HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Kanagawa Kamakura 5 tempat pilihan untuk meluangkan masa di Kamakura
5 tempat pilihan untuk meluangkan masa di Kamakura

5 tempat pilihan untuk meluangkan masa di Kamakura

Last updated: 21 September 2017

Jika anda melancong ke Tokyo, singgahlah juga di Kamakura, bandar yang amat tenang suasananya. Di sini kami perkenalkan beberapa kedai pilihan yang pasti membuatkan anda leka dengan peredaran masa di sini.

1. Kafe pandu masuk konsep terbuka

1. Kafe pandu masuk konsep terbuka

Kafe "Pacific DRIVE-IN" yang baru dibuka pada 30 Mac 2015 ini merupakan kafe pandu masuk yang berkonsepkan "Hawaiian Plate Lunch" (makan tengah hari ala Hawaii). Lokasi kafe ini yang terletak di tepi laut merupakan satu kebanggaan di mana dari sini anda dapat menikmati pemandangan Pulau Enoshima dan Gunung Fuji. Selain daripada menjamu selera, pengunjung juga dapat membeli belah kerana terdapat pelbagai produk asli dijual di sini. Kafe ini juga menyediakan tempat duduk di teres terbuka, sesuai untuk pengunjung yang ingin makan sambil menikmati tiupan angin laut.

Antara hidangan yang disediakan di sini adalah "Garlic Shrimp Plate" iaitu hidangan terkenal dari Kahuku, Hawaii, "BLTA Sandwich" yang menggunakan roti buatan sendiri, dan lain-lain hidangan asli Hawaii. Kopi di sini pula dipanggang oleh "27 COFFEE ROASTER" dari Shonan.

  • Pashifuikku Doraibuin
    Pacific DRIVE-IN
    • Address Address 2-1-12, Shichirigahamahigashi, Kamakura-shi, Kanagawa, 248-0025

2. Sarapan tengah hari di ruangan elegan

2. Sarapan tengah hari di ruangan elegan

"BRUNCH KITCHEN Kamakura" adalah restoran sarapan tengah hari yang menyediakan hidangan French toast (roti telur goreng) bersama sajian ala New York yang lain. Terdapat pelbagai sajian yang terdiri daripada masakan daging dan ikan, masakan stu, hinggalah kepada hidangan salad disediakan. Hidangan sihat yang menjadi kegemaran pengunjung wanita juga turut disediakan bagi memastikan pengunjung dapat menikmati makanan kegemaran masing-masing. Menu utama iaitu French toast disediakan dengan memerap semalaman Brioche yang dipesan khas lalu dibakar menggunakan teppan (kuali besi yang rata) ataupun ketuhar.

Suasana terbuka kedai ini yang disinari cahaya matahari pada waktu siang berubah apabila tibanya waktu malam. Cahaya daripada api pemanas di waktu malam menyajikan suasana romantis kepada pengunjung. Masa bagaikan terhenti di sini, di mana pengunjung dapat menikmati sajian makanan yang lazat dan suasana yang indah.

  • Buranchikitchin Kamakura
    BRUNCH KITCHEN KAMAKURA
    • Address 2-6-28, Komachi, Kamakura-shi, Kanagawa, 248-0006

3. Butik alat tulis

3. Butik alat tulis

Butik alat tulis "TUZURU" menyediakan pelbagai alat tulis seperti pen dakwat, surat-suratan, nota tulisan, dan sebagainya. Butik ini dibuka pada tahun 2008, dengan berkonsepkan kedai kasual. Barisan pen dakwat di sini telah dipilih sendiri oleh pemilik butik, di mana ianya terdiri daripada pen biasa hinggalah pen professional.

Terdapat juga pelbagai pilihan kertas tulis disediakan seperti kertas bebas asid yang boleh disimpan lama, kertas-kertas yang disukai penulis profesional, dan sebagainya. Butik ini juga menyediakan ruangan menulis serta peti pos kecil di dalamnya. Jadi bolehlah anda gunakan kesempatan di sini untuk meluahkan perasaan kepada yang tersayang.

  • Tuzuru
    • Address 1-1-4, Ogigayatsu, Kamakura-shi, Kanagawa, 248-0011
      View Map
    • Nearest Station Kamakura Station (JR Yokosuka Line / JR Shonan Shinjuku Line / Enoshima Electric Railway Line)
      4 minutes on foot
    • Phone Number 0467-24-6569

4. Kafe dan galeri retro

4. Kafe dan galeri retro

Pada Mei 2014, kafe "HALENOVA + OFF SEASON gallery" telah dibuka di mana ianya menyediakan donat dan kopi yang lazat. Donut di kafe ini sangat sesuai kepada mereka yang gemarkan makanan sihat kerana ianya menggunakan minyak organik, okara (pulpa soya), dan gandum. Kopinya pula merupakan adunan asli yang dipanggang di Kamakura.

Peredaran masa bagaikan terhenti ketika menikmati suasana retro kafe yang dibuka di bangunan lama ini. Tingkat satu adalah kafe dan galeri, serta digunakan juga sebagai pentas persembahan, manakala tingkat dua menyediakan kelas yoga.

  • Harenoba
    ハレノバ
    • Address 3-6-14, Gokurakuji, Kamakura-shi, Kanagawa, 248-0023

5. Masakan Perancis menggunakan sayur tempatan Kamakura

5. Masakan Perancis menggunakan sayur tempatan Kamakura

Pintu masuk berwarna oren terang adalah merupakan imej bagi "Bistrot Orange". Kedai yang telah diperbaharui dan dibuka semula pada 18 Februari 2015 ini menyediakan hidangan tradisional tempatan di Perancis. Walaupun kedai ini menyediakan hidangan mewah tetapi suasana kasual di dalam kedai membuatkan anda selesa menjamu selera.

Di samping sajian confit peha itik yang rangup serta sajian daging bakar yang menggunakan sayur Kamakura, pengunjung juga dapat menikmati pelbagai sajian ringan serta wain di sini. Restoran ini dapat disesuaikan dengan apa jua mood supaya anda dapat menikmati masa yang paling istimewa di sini.

  • Bisutoro Oranjie
    Bistrot Orange
    • Address 2-13, Onarimachi, Kamakura-shi, Kanagawa, 248-0012
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari