HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Akihabara Studio dan kedai bersatu! Mengenali pembuatan kraftangan Jepun di 2k540
Studio dan kedai bersatu! Mengenali pembuatan kraftangan Jepun di 2k540

Studio dan kedai bersatu! Mengenali pembuatan kraftangan Jepun di 2k540

Last updated: 18 Mei 2020

"2k540" merupakah sebuah tempat yang amat paling bertepatan dengan mereka yang ingin menyentuh seni pertukangan ataupun membeli kraftangan tradisional Jepun sebagai cenderamata. Ia terletak di laluan bawah tanah antara stesen JR Akihabara dan stesen Okachimachi. Terdapat pelbagai kraftangan dari seluruh Jepun, dari kraftangan yang dibakar sehinggalah kepada kraftangan daripada kaca, kayu, kulit haiwan dan pencelupan berwarna. Selain itu, terdapat juga kedai yang menyediakan peluang kepada para pengunjung untuk merasai dan membuat sendiri seni kraftangan tersebut.

Tempat untuk merasai hasil kesenian dari seluruh negara

Tempat untuk merasai hasil kesenian dari seluruh negara

Keseronokan 2k540 adalah para pelancong boleh menyentuh dan merasai sendiri kraftangan tradisional dari seluruh Jepun semasa berada di Tokyo. Terdapat lebih kurang 50 buah kedai di sini daripada golongan profesional yang menawarkan barangan tembikar, kraftangan daripada kaca dan kayu, kasut dan beg yang dihasilkan sendiri dan pelbagai barangan kraftangan yang lain. Melalui prinsip "menyampaikan barangan yang terbaik" yang terdapat di setiap kedai, mereka akan memperkenalkan setiap kraftangan dengan jelas dan baik melalui demonstrasi.

Takatoriyaki oleh Onimaru Setsuzan Kamamoto

Takatoriyaki oleh Onimaru Setsuzan Kamamoto

Di kedai ini, anda boleh melihat sendiri kraftangan tembikar dari Fukuoka-ken iaitu "Takatoriyaki" yang merupakan salah satu hasil kraftangan tradisional Jepun. Hekizan yang merupakan pewaris generasi ketiga tembikar ini yang telah menghasilkan kraftangan yang anggun dan halus serta digemari oleh golongan muda juga. Terdapat pelbagai kraftangan yang dijual di sini seperti bekas minuman teh dan bekas pasu bunga. Selain itu, terdapat ramai juga pengunjung yang membeli kraftangan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian seperti cawan teh atau kopi sebagai cenderamata.

  • Takatoriyaki by Onimaru Setsuzan Kamamoto
    高取焼鬼丸雪山窯元
    • Address 5-9(M-3), Ueno, Taito-ku, Tokyo, 110-0005, Japan

Hacoa

Hacoa

Dengan menggunakan pengetahuan dan kepakaran daripada pembuatan kayu "Echizen shikki" yang berasal dari Fukui-ken dan mempunyai sejarah selama 1500 tahun, kedai ini menjual barangan daripada kayu yang bersesuaian dengan kehidupan pada masa kini. salah satu benda yang terkenal sebagai cenderamata adalah pemegang kad perniagaan (bahagian atas dalam gambar), sarung telefon pintar dan USB berlakuer (bahagian bawah dalam gambar). Selain tu, terdapat juga perkhidmatan meletakkan nama di atas barangan kraftangan dengan menggunakan mesin ukiran laser.

  • Hacoa DIRECT STORE
    Hacoa DIRECT STORE
    • Address 5-9(J-2), Ueno, Taito-ku, Tokyo, 110-0005, Japan

Nippon Department Store

Nippon Department Store

Kedai ini mempunyai gaya yang unik di mana ia memperkenalkan barangan yang menarik dari setiap tempat di Jepun yang dijumpai sendiri oleh pemilik kedai. Terdapat banyak barangan yang dihasilkan secara manual oleh para pengukir seperti patung daripada timah yang diusahakan oleh kilang di kawasan bandar, kain selendang yang diperbuat dengan teliti dan dicelup dengan tumbuh-tumbuhan dan aksesori kecil yang dibuat daripada kain kimono.

  • NipponDepartmentStore
    日本百貨店
    • Address 5-9(A-1), Ueno, Taito-ku, Tokyo, 110-0005, Japan

SOSHIN KALEIDOSCOPES

SOSHIN KALEIDOSCOPES

Ia merupakan sebuah kedai kaleidoskop yang luar biasa di Jepun. Kaleidoskop yang berasal dari negara Barat ini merupakan hasil seni yang mengagumkan melalui hasil kraftangan dan teknologi pembuatan yang terkini. Jika anda datang ke sini tepat pada masanya, anda berpeluang untuk melihat sendiri persekitaran tempat pembuatan kaleidoskop atau anda juga berpeluang untuk membuat sendiri kaleidoskop tersebut. Pada hari Sabtu pula, kebiasaannya terdapat juga pekerja yang boleh berbahasa Inggeris.

  • SOSHIN KALEIDOSCOPES
    創心万華鏡
    • Address 5-9(G-3), Ueno, Taito-ku, Tokyo, 110-0005, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari