HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Asakusa Masakan berdaging yang boleh dimakan di Tokyo
Masakan berdaging yang boleh dimakan di Tokyo

Masakan berdaging yang boleh dimakan di Tokyo

Last updated: 26 Julai 2018

Daging panggang, "syabu-syabu" (stimbot ala Jepun), sate ayam ialah antara masakan berdaging di Jepun yang kaya dengan pelbagai variasi. Di mana-mana kedai sekalipun akan meneliti terlebih dahulu bahan dan cara masakan kemudiannya mencipta rasa yang tersendiri. Kini, masakan berdaging menjadi bualan ramai dan sangat mendapat sambutan di Tokyo!

Merasai keenakan daging segar sehingga ke hati di "Naka-sei"

Merasai keenakan daging segar sehingga ke hati di "Naka-sei"

Kedai yang mendapat penilaian yang tinggi di dalam buku panduan makanan antarabangsa ini menyajikan masakan menggunakan daging “Tajima” dan pelbagai lagi daging yang terkenal di Jepun. Kedai makanan daging yang berkualiti tinggi di Jepun ini menggunakan teknik masakan yang dipanggil “karashi” di mana daging direhatkan di dalam peti sejuk beku khas selama 4 hingga 10 minggu. Teknik masakan ini juga yang dikenali sebagai “Dry-aged beef” juga dilakukan untuk mengeluarkan kelazatan dan kelembutan daging tersebut. Setelah keluar dari pintu kecil kedai khusus menjual daging "Kita-ten" yang amat menitik beratkan ruang pameran daging, anda akan menjumpai sebuah ruang seperti bilik meminum teh dengan rekabentuk yang elegan yang dinamakan "Nai-ten". Di sini anda boleh bersantai sambil menikmati daging perap yang enak.

Merasai masakan kejepunan dengan hidangan "Syabusen"

Merasai masakan kejepunan dengan hidangan "Syabusen"

Jika ingin menikmati hidangan periuk tradisi Jepun iaitu “syabu-syabu” (makanan Jepun di dalam satu periuk panas, ala stimbot) yang sangat berpatutan adalah di kedai ini. Kepingan daging nipis, sayur-sayuran dan sebagainya dicelup sebentar ke dalam periuk yang berisi sup, dan dimakan dengan sos bijan pedas istimewa buatan sendiri. Anda pasti dapat merasai keenakan rasa asli bahan dan juga daging yang begitu lembut. Tambahan pula, hidangan set yang disertakan juga dengan pencuci mulut “kuzukuri” (pencuci mulut yang diperbuat dari tepung dan dikeraskan) membolehkan menikmati rasa keenakan asli yang tersendiri. Selain dari set hidangan daging lembu dan khinzir, terdapat juga daging “kuroge-wagyu” (daging lembu hitam Jepun) sebagai pilihan. Di tempat duduk berkonsepkan kaunter, disediakan juga periuk untuk kegunaan seorang, dan anda dapat menikmati hidangan syabu-syabu ini dengan pilihan perisa sendiri.

  • Syabusen GinzaB2ten
    しゃぶせん 銀座B2店
    • Address GinzakoabldB2F, 5-8-20, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061, Japan

Memenangi satu bintang Michelin! Kedai sate "Toriki"

Memenangi satu bintang Michelin! Kedai sate "Toriki"

Tempat minum arak awam yang menjadi kegemaran kebanyakan masyarakat Jepun “Yakitori shitsu” iaitu kedai yang sangat sesuai untuk dicuba. Kedai yang mendapat gelaran berikutan memenangi satu bintang dalam “Buku Panduan Michelin Tokyo 2016” ini, menyediakan sate ayam dan juga sayur-sayuran yang dicucuk lidi, dan kemudian dibakar dengan sempurna di atas arang apabila terdapat pesanan. Bagi yang pertama kali mencuba, disyorkan untuk memcuba set hidangan yang terdiri daripada 8 jenis daging yang berbeza bersama 4 jenis sayur. Memakan sate sambil minum arak adalah cara masyarakat Jepun di kedai arak. Apabila tanglung dinyalakan pada pukul 5 petang, menandakan kedai tersebut telah dibuka.

Jenama daging panggang global "Yazawa"

Jenama daging panggang global "Yazawa"

Kedai daging panggang yang dikelolai oleh syarikat pemprosesan daging berkualiti yang berkemahiran dalam memilih daging yang lazat. Ditubuhkan pada tahun 2010 di Singapura, dan kemudiannya pada tahun 2014, telah membuka cawangannya di Stesen Tokyo berhadapan Yaesu, dan telah menjadi lambang kedai panggang di Tokyo dalam sekelip mata sahaja. Selepas itu, perniagaan dikembangkan lagi menerusi pembukaan cawangan di “Milan” dan “Beverly Hills”. Di sini disediakan daging lembu "Kuroge Wagyu” (daging lembu hitam Jepun yang berkualiti) yang berkualiti yang telah dipilih dari seluruh negara, dihiris dengan cara berbeza mengikut bahagian oleh pengendali daging yang sangat berpengalaman. Cara memanggang yang sangat baik dan pantas, membolehkan anda menikmati daging panggang yang sangat lazat.

  • Yakiniku Yazawa
    焼肉 矢澤
    • Address 1-5-10, Yaesu, Chuo-ku, Tokyo, 103-0028, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari