HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Haneda Melawat tempat mandi air panas di sekitar Lapangan Terbang Haneda dalam waktu yang terluang semasa menunggu masa perlepasan dan ketibaan penerbangan.
Melawat tempat mandi air panas di sekitar Lapangan Terbang Haneda dalam waktu yang terluang semasa menunggu masa perlepasan dan ketibaan penerbangan.

Melawat tempat mandi air panas di sekitar Lapangan Terbang Haneda dalam waktu yang terluang semasa menunggu masa perlepasan dan ketibaan penerbangan.

Last updated: 5 September 2017

Pengenalan kepada kolam air panas yang boleh dilawati dalam lingkungan 30 minit dari Lapangan Terbang Haneda yang sentiasa beroperasi sehingga pukul 11 malam, atau mempunyai servis pikap pada awal pagi dan lewat malam ke lapangan terbang. Sesuai untuk mereka yang ingin menghilangkan rasa penat perjalanan dengan berendam di dalam air panas.

"Kolam Air Panas Semula Jadi Heiwajima"

"Kolam Air Panas Semula Jadi Heiwajima"

"Kolam Air Panas Semula Jadi Heiwajima" boleh dilawati dengan menaiki bas limousin arah Stesen Omori dari Lapangan Terbang Haneda selama 15 minit, turun di hentian bas "Heiwajima Iriguchi (Laluan Masuk Heiwajima)", kemudian jalan kaki lebih kurang 7 minit. Terdapat 9 bilik dalam kemudahan ini, yang membolehkan menikmati pengalaman berendam dalam air panas, di mana air di dalam kolam air semula jadi ini terhembur keluar dari bawah tanah pedalam 2,000 meter sebanyak 500 tan sehari. Kemudahan ini beroperasi 24 jam, di mana ia mempunyai bas pikap yang bersesuaian dengan waktu awal pagi dan lewat malam bagi penerbangan di Lapangan Terbang Haneda (berbayar/perlu tempahan awal). Jika menaiki keretapi, turun di Stesen Heiwajima laluan Keikyu (Keikyu Line), kemudian boleh sampai ke destinasi dengan menaiki bas selama 3 minit.

Menikmati kolam air panas semula jadi

Menikmati kolam air panas semula jadi

Pertama, mulakan dengan "Kaburiyu (bersiram air panas)". Duduk di tepi tab mandi untuk cedok dan siram air ke badan, tanpa memasuki kolam air secara mengejut. Langkah ini adalah persediaan sebelum berendam, oleh kerana ia berfungsi untuk mengembangkan saluran darah bagi mengawal kenaikan mendadak tekanan darah. Selepas itu, boleh menikmati kemudahan lain seperti Kihouyoku (rendaman berbuih), Neyu (rendaman berbaring), masuk berendam seluruh badan dalam air panas serta sauna. Kolam air di sini adalah jenis air bergaram, di mana ia berkesan sebagai pengekal kelembapan badan hasil dari lapisan selaput kandungan garam yang terbentuk selepas berendam air.

Masa berehat di bilik santai (relax room)

Masa berehat di bilik santai (relax room)

Selepas berendam, boleh duduk di kerusi sandar televisyen (reclining chair with television) di bilik santai (relax room), atau menikmati minuman di restoran. Terdapat juga kemudahan yang dipanggil "Sen" iaitu sejenis urutan masaj salon penyembuhan gaya Thai (Thai style Healing Salon), rawatan kaki (foot care) serta urutan masaj tekanan jari (harga berasingan).

  • National Hotspring Heiwajima
    天然温泉 平和島
    • Address 1-1-1, Heiwajima, Ota-ku, Tokyo, 143-8532, Japan

"Kuroyu Tennen Onsen Nu Land Sagamiyu (Kolam Air Panas Semula Jadi Air Panas HItam Nu Land Sagamiyu)"

"Kuroyu Tennen Onsen Nu Land Sagamiyu (Kolam Air Panas Semula Jadi Air Panas HItam Nu Land Sagamiyu)"

Kolam Air Panas Semula Jadi Air Panas Hitam Nu Land Sagamiyu terletak di lokasi yang boleh dilawati dengan menaiki bas limousin arah Stesen Kamata selama 20 minit dari Terminal Antarabangsa Lapangan Terbang Haneda, kemudian jalan kaki selama 5 minit dari hentian bas "Higashirokugo Icchoume", atau mengambil keretapi laluan Keikyu Kukosen (Keikyu Airport line) (turun dan tukar keratapi di Stesen Kamata Keikyu), dan jalan kaki 5 minit dari Stesen Zoushiki laluan Keikyu utama (Keikyu Main line). Tarikan utama adalah "Kuroyu" iaitu air berwarna seperti kicap, selain itu terdapat Denkiburo (tab mandi elektrik), tab mandi jet (jet bath), serta Rotenburo (tab mandi terbuka), kesemuanya terdapat 8 jenis tab mandi. Terdapat kemudahan "Tebura Set" yang menyediakan bersama tuala mandi.

Bersantai sambil berendam dalam air panas hitam (kuroyu)

Bersantai sambil berendam dalam air panas hitam (kuroyu)

Tarikan utama Nu Land, iaitu air panas hitam (Kuroyu) merupakan kolam air mineral sejuk yang dikatakan terhasil setelah rumpai-rumpai zaman dahulu terserap masuk ke dalam air bawah tanah. Air panas hitam (Kuroyu) yang berwarna seperti kicap dikatakan penuh dengan galian mineral yang dikatakan berkesan terhadap masalah sakit otot, lenguh bahu, penyembuhan keletihan, peningkatan tahap kesihatan serta sindrom Raunaud. Antara cirinya adalah ia memanaskan badan sehingga ke bahagian teras, menjadikan badan sukar menjadi sejuk walaupun telah keluar dari berendam air.

Masa bersantai di kemudahan yang lengkap selepas berendam dalam air

Masa bersantai di kemudahan yang lengkap selepas berendam dalam air

Jika telah keluar dari tab mandi, sila pergi ke tempat kemudahan bersantai. Di ruangan rehat boleh menikmati juadah, boleh juga jika ingin berehat duduk sambil menonton televisyen di kerusi bersandar (reclining chair). Boleh juga jika ingin menyejukkan badan yang terbakar panas itu di lapangan atas bumbung sambil melihat taman Jepun (Japanese garden). Boleh juga menerima servis urutan masaj (harga berasingan).

  • Sagamiyu
    黒湯天然温泉ヌーランドさがみ湯
    • Address 2-7-5, Nakarokugo, Ota-ku, Tokyo, 144-0055, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari