HOME Tsukiji Sushi mewah untuk dinikmati di Tokyo
HOME Stesen Tokyo Sushi mewah untuk dinikmati di Tokyo
HOME Ginza Sushi mewah untuk dinikmati di Tokyo
Sushi mewah untuk dinikmati di Tokyo

Sushi mewah untuk dinikmati di Tokyo

Update: 12 Oktober 2016

"Sushi" yang lahir pada zaman Edo adalah merupakan makanan Jepun yang terkenal dan digemari di seluruh dunia. Terdapat banyak kedai sushi di Tokyo di mana pakar dengan teliti mempertimbangkan asal bahan, kesegaran, teknik, dan proses penyediaan.

Rasai sushi pada harga yang berpatutan di kedai yang sesak dengan pelanggan

Rasai sushi pada harga yang berpatutan di kedai yang sesak dengan pelanggan

Kedai ini terkenal dengan sushi yang menggunakan bahan yang segar, tetapi ditawarkan pada harga yang berpatutan. Ia pada mulanya dibuka di Umegaoka, Setagaya pada tahun 1963, tetapi telah berkembang dan kini memiliki 6 buah cawangan di Tokyo. Terdapat pelbagai menu yang ditawarkan pada harga berpatutan seperti "Ita-san no Omakase Nigiri (¥3024)" dan "Tokujo Nigiri (¥1728)". Hidangan-hidangan yang disediakan ini menggunakan bahan bermusim yang dihantar terus dari Tsukiji. Selain dari ruangan kedai yang luas (82 kerusi), suara ceria pakar sushi yang bergema nyaring di sini pasti akan menceriakan suasana.

  • Umegaoka Sushi-No-Midori Souhonten Ginza store
    梅丘寿司の美登利総本店 銀座店
    • Address 7-2 Tokyo-freeway Yamashita-Bld 1F ahead of number 72, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061, Japan

Sejarah penubuhan "Yoshino Sushi" pada tahun 1879

Sejarah penubuhan "Yoshino Sushi" pada tahun 1879

Ketika penubuhan kedai ini, pasar ikan masih lagi terletak di Nihonbashi. Sushi yang disediakan melalui teknik "Edomae" dengan menggunakan bahan mentah segar yang diperoleh dari Nihonbashi ini dapat dinikmati pada harga yang berpatutan. Sushi yang disediakan melalui teknik "Edomae" dan menggunakan perasa seperti "nikiri" dan "tsume" ini turut menjadi kebanggaan dengan kecantikannya. Setiap pagi, bahan-bahan yang dipilih dengan teliti disediakan dengan berhati-hati untuk hidangan Edomaezushi di mana ia boleh didapati pada harga yang berpatutan (makan tengah hari 2160 JPY ~, makan malam 8640 JPY ~).

  • Yoshinosushi Honten
    吉野鮨 本店
    • Address 3-8-11, Nihonbashi, Chuou-ku, Tokyo, 103-0027, Japan

Pengalaman membuat nigiri di "Tsukuji Tama Sushi"

Pengalaman membuat nigiri di "Tsukuji Tama Sushi"

Kedai Edomaezushi yang bersejarah ini telah ditubuhkan pada tahun 1924. Ia dilengakapi dengan bilik peribadi yang boleh memuatkan dari 4 - 40 orang tetamu. Terdapat pelbagai kos menu yang disediakan di sini bergantung kepada bajet dan bilangan tetamu. Bahan mentah segar yang dihantar terus dari Tsukiji ini boleh dinikmati melalui hidangan sashimi atau yosenabe. Restoran yang merupakan tempat lahirnya menu "temaki-zushi" ini turut menyediakan menu temaki-zushi pada harga yang berpatutan. Selain itu, pengunjung asing turut berpeluang menikmati pengalaman menyediakan sushi di bawah bimbingan pakar melalui kos "Gaikoku-jin Sushi Nigiri Taiken (pengalaman membuat sushi untuk orang asing)" (terhad di restoran Harumi sahaja/ dibuka pada hari Sabtu/ tempahan melalui telefon/ 8640 JPY).

  • Tsukiji Tama Sushi harumi-St. Store
    築地玉寿司 晴海通り店
    • Address 2-15-19, Tsukiji, Chuou-ku, Tokyo, 104-0045, Japan
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini