HOME Ikebukuro Sake Jepun mempunyai latar belakang yang mendalam
Sake Jepun mempunyai latar belakang yang mendalam

Sake Jepun mempunyai latar belakang yang mendalam

Update:

Sake Jepun dihasilkan dengan kaedah pembuatan yang tersendiri. Di sini kami akan berkongsi pengetahuan asas mengenainya. Kami juga akan memperkenalkan satu-satunya kilang sake "Koyamashuzo" yang terletak di wad 23 di Tokyo.

Tapaikan ia selama lebih kurang 20 hari

Tapaikan ia selama lebih kurang 20 hari

Sake Jepun adalah minuman beralkohol yang terhasil daripada proses penapaian campuran beras dan malt beras yang telah distim. Oleh kerana hanya penapaian tanpa proses penyulingan (setelah dipanaskan dan tersejat, disejukkan menjadi cecair) berlaku, ia dikategorikan sekali dengan minuman beralkohol wain dan bir. Proses penapaian memerlukan masa hampir sebulan. Kadar alkoholnya pula adalah di antara 15 dan 20.

"Sake berjenama" adalah sedap

"Sake berjenama" adalah sedap

Sake Jepun terbahagi kepada "sake biasa" dan "sake berjenama". Bagi sake biasa, biasanya mengandungi alkohol(berasal dari tebu dan sebagainya) yang melebihi dari sukatan yang ditetapkan. Untuk sake berjenama pula, mengandungi alkohol dalam lingkungan sukatan yang ditetapkan, dan tambahan lagi ia menggunakan beras yang berkualiti tinggi, sangat memuaskan dengan rasa yang sedap dan harga yang mahal.

Ginjoshu dengan aroma yang menarik

Ginjoshu dengan aroma yang menarik

Terdapat 8 jenis sake dengan nama tersendiri. "Junmai" dihasilkan hanya dengan beras dan malt beras dan mempunyai rasa pekat yang tipikal. "Ginjo" terhasil daripada hasil kikisan permukaan beras yang banyak, secara umum aromanya yang menarik adalah keistimewaannya. Di antara ginjo juga terdapat junmai dan yang lain. Marilah mencari rasa yang anda gemari.

Terdapat kilang arak di wad 23 di Tokyo

Terdapat kilang arak di wad 23 di Tokyo

Nada (terletak di Hyogo-ken) dan Fushimi (terletak di Kyoto-fu) terkenal sebagai kawasan pengeluar arak yang terkenal sejak dahulu lagi. Jenama yang terkenal di Nada adalah "Hakutsuru" dan "Kikumasamune", manakala di Fushimi pula "Gekkeikan", "Kizakura" dan sebagainya. Niigata yang digelar jelapang padi Jepun dan Akita juga terkenal sebagai kawasan pengeluaran. Terdapat juga sebuah kilang arak bernama "Koyamashuzo" di wad 23 di Tokyo.

Lawatan ke kilang arak sambil merasa araknya

Lawatan ke kilang arak sambil merasa araknya

Koyamashuzo adalah syarikat yang telah beroperasi sejak dari tahun 1878. Ia mengeluarkan sake berjenama "Marushinmasamune". Selain boleh membuat lawatan, proses penghasilan juga dapat dilihat melalui rakaman video disamping dapat merasai arak yang dihasilkan di kilang ini. Jika tepat pada musimnya, operasi menstimkan beras atau pembuatan malt beras juga boleh dipantau. Pelancong asing adalah dialu-alukan untuk datang membuat lawatan. Dengan syarat tempahan dibuat melalui telefon, seramai 5 orang ke atas dengan diiringi penterjemah.

  • Koyama Shuzo
    小山酒造
    • Address 26-10, Iwabuchimachi, Kita-ku, Tokyo, 115-0041, Japan
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini