Kafe di Tokyo

Kafe di Tokyo

Last updated: 8 Jun 2020

Meluangkan masa sambil menikmati udara nyaman di kafe Tokyo. Pilihlah secawan kopi terbaik di kafe sambil duduk bersantai di kerusi. Mari rasai pengalaman meluangkan masa di kafe.

Menikmati pemandangan Sungai Sumida dari "MEURSAULT"

Menikmati pemandangan Sungai Sumida dari "MEURSAULT"

Kafe ini terletak bersebelahan aliran Sungai Sumida di Asakusa yang terletak berhadapan dengan Tokyo Skytree (R). Angin dari sungai yang menyamankan boleh dirasai dari tempat duduk teres, sambil melihat kapal layar yang berulang-alik dan camar bertebangan, anda dapat menikmati kek dan tart yang dibuat sendiri. Jambatan dan bangunan berhampiran dihiasi dengan lampu pada waktu malam dan pada waktu siang pula pemandangannya sangat luar biasa. Kedai kek bawah tanah sesak dengan pelanggan yang ingin mendapatkan cenderahati seperti biskut dan jem.

  • Cafe Meursault
    CAFE MEURSAULT
    • Address Nakamurabld, 2-1-5, Kaiminarimon, Taito-ku, Tokyo, 110-0034

Cafe "Gallery ef" yang mempunyai gudang

Cafe "Gallery ef" yang mempunyai gudang

Berehat di kafe yang mempunyai gudang yang dibina pada tahun 1868. Ia terletak berhampiran pintu keluar A5 stesen Asakusa, papan hitam yang diletakkan diluar menjadi simbol kafe. Terdapat lebih kurang 20 buah tempat duduk di dalam kafe, dihiasi dengan barang-barang antik yang memberikan suasana retro. Terdapat kedai menarik yang menjual pelbagai produk di Asakusa seperti biji kopi "Cafe Bach" yang terkenal dengan kopi yang dipanggang sendiri dan kedai roti "Pelican" yang menjual sandwich dengan roti yang dibuat sendiri. Pameran lukisan dan acara muzik sering dianjurkan di ruang seni iaitu kawasan gudang yang telah diubahsuai. Terdapat juga kedai "loceng" kucing yang menjadi tempat bersantai bagi pencinta kucing.

  • Gallery ef
    Gallery ef
    • Address 2-19-18, Kaminarimon, Taito-ku, Tokyo, 110-0034

Merasai suasana empat musim Tokyo di kafe atas air

Merasai suasana empat musim Tokyo di kafe atas air

Pada zaman dahulu ia dibina sebagai kawasan perparitan luar di Istana Edo. Menjelang musim bunga, apabila bunga sakura di sepanjang sungai berkembang mekar, lokasi ini menjadi salah satu tempat untuk hanami (aktiviti melihat bunga sakura). Sambil menikmati pizza bakar seperti "margherita" yang dipenuhi mozzarella atau "salmone" yang menggunakan salmon Norway, anda dapat menikmati pemandangan yang berubah mengikut musim. Ketika waktu makan tengahari yang bermula pukul 11:30 sehingga 14:00, salad boleh ditambah secara percuma. Lokasi yang berada berhampiran kawasan air di tengah-tengah pusat bandar pasti dapat meningkatkan emosi seorang pengembara.

  • Canal Cafe
    CANAL CAFE
    • Address 1-9, Kagurazaka, Shinjuku-ku, Tokyo, 162-0825, Japan

"Sign Daikanyama" di mana anda dapat melihat pemandangan bandar dari bahagian teres

"Sign Daikanyama" di mana anda dapat melihat pemandangan bandar dari bahagian teres

Ciri kafe ini adalah tempat duduk di bahagian teres yang luas dan menjadi mercu tanda stesen Daikanyama. Terdapat pelbagai pilihan menu makanan dan minuman, ramai pelanggan yang datang makan tengahari sementara menunggu seseorang. Pinggan makanan tengahari dan pasta yang siap dimasak dibawa keluar dan dapat dilihat secara langsung dari dapur yang terbuka. Pada waktu makan malam ada disediakan menu masakan untuk seorang, anda dapat menikmati waktu malam dengan alkohol pilihan anda.

  • Sign daikanyama
    サイン 代官山
    • Address 19-4, Daikanyamamachi, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0034, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari