HOME Ikebukuro Evolusi roti yang unik di Jepun
HOME Shibamata / Kita-Senju / Kameari Evolusi roti yang unik di Jepun
Evolusi roti yang unik di Jepun

Evolusi roti yang unik di Jepun

Update: 7 Oktober 2016

Roti telah melalui evolusi yang unik di Jepun. Kini roti merupakan keperluan asas pemakanan di Jepun. Artikel ini akan mendalami sejarah roti di Jepun, serta memperkenalkan kedai-kedai roti yang digemari sejak daripada dahulu lagi.

Dibawa masuk oleh kapal Portugal yang mendarat

Dibawa masuk oleh kapal Portugal yang mendarat

Roti telah mula diperkenalkan di Jepun pada tahun 1543 apabila dibawa masuk bersama senjata api dengan kapal Portugal. Roti kemudiannya tersebar melalui pergerakan mubaligh-mubaligh yang menyebarkan agama di Jepun. Terdapat catatan sejarah mengenai Oda Nobunaga iaitu seorang pemerintah Jepun suatu ketika dahulu juga pernah menjamah sejenis roti. Tetapi roti hilang sementara dari muka bumi Jepun berikutan sakokurei (perintah negara terkunci) yang dilaksanakan pada tahun 1587.

Evolusi roti dan sejarah peperangan

Evolusi roti dan sejarah peperangan

Roti telah dibawa semula ke Jepun berikutan terletusnya Perang Candu pada tahun 1840. Oleh kerana roti adalah makanan yang mudah dibawa, sarjana perang Jepun telah mengarahkan pembuatan roti secara besar-besaran. Akhirnya budaya roti bertapak dengan pantasnya di negara terbuka Jepun. Tambahan pula berikutan kekurangan makanan selepas Perang Dunia Kedua, banyak bekalan gandum dihantar ke Jepun, menjadikan roti semakin dikenali dalam pemakanan harian.

Roti kelahiran Jepun yang disesuaikan dengan kesukaan orang Jepun

Roti kelahiran Jepun yang disesuaikan dengan kesukaan orang Jepun

Roti kelahiran Jepun yang terkenal adalah "anpan" (roti manis dengan isi kacang merah). Anpan adalah merupakan cetusan idea pengasas Kimuraya Sohonten (sebuah kedai roti yang terkenal di Jepun) pada tahun 1869. Bagi meyesuaikan rasanya dengan selera orang Jepun, beliau telah menggunakan arak sake (arak beras Jepun) dalam proses pembuatan roti tersebut. Pada tahun 1990, "roti jem", iaitu roti yang diisikan dengan jem buah, "roti krim", iaitu roti yang diilhamkan daripada puf krim, dan sebagainya telah dihasilkan. Kemudian pada tahun 1927, kari yang dibaluti dengan roti dan kemudiannya digoreng, iaitu "roti kari" pula dihasilkan. "Roti melon", iaitu roti yang dibakar bersama adunan biskut di atasnya, "kolone", iaitu roti berbentuk kulit siput dan diisi krim di dalamnya, dan sebagainya juga merupakan roti yang dilahirkan di Jepun.

Kedai di mana lahirnya roti perancis sebenar di Jepun

Kedai di mana lahirnya roti perancis sebenar di Jepun

Kedai ini merupakan kedai pertama yang melahirkan roti perancis sebenar di Jepun pada lebih kurang 120 tahun dahulu. Kaedah pembuatannya masih lagi dipertahankan sehingga kini. Produk yang terkenal di sini adalah "baguette". Luarannya rangup dan nipis manakala dalamannya mempunyai tekstur yang kenyal. Terdapat juga roti perancis ala Jepun untuk dinikmati di sini seperti "Maccha Baguette", di mana adunannya dicampur dengan kacang hitam dan teh hijau, serta "Goma-france", iaitu baguette yang dicampurkan dengan krim bijan hitam. Selain daripada itu, terdapat lebih kurang 100 jenis roti turut dijual. Ruangan makan turut disediakan untuk pengunjung yang ingin terus menikmati roti di sini.

  • Sekiguchi Furansupan
    関口フランスパン 目白坂本店
    • Address 2-3-3, Sekiguchi, Bunkyo-ku, Tokyo, 112-0014, Japan

Kedai khas roti berlauk yang mengenyangkan

Kedai khas roti berlauk yang mengenyangkan

Kedai yang telah mempertahankan rasa produknya semenjak dibuka pada tahun 1957 ini digemari pelanggan dari semua peringkat umur dan jantina. Empat produk jualannya adalah, "Korokke Pan" (roti yang berintikan campuran kentang rebus dan sayur yang digoreng), "Menchi-katsu Pan" (roti yang berintikan daging hancur yang disaluti telur dan serbuk roti yang kemudiannya digoreng), "Tonkatsu Pan" (roti berintikan daging babi yang disaluti telur dan serbuk roti yang kemudiannya digoreng), serta "Hamu-katsu Pan" (roti berintikan daging ham yang disaluti telur dan serbuk roti yang kemudiannya digoreng). Produk yang paling popular adalah "Korokke Pan". Korokke yang digunakan adalah campuran ringkas kentang rebus lenyek bersama kubis dan tidak dicampur daging di dalamnya. Kentang daripada Hokkaido sahaja yang digunakan. Keseimbangan rasa bersama dengan roti yang sedikit manis membuatkan pelanggan ketagih. Dua ketul korokke yang diletak sebagai inti roti sangat mengenyangkan si pemakan.

  • Aokiya
    青木屋
    • Address 6-47-14, Minamisenju, Arakawa-ku, Tokyo, 116-0003, Japan
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini