HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ebisu / Naka-Meguro Menikmati masakan Perancis di Tokyo
Menikmati masakan Perancis di Tokyo

Menikmati masakan Perancis di Tokyo

Last updated: 26 Julai 2018

Walaupun hanya untuk menikmati makanan Perancis, tetapi setiap restoran yang menghidangkan makanan ini mempunyai ciri-ciri unik mereka yang tersendiri, seperti mengekalkan rasa asli makanan tersebut seperti di tempat asalnya iaitu Perancis, memilih bahan-bahan mentah yang berkualiti dan segar, atau melakukan transformasi terhadap ruangan menjamu selera. Bagaimana jika anda cuba tinggalkan kenangan manis di Jepun dengan mengunjungi restoran masakan Perancis di Tokyo yang semakin banyak diusahakan?

Chef yang berkarisma di kedai yang sudah lama beroperasi

Chef yang berkarisma di kedai yang sudah lama beroperasi

Kedai ini terletak di suatu sudut di Daikanyama, sebuah bandar yang terkenal sebagai bandar yang elegan. Ia mendapat pengiktirafan yang tinggi daripada buku panduan makanan antarabangsa. Pemilik dan chef di kedai ini, Andre Passion, menimba pengalaman di dapur "Hotel Mont-Gabriel" yang terletak di Montreal, Kanada selepas menamatkan kursus masakan di Perancis. Kemudian, beliau datang ke Jepun pada tahun 1970 dan bekerja di sebuah kedai terkenal di sini. Pada tahun 1984, beliau membuka kedainya sendiri. Suasana dalaman kedainya begitu elegan dan terdapat sudut pendiang api yang pernah diletakkan di biara di Perancis sejak tahun 1609. Pelbagai jenis masakan boleh dinikmati semasa makan tengah hari ataupun malam.

  • Restaurant PACHON
    Restaurant PACHON
    • Address Hillsideterrace B, 29-18, Sarugakucho, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0033, Japan

Bahan-bahan mentah yang berkualiti di "Le Coq"

Bahan-bahan mentah yang berkualiti di "Le Coq"

Hiruma, pemilik dan chef di kedai ini pernah menimba pengalaman di restoran bertaraf 3 bintang seperti "La Maurette" dan "Lucas Carlton" yang terletak di Paris serta "Esperance" yang terletak di Burgundy. Pernah bekerja di restoran yang mendapat pengiktirafan yang tinggi daripada buku panduan makanan antarabangsa, beliau dan isteri membuka sebuah kedai kecil yang boleh memuatkan 12 tempat duduk. Setiap bahan-bahan masakan diambil dari dalam dan luar negara yang telah dipilih dengan teliti dan dirasai oleh lidah mereka sendiri terlebih dahulu. Selain hidangan makan tengah hari dan malam, mereka juga menyediakan pelbagai jenis wain di sini.

  • Le Coq
    Le Coq
    • Address 2-7-2, Ebisunishi, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0021, Japan

Masakan Perancis yang teliti

Masakan Perancis yang teliti

Chef Matsumoto yang pernah bekerja sebagai chef di restoran terkenal di Nihonbashi iaitu "Au got du jour merville" selama 10 tahun membuka kedainya sendiri pada tahun 2014 yang dikenali sebagai "La Paix." Suasana dalaman kedai ini amat tenang dengan gabungan unsur-unsur Jepun, bersesuaian dengan namanya yang bermaksud "aman". Beliau memasukkan ciri-ciri unik Jepun seperti suasana bermusim dan elemen warna ke dalam masakan asli Perancis. Anda pasti akan berpuas hati dengan hidangan masakan yang dipenuhi idea dan begitu teliti . Contohnya seperti foie gras terrine (masakan yang menggunakan hati angsa) yang diapit dengan gaufre (sejenis wafer) yang dibungkus dengan furoshiki (kain pembalut) dan kemudian dihidangkan untuk dinikmati.

  • La paix
    La paix
    • Address 1-9-4, Nihonbashimuromachi, Chuo-ku, Tokyo, 103-0022, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari