HOME Ryogoku / TOKYO SKYTREE(R) Makan ramen di Tokyo
HOME Harajuku Makan ramen di Tokyo
HOME Asakusa Makan ramen di Tokyo
Makan ramen di Tokyo

Makan ramen di Tokyo

Update:

Ramen diperkenalkan dari China ke Jepun lebih daripada 100 tahun lalu, dan sejak itu ramen mengalami evolusi ramen tersendiri di Jepun. Terutamanya sejak beberapa puluh tahun ini di mana ramen menjadi popular secara mendadak, setiap kedai melakukan penambahbaikan dari segi rasa dan bahan-bahan tambahan. Mari rasai ramen Jepun yang menjadi topik hangat di luar negara.

Kedai "Rokurinsha" yang mewakili tsukemen di Tokyo

Kedai "Rokurinsha" yang mewakili tsukemen di Tokyo

Ia wujud pada tahun 2005, kedai ini popular dengan tsukemennya di Tokyo. Tsukemen adalah mee sejuk yang dimakan dengan mencelup di dalam sup, sama seperti cara makan soba. Saiz mee adalah lebih tebal berbanding spaghetti biasa, sup pekat di mana tulang khinzir direbus dengan masa yang panjang, kini menjadi kebiasaan bagi tsukemen di Jepun. Kedai ini terkenal dan sering terpapar di televisyen dan majalah, penuh sesak ketika waktu makan tengahari.

  • Rokurinsha Tokyo Tokyosoramachiten
    六厘舎TOKYO 東京ソラマチ店
    • Address Tokyo skytreetown soramachi6F, 1-1-2, Oshiage, Sumida-ku, Tokyo, 131-0045, Japan

"Kyusyu Jyangara" yang cukup digemari lebih daripada 30 tahun

"Kyusyu Jyangara" yang cukup digemari lebih daripada 30 tahun

Selain daripada Harajuku, terdapat 7 buah kedai ramen tulang khinzir dibuka seperti di Akihabara, Ginza dan Akasaka. Ciri-ciri paling utama adalah mee lurus yang halus dan sup tulang khinzir yang diperasakan dengan shoyu. Terkenal dengan rasa kemanisan tulang khinzir yang tersendiri, masih popular sejak penubuhannya pada tahun 1984. Selain menu "Kyusyu Jyangara", terdapat pelbagai menu seperti "bonsyan" yang dikatakan sangat berlemak.

  • Kyusyujangara Harajukuten
    九州じゃんがら 原宿店
    • Address 1-13-21, Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001, Japan

Ramen tulang khinzir "butao" yang popular

Ramen tulang khinzir "butao" yang popular

Shibuya yang dikenali sebagai bandar anak muda, sentiasa sesak dengan pelajar. Gabungan mee halus dan rasa sup pekat tulang khinzir yang direbus sangat popular dikalangan pelancong luar negara. Selain itu, niboshi ramen iaitu ramen yang diperbuat daripada renehan lebih daripada 20 jenis ikan bilis, teknik masakan "dashi" yang dimasak secara tradisional sangat sedap. "Butao" telah berkembang ke luar negara sejak tahun 2010, banyak kedai cawangan dibuka di Taiwan, Filipin dan Hong Kong.

  • Ramen Nagi Butaou Shibuyaten
    ラーメン凪 豚王 渋谷店
    • Address 1-3-1, Higashi, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0011, Japan

Ciri "Asakusa tai" adalah sup pekat dan rumpai laut!

Ciri "Asakusa tai" adalah sup pekat dan rumpai laut!

Terdapat banyak kedai ramen di Asakusa yang menarik perhatian pelancong. Anda disyorkan ke kedai di hadapan stesen Asakusa ini yang beroperasi sehingga pukul 4 pagi" - Yokohama kakei ramen" iaitu sup pekat yang diekstrak daripada tulang khinzir telah wujud di Yokohama pada tahun 1970-an, bayam dan rumpai laut besar di letakkan di atas char siu (daging khinzir panggang). Semasa membuat pesanan, anda boleh mengubah kelembutan mee (keras, biasa, lembut), kepekatan sup (pekat, biasa, cair) dan kandungan minyak (banyak, biasa, sedikit). Anda akan mendapat kupon yang boleh digunakan pada masa akan datang sekiranya anda menghirup sup sehingga habis.

  • Tonkotsu Shoyu Ramen Asakusatai
    豚骨醤油ラーメン 浅草隊
    • Address 2-19-13, Kaminarimon, Taito-ku, Tokyo, 111-0034, Japan
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini