihatan seperti salji. Sira gula yang mengandungi sedikit krim segar Hokkaido ini menjadikan rasanya lebih sederhana. Boleh dibeli di pasaraya dan kedai farmasi.

Kameda no kakinotane Wasabi

Kameda no kakinotane Wasabi

Keropok (makanan ringan daripada tepung pulut yang dipanggang) yang kelihatan seperti kaki no tane (biji pisang kaki). Diperasakan dengan kicap dan lada, sedikit pedas. Di dalam bungkusan dimasukkan juga kacang, perasa yang sederhana ini sangat serasi dengan kakinotane. Serbuk wasabi digunakan bagi perisa wasabi. Anda boleh menikmati kepedasan itu seperti memakan wasabi yang sebenar. Sangat sesuai dijadikan hidangan sampingan untuk dinikmati bersama sake (arak beras Jepun).

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini