HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Jiyugaoka Hayati Jepun yang lama dan yang baru dalam masa yang sama! Jiyūgaoka, bandar yang mempunyai daya tarikan yang luar biasa
Hayati Jepun yang lama dan yang baru dalam masa yang sama! Jiyūgaoka, bandar yang mempunyai daya tarikan yang luar biasa

Hayati Jepun yang lama dan yang baru dalam masa yang sama! Jiyūgaoka, bandar yang mempunyai daya tarikan yang luar biasa

Last updated: 6 Jun 2017

Bandar bercitarasa tinggi yang dipenuhi dengan fesyen-fesyen terbaru, kedai manisan yang terpilih, dan sebagainya sambil mengekalkan sisa-sisa peninggalan budaya tradisional Jepun. Elok juga nikmati keindahan alam semulajadi telah dijaga sejak dari dulu, ataupun mengunjungi kedai manisan yang lazat. Disyorkan untuk mereka yang ingin menghabiskan masa dengan elegan.

Terokai satu-satunya lembah di Tokyo Metropolitan yang kaya dengan kehijauan.

Terokai satu-satunya lembah di Tokyo Metropolitan yang kaya dengan kehijauan.

"Todoroki Valley" adalah satu-satunya lembah semulajadi di Tokyo yang dikelaskan sebagai salah satu lokasi terkenal di Tokyo, ia juga dikenali sebagai lokasi yang terkenal untuk pokok sakura. Todoroki Valley terbentuk daripada hakisan Sungai Yazawa yang mengalir dari Dataran Musashino, dan dikatakan tempat kehidupan manusia pada 1500 tahun yang lalu. Terdapat pintu masuk ke lembah ini kira-kira 3 minit berjalan kaki dari Stesen "Todoroki" Tokyu Oimachi Line, dan anda akan tiba di kawasan persiaran jika turun dari tangga. Jika anda bersiar-siar melalui kawasan persiaran di mana rimbunan kehijauan sehingga 1km sepanjang Sungai Yazawa, anda akan dikelilingi oleh deruan aliran sungai dan bunyi kicauan burung-burung liar yang akan membuat anda berasa seolah-olah di dalam dunia lain. Di pertengahan kawasan persiaran, terdapat Todoroki Fudoson yang dibina pada akhir era Edo, ia dikatakan dapat memberi restu dalam jodoh percintaan.

Cafe Time ala Jepun di ruangan tatami dalam rumah Jepun.

Cafe Time ala Jepun di ruangan tatami dalam rumah Jepun.

Rumah Jepun yang dibina pada era Taisho telah diubah suai menjadi kafe ala Jepun dan galeri "Kosoan". Di samping menghayati taman berciri Jepun yang asli yang dikelilingi dengan alam semula jadi seperti taman pokok, perigi hiasan, dan lantai batu dan sebagainya, anda juga dapat bersantai menghabiskan masa dalam suasana yang tenang. "Kosoan Matcha Shirotama Zensai" iaitu manisan jepun yang dibuat daripada teh hijau berkualiti tinggi yang diambil dari Kyoto, kacang merah, dan telur putih merupakan manisan ala Jepun yang paling popular. Galeri untuk mengadakan pameran juga ada disediakan untuk para seniman.

  • KOSOAN
    古桑庵
    • Address 1-24-23 Jiyugaoka, Meguro-ku, Tokyo 152-0035, Japan

Kedai manisan ala Barat yang mengasaskan Mont Blanc yang popular di seluruh Jepun.

Kedai manisan ala Barat yang mengasaskan Mont Blanc yang popular di seluruh Jepun.

Jiyugaoka dipanggil "Medan pertempuran sengit manisan" di Tokyo Metropolitan. Dalam persaingan yang hebat itu, kedai pastri Mont Blanc merupakan yang paling terkenal. Di kedai inilah lahirnya kek “Mont Blanc”, kek ala Jepun yang dihiasi dengan krim chestnut. Ianya bermula dari pengasasnya, Sakoda Chimao yang telah membuat kek ini untuk menggambarkan kekagumannya terhadap puncak Mont Blanc yang didakinya ketika berkunjung ke Perancis. Permukaan Mont Blanc digambarkan dengan krim chestnut kuning, manakala meringue putih digunakan untuk puncaknya yang berais. Selain kek mentah, terdapat banyak juga biskut bakar dan boleh dinikmati di dalam kedai.

  • Tokyo Jiyugaoka MONT-BLANC
    モンブラン
    • Address 1-29-3 Jiyugaoka, Meguro-ku, Tokyo 152-0035, Japan

Taman tema manisan yang ibarat mimpi

Taman tema manisan yang ibarat mimpi

Tidak jauh daripada stesen keretapi, terdapat taman tema Jiyugaoka Sweets Forest dimana berkumpulnya 8 kedai khas manisan. Ia berimejkan hutan yang dipenuhi deretan kedai chef pastri terkenal dan anda boleh menikmati manisan atau kek yang baru siap masak di ruang makan yang terletak di bahagian tengah taman tema. Di sini juga terdapat Sweets Select Zone iaitu kawasan yang dipenuhi barisan bahan-bahan dan peralatan membuat manisan.

Kedai kain kapas yang berusia 40 tahun di Jiyugaoka

Kedai kain kapas yang berusia 40 tahun di Jiyugaoka

Pico ialah kedai kain khusus di mana anda dapat membuat tempahan pakaian order made bermula dengan memilih jenis kain sendiri. Bermula sejak 1969, bukan sahaja dengan menjual kain daripada bahan pilihan tersendiri, malah turut menjual barangan untuk kanak-kanak sekolah, an kini telah beroperasi di Jiyugaoka lebih dari 40 tahun. Tempahan khas untuk blaus dan baju gaun bermula dari memilih jenis kain juga dapat dibuat di sini.

  • PICO
    ピコ
    • Address 1-25-4 Jiyugaoka, Meguro-ku, Tokyo 152-0035, Japan

Kedai cenderamata koleksi “Cool Japan”

Kedai cenderamata koleksi “Cool Japan”

Kedai terpilih yang mengumpulkan barangan “Cool Japan”. Ia lebih tertumpu kepada barangan unik kompromi antara timur dan barat yang berkonsepkan keseronokan keseimbangan gabungan budaya tradisional dan luar negara. Beg tangan dan barangan kulit yang dibuat dengan menggunakan teknologi tradisional Jepun, alat mainan, cenderahati Gunung Fuji, watak kartun (anime) dan lain-lain, merupakan barangan original yang tidak terdapat di kedai-kedai lain dan untuk melihatnya adalah sesuatu yang bernilai.

  • Katakana
    • Address The first the first floor of wachibiru, 5-20-21, Okusawa, Setagaya-ku, Tokyo, 158-0083
      View Map
    • Nearest Station Jiyugaoka Station (Tokyu Toyoko Line / Tokyu Oimachi Line)
      3 minutes on foot
    • Phone Number 03-5731-0919
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari