HOME Haneda Berjalan sambil minum jika ingin mengenali sesuatu bandar! 4 tempat pilihan izakaya yang disyorkan di sekitar "Kamata"
Berjalan sambil minum jika ingin mengenali sesuatu bandar! 4 tempat pilihan izakaya yang disyorkan di sekitar "Kamata"

Berjalan sambil minum jika ingin mengenali sesuatu bandar! 4 tempat pilihan izakaya yang disyorkan di sekitar "Kamata"

Update:

Terdapat banyak tempat makan yang lazat dan murah di kawasan sekitar Kamata. Memperkenalkan kedai terbaik dengan arak yang sedap yang selalu dikunjungi penduduk setempat seperti izakaya dan restoran yang selalu dikunjungi penulis majalah gourmet.

Bar minum sambil berdiri "Sashimiya Gotsubo" yang kaya dengan adab dan tatasusila.

Bar minum sambil berdiri "Sashimiya Gotsubo" yang kaya dengan adab dan tatasusila.

Minum di tachinomiya (bar minum sambil berdiri) sambil berinteraksi dengan pelanggan tempatan yang peramah. Terdapat banyak kunjungan dari pelanggan tetap yang tertarik dengan personaliti "Oyassan (tuan kedai lelaki)" yang baik hati dan sokongan baik dari "Okamisan (tuan kedai wanita)", sesiapa sahaja yang datang ke situ pasti cepat menjadi kawan. Hidangan ikan yang dihidangkan oleh Oyassan yang pernah memborong ikan sebagai teras perniagaan dari sashimi hinggalah ke masakan stim semuanya segar-segar dan lazat belaka. Dari pemikiran "Saya mahu orang bergembira dengan memakan sesuatu yang lazat", menyediakan makanan tanpa mengambil kira keuntungan. Semangat seperti inilah yang menonjolkan keistimewaan pusat bandar.

  • Sashimiya Gotsubo
    さしみや五坪
    • Address 5-23-5 Kamata, Ota-ku, Tokyo 144-0052, Japan

Kenyang dengan hanetsuki gyoza! "Ni-hao Keishinkaku"

Kenyang dengan hanetsuki gyoza! "Ni-hao Keishinkaku"

Terdapat banyak Restoran Masakan Cina yang murah dan lazat di Kamata. Salah satunya ialah "Ni-hao Keishinkaku" dan makanan terbaik yang disyorkan ialah "Ganso Hanetsuki Gyoza". 5 biji gyoza yang bercantum sangat rangup dan penuh dengan jus daging. Sesiapa sahaja pasti tersenyum dapat menikmati sebiji gyoza penuh di dalam mulut sambil minum bir. Terdapat banyak lagi hidangan popular lain seperti "popia Ebisu stick" dan "hidangan sejuk jagung", "gyoza stim hon-yu". Terdapat juga set minum petang dengan harga berpatutan.

  • Ni-hao Keishinkaku
    你好 恵馨閣
    • Address 7-45-1 Nishikamata, Ota-ku, Tokyo 144-0051, Japan

Yakiton (khinzir panggang) istimewa yang terbaik! "Butabancho"

Yakiton (khinzir panggang) istimewa yang terbaik! "Butabancho"

"Yakitori" yang disukai oleh orang tua dan muda disediakan dengan mencucuk daging ayam pada lidi lalu dibakar, manakala daging khinzir yang dicucuk pada lidi iaitu "yakiton" juga tidak kurang popularnya. Kedai yang menghidangkan yakiton yang murah dan lazat seperti ini ialah Butabancho. Kedai ini hanya dilengkapi 12 tempat makan berkonsep kaunter tanpa kerusi. Gambar di sebelah kanan ialah yakiton istimewa manakala di sebelah kiri pula ialah salad makaroni paling popular. Pelanggan tetap selalunya akan memesan kedua-dua hidangan ini. Pelanggan akan bersesak di kedai sempit ini sambil bersembang dan menikmati bir serta Hoppy!

  • Yakiton Butabancho
    やきとん 豚番長 蒲田店
    • Address 7-63-6 Nishikamata, Ota-ku, Tokyo 144-0051, Japan

Minum tanpa had arak tempatan dari seluruh negara "my BAR SO"

Minum tanpa had arak tempatan dari seluruh negara "my BAR SO"

Jika anda ingin minum arak Jepun yang sedap, pergilah ke kedai khusus arak Jepun yang terletak di lorong belakang Kamata iaitu "my BAR SO". Kedai ini mempunyai arak tempatan yang terbaik dari seluruh Jepun. Oleh kerana lebih daripada 40 botol pilihan terbaik dikumpulkan setiap minggu dari arak tempatan bermusim, banyak juga orang yang datang ke kedai ini telah menjadi pakar arak Jepun. Bagi mereka yang ingin menikmati pelbagai jenis arak, anda boleh juga mencuba set "minum tanpa had".

  • my BAR SO
    米酒場 そう my BAR SO
    • Address 5-42-6 Kamata, Ota-ku, Tokyo 144-0052, Japan
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini