Hidangan Jepun boleh didapati pada harga yang berpatutan

Hidangan Jepun boleh didapati pada harga yang berpatutan

Update:

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, makanan rakyat biasa yang murah, tidak mewah, tetapi lazat adalah popular di Jepun. "Hidangan yang berpatutan" yang boleh dinikmati tanpa pergi ke Ryotei (restoran Jepun) atau restoran mewah adalah intipati masakan Jepun. Saya akan memperkenalkan hidangan Jepun yang mempunyai harga yang berpatutan.

"Sanuki Udon", makanan istimewa daerah Kagawa

"Sanuki Udon", makanan istimewa daerah Kagawa

Daerah Kagawa adalah yang tertinggi dalam penggunaan Udon (mi yang diperbuat daripada tepung gandum) di Jepun. Kedai "Hanamaru Udon" menawarkan harga yang rendah untuk "Sanuki Udon" yang merupakan produk tempatan daerah Kagawa. Mi udon ini diperbuat daripada bahan-bahan yang dipilih dengan teliti dan mempunyai rasa dan kenyalan yang khusus, manakala supnya berasaskan ikan bilis dan rumpai laut (Kombu). Sanuki udon ini adalah popular di kalangan peminat udon. Dalam kedai layan diri, pelanggan memilih beberapa jenis tempura (sayuran atau makanan laut yang dicelup tepung dan kemudian digoreng) yang diletakkan di kaunter dan memesan menu Udon kegemaran, kemudian membuat bayaran pada juruwang.

Kedai khusus untuk "Onigiri (nasi kepal)" yang mempunyai rasa seperti masakan ibu

Kedai khusus untuk "Onigiri (nasi kepal)" yang mempunyai rasa seperti masakan ibu

Onigiri adalah nasi yang dikepalkan menjadi bentuk gunung. Onigiri adalah salah satu makanan sejati bagi orang-orang Jepun yang disediakan oleh para ibu sejak kecil lagi. Kedai onigiri "Honnoriya" telah dibuka dengan semangat untuk menghasilkan semula onigiri seperti yang dibuat oleh ibu-ibu mereka dengan penuh kasih sayang. Kedainya dibangunkan di dalam stesen JR di Tokyo, dan set menu terdiri daripada dua Onigiri, Karaage (ayam goreng), telur bakar dan sup miso. Onigiri boleh dipilih antara onigiri bermusim yang terhad menggunakan bahan-bahan bermusim ataupun onigiri klasik seperti salmon masin, tarako (telur masin ikan kod), okaka iaitu campuran kepingan bonito kering dan sos soya. Anda juga boleh memesan menu tersebut untuk dibawa pulang.

Tendon rangup yang panas

Tendon rangup yang panas

Tendon ialah semangkuk nasi di mana tempura berperencah diletakkan. Teknik yang mahir diperlukan untuk membuat tempura rangup. Walau bagaimanapun, "Tenya" menggunakan alat penggoreng automatik jenis conveyor, supaya mana-mana pekerja boleh menyediakan tempura yang lazat dan rangup dengan tahap kualiti yang sama, dengan mengawal suhu minyak dan masa menggoreng pada komputer. Semangkuk tendon mengandungi pelbagai jenis tempura termasuk udang, sotong, ikan putih, labu, kacang hijau, dan dilengkapi dengan sup miso (pes kacang soya). Pelangan boleh meminta berapa banyak sos yang mereka mahu untuk Tendon mereka apabila membuat pesanan.

Yakisoba (mi goreng) segera yang sedia untuk dimakan dengan menuang air panas

Yakisoba (mi goreng) segera yang sedia untuk dimakan dengan menuang air panas

Mari kita periksa mi cawan segera yang boleh didapati di kedai-kedai serbaneka dan pasar raya di bandar-bandar. Yakisoba adalah mi yang digoreng bersama-sama dengan daging babi dan sayur-sayuran seperti kubis, lobak merah atau bawang dan di campur dengan sos Worcestershire. Di Jepun, ia digemari oleh orang tua dan muda sebagai makanan bagi orang-orang biasa, dan dijual di gerai-gerai semasa musim perayaan atau di sudut snek. "Myojo Ippei-chan Yomise No Yakisoba" adalah mi cawan segera yang menghasilkan semula rasa seperti di gerai. Kaedah penyediaan adalah dengan hanya menuangkan air mendidih ke dalam cawan, 3 minit kemudian, buang air tersebut dan kemudian gaulkan sos dengan mi. Akhir sekali, letakkan mayonis mustard di atasnya. Sebaik sahaja anda makan, anda akan ketagih dengan rasanya.

Mi segera yang diilhamkan daripada mi dari kedai mi popular

Mi segera yang diilhamkan daripada mi dari kedai mi popular

Ramen adalah salah satu hidangan kebangsaan Jepun. " Seven Gold Cup Ramen Meiten Shikomi Series" adalah mi cawan yang telah dihasilkan semula dengan perisanya seperti mi di kedai kedai popular di negara ini dan sentiasa mempunyai barisan pelanggan yang panjang. Ia boleh didapati juga di kedai rangkaian serbaneka Seven-Eleven. Siri siri keluaran semula perisa mi seperti perisa miso ramen Hokkaido iaitu "Sumire", ramen perisa garam Hokkaido "Santoka", dan di rantau Kyushyu, Tonkotsu (sup tulang khinzir) ramen "Ippudo”. Selain mi segera, terdapat juga mi yang boleh dimasak di dalam periuk, dan ianya disyorkan sebagai buah tangan.

Onigiri (nasi kepal) popular dari kedai serbeneka

Onigiri (nasi kepal) popular dari kedai serbeneka

"Onigiriya" adalah siri onigiri popular yang dijual dirangkaian kedai serbaneka "Lawson". Di Jepun, kedai serbaneka telah meletakkan penekanan kepada onigiri (nasi kepal) sehingga penyelidikan dan pembangunan produk dilakukan secara aktif. Oleh itu, onigiri (nasi kepal) tetap kekal lazat walaupun ia tidak panas. Lawson begitu khusus tentang bahan-bahan yang digunakan untuk onigiri, seperti beras, nori (kertas rumpai laut), inti, garam, dan lain-lain serta kaedah pembuatan, dan onigiri mereka semakin popular kerana terdapat pelbagai pilihan. Antaranya, "Niigata Koshihikari Onigiri Ookina Yakisake Harami" adalah disyorkan. Sekeping besar salmon masin, beras dengan kemasinan sederhana dan rumpai laut yang sangat wangi adalah kombinasi yang terbaik. Ini adalah salah satu rasa Jepun yang mudah didapati.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini