HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Harajuku Cenderamata yang mesti dibawa pulang - Edisi alat mainan
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ginza Cenderamata yang mesti dibawa pulang - Edisi alat mainan
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ueno Cenderamata yang mesti dibawa pulang - Edisi alat mainan
Cenderamata yang mesti dibawa pulang - Edisi alat mainan

Cenderamata yang mesti dibawa pulang - Edisi alat mainan

Last updated: 27 Ogos 2020

Artikel ini akan memperkenalkan alat mainan Jepun yang amat sesuai dijadikan sebagai cenderamata. Anda pasti akan cepat terpesona dengan alat mainan Jepun ini sebaik sahaja melangkah masuk ke kedai tersebut! Carilah alat mainan kegemaran anda kerana terdapat pelbagai jenis alat mainan berunsurkan karakter popular di Jepun, anime,dan juga alat mainan tradisional.

Himpunan barangan karakter yang comel

Himpunan barangan karakter yang comel

"Kiddy Land Harajuku" merupakan kedai mainan yang menempatkan pelbagai karakter popular yang menjadi bualan ramai, bermula dengan karakter popular di dunia seperti "Hello Kitty", "Snoopy" dan sebagainya, serta karakter popular yang berasal dari Jepun yang wujud dalam tahun-tahun kebelakangan ini seperti "Rilakkuma", "Funasshi" dan sebagainya. Selain itu, barangan karakter, barangan trend terkini, alat mainan, alat tulis dan sebagainya boleh didapati dari tingkat 1 bawah tanah hingga ke tingkat 4. Di sini terdapat ramai peminat yang beratur sewaktu pelancaran sesebuah acara kerana ia terletak di Harajuku iaitu tempat pengumpulan golongan muda.

Kiddy Land Cadangan barangan 1

Kiddy Land Cadangan barangan 1

"Funasshi" adalah karakter paling popular di Jepun yang dilahirkan di Ibaraki-ken Funabashi-shi. Barangan Funasshi banyak terdapat di kedai rasminya iaitu "Funasshi LAND Select HARAJUKU". Dapatkan anak patung yang sangat comel ini walaupun diletakkannya dalam posisi duduk mahupun dipeluk dan hanya boleh didapati di Kiddy Land sahaja. Harga: (saiz M) JPY 2,800 + cukai; (saiz L) JPY 3,800 + cukai

Kiddy Land Cadangan barangan 2

Kiddy Land Cadangan barangan 2

Hello Kitty adalah karakter yang sangat popular di dunia yang dilahirkan di Jepun. Cenderamata Tokyo yang disyorkan adalah anak patung Kitty-chan yang mengenakan pakaian kimono. Pemakaian kimono yang diperbuat daripada kain crepe ini sangat comel dan dapat menimbulkan budaya Jepun. Barang yang dipegang di tangannya adalah "sensu" (kipas lipat). Sensu merupakan item yang wajib ada ketika memakai kimono. 2,000 JPY setiap satu (tidak termasuk cukai)

  • KIDDY LAND
    KIDDY LAND原宿店
    • Address 6-1-9 Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo 150-0001, Japan

Keseronokkan bermain alat mainan!

Keseronokkan bermain alat mainan!

"Hakuhinkan TOY PARK" yang terletak di Ginza mempunyai pelbagai jenis alat mainan seperti model plastik dan patung, alat mainan bayi, barangan karakter, anak patung dan sebagainya yang memenuhi ruangan 5 tingkat dari ruangan bawah tanah tingkat 1 hingga ke tingkat 4. Selain itu, dapat juga menikmati permainan kereta di slot car circuit "Hakuhinkan RACING PARK" (JPY 200 untuk setiap 5 minit) di tingkat 4.

Hakuhinkan TOY PARK Cadangan barangan 1

Hakuhinkan TOY PARK Cadangan barangan 1

Rika-chan adalah patung yang sentiasa disayangi kanak-kanak perempuan Jepun dan lahir pada tahun 1967. "Peach CA Rika-chan" yang original ada dijual di "Hakuhinkan TOY PARK". Pakaian yang dipakai oleh Rika-chan merupakan pakaian seragam sebenar CA di syarikat penerbangan Peach Aviation yang berpangkalan di lapangan terbang Kansai.

Hakuhinkan TOY PARK Cadangan barangan 2

Hakuhinkan TOY PARK Cadangan barangan 2

nanoblock adalah blok buatan Jepun yang bersaiz kecil yang dikeluarkan oleh "Kawada". Cawangan Hakuhinkan TOY PARK di lapangan terbang ini menjual satu set pesawat dan menara kawalan yang dibuat dari blok nano yang popular di Jepun. Barangan yang hanya boleh dibeli di Hakuhinkan ini amatlah disyorkan untuk dijadikan sebagai cenderamata Tokyo.

Khazanah barangan anime dan barangan hero

Khazanah barangan anime dan barangan hero

Kedai lama alat mainan Jepun ini bermula dengan pengumpulan model karakter dan patung-patung hero yang wujud daripada manga Jepun, barangan serbaguna dan sebagainya. Barangan di kedai ini telah memenuhi ruangan 7 tingkat dari ruangan bawah tanah tingkat 1 hingga ke tingkat 6. Ia merupakan kedai mainan yang wajib dikunjungi bagi peminat anime Jepun.

Yamashiroya Cadangan barangan 1

Yamashiroya Cadangan barangan 1

Karakter patung popular Star Wars yang telah digubah bercirikan Jepun ini juga popular di kalangan pelancong. Darth Vader muncul dengan gaya samurai daisho (jeneral samurai) yang memegang pedang Jepun. Manakala Sand Trooper muncul sebagai teppo ashigaru (askar berjalan kaki yang membawa senjata). Jadikanlah dunia Star Wars yang berkonsep samurai Jepun ini sebagai cenderamata.

Yamashiroya Cadangan barangan 2

Yamashiroya Cadangan barangan 2

Model patung kecil yang menggayakan pelbagai jenis aksi di bucu gelas seperti duduk dan tergantung. Ia dipanggil dengan nama "The angel landed to the edge of the cup" dan merupakan patung karakter yang sangat popular di jepun. Patung Karakter yang kaya dengan pelbagai jenis pakaian seperti pakaian wanita yang bekerja di pejabat, yukata, kimono dan sebagainya dan juga kaya dengan gaya ini membuatkannya mempunyai banyak pengumpul.

  • Yamashiroya
    ヤマシロヤ
    • Address 6-14-6 Ueno, Taito-ku, Tokyo 110-0005, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari