HOME Tsukiji Cara menikmati waktu malam di Tsukiji
HOME Ginza Cara menikmati waktu malam di Tsukiji
Cara menikmati waktu malam di Tsukiji

Cara menikmati waktu malam di Tsukiji

Update: 27 Oktober 2016

Tsukiji dikenali sebagai dapur Jepun. Walaupun kebanyakan kedai di pasar yang mula beroperasi pada awal pagi biasanya akan ditutup pada waktu petang, tetapi, ada juga tempat yang boleh dinikmati pada malam hari. Tempat yang menenangkan dan tersembunyi, pemandangan malam seumpama berada di negara asing, dan kedai yang disukai oleh pihak pekerja pasar akan diperkenalkan di dalam rencana ini.

Kedai ikan tropika yang terbesar di Tokyo

Kedai ikan tropika yang terbesar di Tokyo

"PAUPAU AQU GARDEN" merupakan salah sebuah kedai ikan tropika yang terbesar di Tokyo. Kawasan berhampiran pintu masuk yang terang, terdapat akuarium di mana ikan cardinal tetra yang begitu indah berenang-renang dan juga pelbagai jenis rumput air dipamerkan. Pergerakan rumput air yang berwarna hijau di dalam air jernih yang berkilat sangat mengagumkan.
Di bahagian ikan air masin, hidupan air yang diminati ramai seperti ikan badut dan kuda laut dipamerkan. Ikan air tawar seperti Japanese medaka dan ikan emas juga dipamerkan di sini. Suasana yang tenang di kedai ini ialah seperti akuarium khas untuk orang dewasa. Kedai ini membolehkan anda untuk melupakan bunyi bising di bandar besar.

  • PAUPAU AQUA GARDEN
    パウパウアクアガーデン 銀座店
    • Address Matsuokaginsichi Bld.1.2F, 7-17-14, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061, Japan

Kuil yang dihiasi lampu pada waktu malam

Kuil yang dihiasi lampu pada waktu malam

"Tsukiji Hongwanji" merupakan tempat terkenal di Tsukiji, dan bangunannya dihiasi lampu pada waktu malam. Kawasan kuil kebiasaannya gelap, namun jangan risau kerana ada pengawal di pintu masuk. Kuil yang bercahaya di dalam kegelapan malam menghasilkan suasana yang menakjubkan. Keadaannya yang kontras dengan bangunan moden juga merupakan satu tarikan. Anda pasti akan teruja dengan Tsukiji Hongwanji yang jauh berbeza daripada waktu siang.
Walaubagaimanapun, anda tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan pada waktu malam. Oleh itu, anda bolehlah melawat ke sekitar kawasan pintu gerbang. Kebiasannya, lampu hiasan dipasang dari jam 5 petang hingga 9 malam.

Kedai terkenal yang menjadi sesak dengan pekerja pasar yang terbiasa dengan makanan enak

Kedai terkenal yang menjadi sesak dengan pekerja pasar yang terbiasa dengan makanan enak

"Chouseian" yang terletak di Jogai Shijo ialah kedai yang terkenal di antara pihak pekerja pasar yang terbiasa dengan makanan enak, dan kedai ini terkenal hingga susah untuk membuat tempahan. Sebenarnya kedai ini merupakan kedai mi soba, tetapi pada waktu malam ia menjadi kedai minum yang menawarkan hidangan-hidangan yang terbaik. "Dashimaki Tamago" (Telur gulung tradisional Jepun) ialah hidangan utama di kedai ini, dan rasanya amat lazat. Oleh kerana kedai ini ialah kedai mi soba, "sobagaki" juga disyorkan. Sobagaki ialah tepung soba yang dibulatkan seperti bola, dan hidangan tradisional ini telah wujud sebelum mi soba muncul. Rasanya seperti pulut, dan sedap dinikmati bersama sake (arak Jepun), dan juga mengenyangkan.
Selain daripada hidangan kecil, hidangan biasa juga disediakan. Hidangan yang disediakan dalam kuantiti yang besar dan rasanya juga sedap. Anda akan memahami mengapa rakyat Tsukiji yang selalu memakan makanan sedap kerap datang ke kedai ini.

  • Chouseian
    長生庵
    • Address 4-14-1monteberude101, Tsukiji, Chuo-ku, Tokyo, 104-0045, Japan

Pulang dengan keretapi dari "Stesen Tsukiji" Hibiya Line yang berada di depan mata

Pulang dengan keretapi dari "Stesen Tsukiji" Hibiya Line yang berada di depan mata

Jika anda datang ke pintu gerbang utama Tsukiji Hongwanji, pintu keluar Stesen Tsukiji berada di depan mata sahaja. Setelah melalui mesin pemeriksaan tiket, platfom pertama ialah kereta api yang menuju ke Meguro, manakala platfom kereta api yang menuju ke Kita-senju terletak selepas laluan bawah tanah.
Walaupun biasanya ramai orang suka berjalan-jalan di Jogai pada hari cuti umum, pada waktu malam juga amat menarik. Amat disyorkan untuk merasai pengalaman di Tsukiji yang hanya boleh dinikmati pada waktu malam.
written by : Shino Sasaki

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini