HOME Narita Pengisian menyeluruh! Cara meluangkan masa di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita.
Pengisian menyeluruh! Cara meluangkan masa di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita.

Pengisian menyeluruh! Cara meluangkan masa di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita.

Update:

Terdapat pelbagai kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita seperti kafe, restoran dan kedai. Gunakan masa menunggu sebelum berlepas dengan sebaiknya!

Melihat kapal terbang di dek pemerhatian.

Melihat kapal terbang di dek pemerhatian.

Keseluruhan landasan A sepanjang 4000 meter dapat dilihat dari dek pemerhatian di tingkat 5 terminal 1. Anda akan terpukau ketika melihat suasana di mana kapal terbang berlepas dan mendarat. Selain itu, anda boleh melihat kapal terbang dilandasan secara dekat dari dua dek pemerhatian di tingkat 4 terminal 2. Diingatkan bahawa setiap dek ditutup bergantung pada cuaca.
Waktu dek dibuka adalah seperti berikut :
1 April - 30 September 6:30 - 21:00
1 Oktober - 31 Mac 7:00 - 21:00

Sila gunakan lounge "Rassurants"

Sila gunakan lounge "Rassurants"

"Traveler's Lounge Rassurants" berada di tingkat 5 terminal 1 dan di tingkat 4 terminal 2. Anda boleh berehat dan menggunakan servis air minuman dan kopi, surat khabar, majalah dan wireless LAN di ruang lounge yang luas. Oleh kerana anda bebas untuk keluar masuk selama satu hari setelah membuat bayaran, ia juga boleh digunakan sebagai tempat berehat semasa membeli-belah.

  • TRAVELER'S LOUNGE RASSURANTS
    トラベラーズラウンジ ラシュラン
    • Address Narita International Airport

Kemudahan penginapan "9h nine hours Narita Airport"

Kemudahan penginapan "9h nine hours Narita Airport"

Kapsul hotel ini terletak berdekatan dengan tempat letak kereta bangunan 2 di terminal 2. Daftar masuk bermula pada pukul 12 tengahari manakala daftar keluar adalah sehingga pukul 10 pagi hari berikutnya. Sepanjang waktu tersebut anda bebas untuk keluar masuk. Sekiranya anda menaiki kapal terbang yang berlepas pada awal pagi atau lewat malam, anda boleh bertolak lebih awal ke lapangan terbang dan berehat di sini. Ia juga boleh digunakan jika anda ingin berehat sebentar atau ingin menggunakan bilik mandi sahaja. Semasa menginap di sini, anda akan dibekalkan dengan set kelengkapan yang mempunyai baju, tuala, berus gigi, selipar. Syampu, perapi dan sabun mandi juga turut disediakan.

Merehatkan diri di ruang yang canggih

Merehatkan diri di ruang yang canggih

Unit kapsul keseluruhannya berjumlah 129 bilik (71 bilik lelaki, 58 bilik perempuan), 16 bilik air (7 bilik air lelaki, 9 bilik air perempuan). Jika anda ingin berehat sebentar sahaja, ia boleh digunakan bermula 1 jam yang pertama dan 500 JPY akan dikenakan bagi 1 jam yang berikutnya.

  • nine hours Narita Airport
    ナインアワーズ成田空港
    • Address Narita International Airport Terminal 2, 1-1 Furugome, Narita-City, Chiba 282-0004 Japan

Gunakan bilik kanak-kanak dengan sebaik-baiknya.

Gunakan bilik kanak-kanak dengan sebaik-baiknya.

"Kids Park" yang menyediakan tempat mainan kanak-kanak terletak di tingkat 2, 3 dan 5 terminal 1, di tingkat 2, 3 dan 4 terminal 2 dan juga di tingkat 2 dan 3 terminal 3. Sebelum penerbangan yang panjang bermula, anda disyorkan membawa kanak-kanak ke sini untuk bermain dan melepaskan tekanan. Anda boleh menguruskan anak-anak dengan tenang kerana di sini disediakan ruang untuk menukar lampin dan bilik menyusu. Perlu diingatkan ketika menggunakan tempat tersebut kanak-kanak haruslah berada di bawah pengawasan orang dewasa.

  • KIDS PARK
    キッズパーク
    • Address Narita International Airport

Penghayatan seni di "NAA Art Gallery"

Penghayatan seni di "NAA Art Gallery"

Hasil seni seperti lukisan, gambar, ilustrasi dan sulaman dipamerkan di "NAA Art Gallery" yang terletak di bahagian tengah bangunan terminal 5. Selain itu juga, terdapat hasil kesenian di dalam kawasan Lapangan Terbang Narita seperti arca dan kaca besar yang bermotifkan kapal terbang dan lukisan mural. Berjalan di dalam lapangan terbang sambil melihat hasil seni ketika waktu terluang adalah sangat menyeronokkan.

  • NRT ART MUSEUM
    NAAアートギャラリー
    • Address Narita International Airport
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini