HOME Shibuya Bergaya dan pelbagai fungsi! 4 kafe pilihan di Shibuya
Bergaya dan pelbagai fungsi! 4 kafe pilihan di Shibuya

Bergaya dan pelbagai fungsi! 4 kafe pilihan di Shibuya

Update: 12 Oktober 2016

Shibuya terkenal sebagai tempat membeli-belah. Tetapi, terdapat satu lagi budaya di sini yang tidak boleh terlepas pandang iaitu budaya kafe. Terdapat kafe yang menggunakan ruang sempit dengan bijak, terdapat kafe yang tersembunyi jauh dari hiruk-pikuk bandar, terdapat juga kafe yang mengekalkan citarasa asli. Marilah berhibur di kafe yang mempunyai ciri-ciri tersendiri yang unik ini.

Menikmati kopi asli dari barista

Menikmati kopi asli dari barista

Pemilik kafe ini iaitu Hiroshi Sawada merupakan orang pertama dari Asia yang memenangi "Free Pour Latte Art Championship" yang diadakan di Seattle, Amerika pada tahun 2008. Kafe yang diketuai oleh Sawada di sini menghidangkan seni latte dan kopi dari barista yang bertaraf dunia. Kafe ini yang terletak di Shibuya mempunyai ruang seperti di salon, dan juga merupakan tempat yang mementingkan hubungan antara sesama manusia. Nikmatilah kopi terhebat daripada biji kopi terbaik yang dipanggang dan dikisar.

  • STREAMER COFFEE COMPANY
    STREAMER COFFEE COMPANY 渋谷店
    • Address 1-20-28 Shibuya, Shibuya-ku, Tokyo 150-0002, Japan

Suasana seperti di pusat peranginan di tepi kolam renang

Suasana seperti di pusat peranginan di tepi kolam renang

Kafe ini terletak di tingkat 3 bangunan fesyen yang mempunyai kolam renang. Ia terkenal sebagai kafe yang mempunyai suasana seperti di pusat peranginan walaupun berada di Shibuya sahaja. Terdapat tempat duduk di tepi kolam renang atau di kawasan terbuka yang membolehkan para pengunjung menikmati angin sepoi-sepoi bahasa pada waktu siang dan keindahan langit pada waktu malam sambil menghabiskan masa merupakan ciri-ciri unik kafe ini. Selain makanan ringan, para pengunjung juga boleh menikmati makanan berasaskan ikan, daging dan makanan Itali yang kasual. Kafe ini juga terkenal sebagai tempat penggambaran drama televisyen.

  • 347 Cafe
    347 Cafe
    • Address 1-23-16 Shibuya, Shibuya-ku, Tokyo 150-0002, Japan

Kafe dengan masa makan tengah hari yang panjang yang disukai dan dikenali

Kafe dengan masa makan tengah hari yang panjang yang disukai dan dikenali

Ia mengambil masa selama 10 minit jika berjalan kaki dari stesen Shibuya. Kafe ini terletak berdekatan dengan stesen "Shinsen" Inokashira Line yang jauh dari kawasan bising hiruk-pikuk dan tersembunyi seperti binaan rumah. Ia terkenal dengan reka bentuk dalamannya yang menenangkan dan tempat duduk bersofa yang empuk dan santai. Selain daripada menu kopi, teh dan kek, ia juga menghidangkan kari asli buatan sendiri dan mabonasu (sejenis makanan China ala Jepun) serta menu makanan yang lain. Pasti anda akan datang lagi jika telah berkunjung ke sini.

  • Zarigani Café
    Zarigani Café
    • Address 6-11 Udagawacho, Shibuya-ku, Tokyo 150-0042, Japan

Ruangan dengan cahaya lampu yang menenangkan

Ruangan dengan cahaya lampu yang menenangkan

Kafe yang terletak di tingkat 8 dan 9 dalam bangunan kedai yang kecil di Oruganzaka, Shibuya ini mempunyai suasana misteri seperti gabungan bilik-bilik yang tersembunyi. Lampu yang digunakan untuk menerangi ruang dalaman kedai ditemui oleh isteri pemilik kafe di kedai barangan terpakai. Dengan ruang yang tenang ini, pasti anda akan terlupa tentang hiruk-pikuk bandar Shibuya. Kafe ini dibuka sehingga lewat malam jam 12 dan menawarkan pelbagai hidangan masakan sendiri dan sudah pasti minuman beralkohol juga.

  • astral lamp - cafe & dining -
    astral lamp - cafe & dining -
    • Address 11-6 Udagawacho, Shibuya-ku, Tokyo 150-0042, Japan
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini