HOME Akihabara Dalam masa lapang di antara jadual melancong anda! Berjalan di sekitar Akihabara mencari hidangan lazat B-gred.
Dalam masa lapang di antara jadual melancong anda! Berjalan di sekitar Akihabara mencari hidangan lazat B-gred.

Dalam masa lapang di antara jadual melancong anda! Berjalan di sekitar Akihabara mencari hidangan lazat B-gred.

Update:

Di Jepun, makanan murah untuk rakyat biasa atau makanan jiwa serantau dipanggil "B-gred gourmet" dan disukai oleh rakyat. Akihabara, salah satu bandar yang paling menarik di kawasan Tokyo, bukan sahaja terkenal dengan pengguna elektronik dan budaya otaku, tetapi juga tanah suci bagi B-gred gourmet. Mari kita lihat tempat-tempat yang boleh di singgah pada masa lapang di antara jadual masa melancong.

"B1 Grand Prix Shokudo (Kedai Makan)" di mana B-gred gourmet tertumpu.

"B1 Grand Prix Shokudo (Kedai Makan)" di mana B-gred gourmet tertumpu.

Ini adalah tempat yang popular di mana anda boleh menikmati B-gred gourmet dari seluruh Jepun. Menu diselia oleh kira-kira 70 organisasi dan selalu bertukar. Saiz yang lebih kecil atau saiz separuh hidangan boleh dipilih, baik bagi orang-orang yang ingin mencuba pelbagai menu dan yang mencari makanan ringan.

  • B-1 Grand Prix Shokudo
    B1グランプリ食堂・AKI-OKA CARAVANE
    • Address 15-1, Kandaneribeicho, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0022, Japan

Bagi peminat anime! "Animax Cafe"

Bagi peminat anime! "Animax Cafe"

"Animax Cafe" sebuah konsep kafe yang dihasilkan oleh saluran TV khusus anime Jepun "Animax".
Menu terhad ditawarkan bekerjasama dengan animasi popular yang berbeza dari masa ke semasa.
Tempat duduk di tingkat dua memerlukan tempahan terlebih dahulu. Jika ada tempat duduk kosong di tingkat bawah, sesiapa sahaja boleh singgah bersahaja sambil berjalan jalan di bandar.

  • Animax Cafe Akihabara
    アニマックスカフェ秋葉原
    • Address 3-7-12, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021, Japan

"Star Kebab" di medan pertempuran Kebab! ?

"Star Kebab" di medan pertempuran Kebab! ?

Sebenarnya, Akihabara dan kawasan sekitarnya ialah tempat persaingan makanan Turki "Doner Kebab".
“Star Kebab", yang telah membuka 3 cawangan di kawasan Akihabara telah memainkan peranan mencetuskan situasi ini. Saiz, jenis daging dan sos boleh dipilih mengikut keinginan anda.

  • Star Kebab Akiabarahonten
    スターケバブ 秋葉原本店
    • Address 1-8-10, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021, Japan

Gaba Omusubi (bebola nasi) menggunakan beras istimewa

Gaba Omusubi (bebola nasi) menggunakan beras istimewa

GABA adalah sejenis beras yang mengandungi "γ-aminobutyric asid" 5 hingga 10 kali ganda daripada nasi putih, yang merupakan nutrien berfungsi dilaporkan dapat menurunkan tekanan darah dan menguramgkan tekanan perasan melalui meningkatkan kualiti tidur. Kedai ini menghidangkan bebola nasi GABA dengan pengisian biasa seperti umeboshi (plum), sake (salmon masin) serta bebola nasi dengan pengisian istimewa, seperti foir gras diperap dengan miso. Mari kita cuba satu atau dua dengan sup miso panas.

  • omusubinogyaba
    おむすびのGABA
    • Address 4-7-2, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021, Japan
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini