HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ginza Di sini dikumpulkan maklumat tentang makanan dan arak di Ginza
Di sini dikumpulkan maklumat tentang makanan dan arak di Ginza

Di sini dikumpulkan maklumat tentang makanan dan arak di Ginza

Last updated: 19 Jun 2020

Dari zaman Meiji hinggalah ke zaman Showa, pengaruh Pencerahan Budaya telah membaratkan Jepun. Kedai kawasan mewah yang tertumpu di Nihonbashi dan persekitaran Ginza, perkara-perkara Barat menjadi trend di situ. Makanan yang dimakan pada kelazimannya disangka adalah makanan Barat, tetapi sebenarnya adalah buatan Jepun.

Membuat tempahan menu yang menjadi permulaan penghasilan "katsuretsu" dan "omurice"

Membuat tempahan menu yang menjadi permulaan penghasilan "katsuretsu" dan "omurice"

Dibina pada tahun 1895. Sebagai pengasas pertama makanan Barat di Jepun, kedai ini mempunyai ramai peminat dari kalangan ibu bapa dan juga anak-anak dari pelbagai generasi dan sememangnya dikenali sebagai sebuah kedai yang terkenal. Kedai ini dibuka pada tahun 1964 dan membawa rasa istimewa di Ginza. Kedai ini juga berkonsepkan seakan-akan sama seperti di awal zaman operasi dulu, iaitu suasana yang dikatakan "High Collar". "Renga-tei" = diketahui sebagai permulaan penghasilan katsuretsu tetapi sebenarnya juga merupakan permulaan penghasilan omurice. Ianya adalah "original pork katsuretsu" (katsuretsu babi asli) di mana dengan kuantiti yang banyak dan saiz yang memuaskan, luarnya rangup dan dalamnya sangat enak. Sama seperti omurice, hidangan ini memberikan rasa yang tidak boleh dilupakan.

  • Rengatei
    煉瓦亭
    • Address 3-5-16, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061, Japan

Cuba order "Katsukare Chiba-san"

Cuba order "Katsukare Chiba-san"

"Katsukare" adalah "katsu" yang digoreng dan dituang kari ke atasnya. Permulaan penghasilannya terdapat di Ginza Swiss. Menu katsukare menjadi lambang kedai ini sejak tahun 1948 apabila pemain baseball Shigeru Chiba yang berkhidmat dengan pasukan Yomiuri Giant, dan juga merupakan pelanggan tetap kedai ini membuat permintaan "saya mahu tonkatsu dalam nasi kari saya". Sejak itu wujudnya katsukare. Katsuretsu yang rangup dan rasa kari apabila bercampur menjadi satu hidangan yang sungguh lazat, menu ini dari dulu hinggalah sekarang tidak berubah rasanya, disukai oleh semua orang. Sekarang menu ini berkembang ke seluruh Jepun, dan jika anda datang ke Jepun, anda disarankan untuk merasai menu ini.

  • Ginza Swiss
    銀座スイス 銀座本店
    • Address 3-5-16, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061, Japan

"Hirekatsu sando" yang boleh dibungkus pulang (take out)

"Hirekatsu sando" yang boleh dibungkus pulang (take out)

Pada tahun 1927 di Ginza lahirnya kedai istimewa tonkatsu. Pengasasnya menggoreng sekeping hirekatsu yang dibuka dan menghasilkan saiz satu suapan gorengan, "hitokuchi katsu", "chuuno sos" (sos pekat ala Cina) yang sangat sesuai dimakan dengan tonkatsu. Selepas itu, sup buatan khas menggunakan sos buatan sendiri, "katsu-don", "hirekatsu sando" dan bermacam-macam lagi menu popular dihasilkan. Namanya menjadi terkenal di seluruh Jepun. Kali ini yang dicadangkan adalah "hirekatsu sando" (sandwich hirekatsu), dengan menggunakan sos buatan sendiri dan roti yang lembut, sememangnya gabungan yang lazat. Ia juga boleh dibawa pulang.

  • Ginzabairin
    銀座梅林本店
    • Address 7-8-1, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061, Japan

Pencuci mulut di awal zaman Showa yang disukai hingga sekarang

Pencuci mulut di awal zaman Showa yang disukai hingga sekarang

Pada tahun 1894, kedai "shiruko-ya" yang pertama di Ginza dibuka. Nama kedai tersebut ialah Wakamatsu. Menu yang popular di kedai itu ialah "anmitsu", yang lahir pada tahun 1930. Pada waktu itu, makanan manis selalu dimakan oleh masyarakat Jepun. Oleh yang demikian, mereka meminta makanan yang lebih manis dihasilkan. Demi merealisasikan hasrat itu, pemilik generasi kedua kedai itu, Hanjiro Mori menghasilkan menu ini, di mana sos kacang manis buatan sendiri dituangkan ke atas "mitsu mame" dan menu ini menjadi menu yang popular di masa itu. Beroperasi di tempat yang sama sejak dulu, rasa di kedai ini sangatlah tersendiri bersesuaian dengan gaya kedai ini. Gambar merupakan menu yang dinamakan "Ganso Anmitsu".

  • Ginza Wakamatsu
    銀座若松
    • Address Koa Bld.1F, 5-8-20, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari