HOME Ginza Waktu lapang semasa melancong! Membeli manisan di Ginza
Waktu lapang semasa melancong! Membeli manisan di Ginza

Waktu lapang semasa melancong! Membeli manisan di Ginza

Update:

Ginza merupakan sebuah kawasan yang dipenuhi dengan kedai-kedai manisan yang terkenal. Memperkenalkan manisan yang boleh dibeli dan dimakan sambil berjalan dalam waktu lapang semasa melancong. Oleh kerana kesemua kedai wajib dilawati, maka marilah kita bersiar-siar selepas menentukan arah tujuan.

Dilimpahi dengan rasa kemewahan "Henri Charpentier"

Dilimpahi dengan rasa kemewahan "Henri Charpentier"

Terdapat kuih bakar yang amat terkenal di Ginza Yanagidori iaitu "Ginza Maison Henry Charpentier." Kedai ini amat terkenal dengan suasananya yang mewah yang menyerupai butik perhiasan berjenama. Para pengunjung boleh menikmati pencuci mulut yang lengkap di meja yang disediakan di tingkat 1 bawah tanah dan di tingkat 1 pula terdapat "Bar Maison" yang membolehkan para pengunjung merasai arak bersama-sama dengan pencuci mulut. Selain itu, para pengunjung juga boleh membeli pelbagai jenis kuih bakar seperti financier (sejenis biskut Perancis) dan madeleine (sejenis kuih Perancis) di dalam "butik" ini.

Ginza Maison yang terhad iaitu "Ginza hachimitsu pai (Pai madu Ginza)"

Ginza Maison yang terhad iaitu "Ginza hachimitsu pai (Pai madu Ginza)"

"Ginza hachimitsu pai" yang terdapat di 87 buah kedai di seluruh Jepun juga boleh didapati di Ginza Maison. Ia dibuat dengan menggunakan 100% madu luar biasa dari lebah yang hidup di sekitar Ginza. Pai yang dibakar satu per satu secara teliti di dalam pembakar mempunyai rasa yang sedap dan harmoni dari campuran madu dan mentega.

  • Ginza Maison Henri Charpentier
    銀座メゾン アンリ・シャルパンティエ
    • Address 2-8-20, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061, Japan

Wafel asli Belgium di kedai "Ginza Manneken"

Wafel asli Belgium di kedai "Ginza Manneken"

Kedai wafel yang terkenal di sebelah persimpangan Ginza 4 Chome adalah "Ginza Manneken." Kedai yang boleh menarik perhatian pejalan kaki dengan baunya yang wangi ini dibuka pada tahun 1986 untuk kedai pertamanya. Ia merupakan kedai lama yang pertama sekali menjual wafel Belgium di Jepun. Sejak kedai wafel Belgium yang rangup dan mempunyai bau yang wangi ini dibuka, barisan pelanggannya tidak pernah putus untuk mencuba makanan yang terkenal ini. Wafel ini boleh dibeli walaupun dengan hanya 1 keping sahaja dan akan dibalut dengan kertas untuk dimakan semasa bersiar-siar.

Wafel yang amat sesuai untuk dimakan sambil berjalan-jalan

Wafel yang amat sesuai untuk dimakan sambil berjalan-jalan

Wafel ini dibuat dengan menggunakan tangan dan amat teliti sekali pembuatannya. Bahagian luarnya amat rangup manakala bahagian dalamnya pula lembut kerana dohnya diuli dengan menggunakan Pearl Sugar dari Belgium. Anda dapat menikmati rasa yang istimewa semasa menggigit wafel ini. Terdapat juga wafel yang mempunyai perasa terhad pada setiap musim sahaja, jadi jika anda singgah ke kedai ini, sila cuba wafel yang terhad pada satu-satu musim ini.

  • Ginza Manneken
    銀座マネケン
    • Address 5-7-19, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061, Japan

Kedai lama yang diasaskan lebih dari 140 tahun "Ginza Kimuraya"

Kedai lama yang diasaskan lebih dari 140 tahun "Ginza Kimuraya"

"Kimuraya" dibuka pada tahun 1874 di Ginza 4 Chome. Untuk mengenalkan roti kepada orang Jepun yang masih tidak biasa dengan roti pada masa tersebut, adunan tepung dibuat dengan menggunakan arak untuk menggantikan yis manakala intinya pula adalah kacang merah yang manis. Ia dijual dengan panggilan "anpan." "Anpan" yang merupakan makanan Jepun berasal dari budaya Barat ini adalah produk pertama yang dihasilkan oleh Kimuraya. Selain itu, terdapat juga kuih roti dan roti lapis yang banyak dijual di sini. Di samping itu, para pengunjung juga boleh menikmati 2 set minuman dan anpan serta pai berintikan kacang buatan sendiri di tingkat 2 di kedai ini.

Anpan (roti berintikan kacang merah) yang dibuat dengan tradisi dari kedai yang sudah lama wujud

Anpan (roti berintikan kacang merah) yang dibuat dengan tradisi dari kedai yang sudah lama wujud

Sejak mula dijual sehinggalah 140 tahun kemudiannya, "Sakadane anpan" tetap menjadi makanan pilihan utama dari kedai ini. Kacang merah yang dimasak dengan resepi yang unik ini amat kaya dengan bau yang wangi serta empuk, bersesuaian dengan adunan rotinya. Roti yang terkenal di sini adalah roti klasik "ogura" yang menggunakan inti kacang putih, inti kacang hijau dan "anbata" yang menggunakan gabungan inti kacang merah dan mentega.

  • Ginza Kimuraya
    銀座木村家
    • Address 4-5-7, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061, Japan

Kemewahan "Cake & Chocolate Shop"

Kemewahan "Cake & Chocolate Shop"

Cake & Chocolate Shop yang terletak di tingkat 1 Wako Annex ini merupakan sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis kek dan coklat yang terkenal di dalam satu tingkat sahaja. Para pengunjung boleh membeli kek daripada buah-buahan sepanjang tahun hinggalah kepada buah-buahan bermusim yang terhad serta terdapat kira-kira 30 jenis chocolat frais (coklat berbingkai) di kedai yang elegan ini. Di samping itu, selain daripada kek yang dijual di tingkat 1, terdapat juga Tea Salon di tingkat 2 yang membolehkan para pengunjung menikmati pencuci mulut yang terhad pada satu-satu masa sahaja, galette dan omuraisu (omelette rice).

Minuman coklat istimewa yang berbau wangi

Minuman coklat istimewa yang berbau wangi

Minuman coklat istimewa dari Wako. Menu minuman dari "Tea Salon" di tingkat 2 yang boleh dibawa pulang ini juga amat terkenal. Ia mempunyai 2 jenis minuman iaitu panas dan sejuk. Para pengunjung boleh menikmati kemanisan yang berkualiti tinggi dari minuman ini. Kedai ini amat disyorkan kepada penggemar coklat.

  • Wako Annex Cake & Shocolate Shop
    和光 アネックス ケーキ&チョコレートショップ
    • Address 4-4-8, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061, Japan
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini