HOME Ningyocho / Monzen-Nakacho / Kasai Semua 0 JPY! 10 tempat pilihan di Tokyo yang boleh anda nikmati secara percuma
HOME Stesen Tokyo Semua 0 JPY! 10 tempat pilihan di Tokyo yang boleh anda nikmati secara percuma
HOME Kawasan Sekitar Tokyo Semua 0 JPY! 10 tempat pilihan di Tokyo yang boleh anda nikmati secara percuma
Semua 0 JPY! 10 tempat pilihan di Tokyo yang boleh anda nikmati secara percuma

Semua 0 JPY! 10 tempat pilihan di Tokyo yang boleh anda nikmati secara percuma

Update: 18 November 2016

Perjalanan tanpa henti boleh menyebabkan perbelanjaan meningkat di luar kawalan. Kami mengesyorkan kawasan percuma di sekitar bandar, khas untuk pelancong yang ingin berjimat. Kami telah memilih 10 kemudahan infrastruktur yang anda boleh nikmati secara percuma!

[Nishikasai] Zoo tanpa bayaran masuk pada bila-bila masa

[Nishikasai] Zoo tanpa bayaran masuk pada bila-bila masa

Zoo di bawah pengurusan Edogawa. Di sini anda boleh memerhatikan lebih kurang 60 spesies iaitu 550 ekor haiwan yang menawan hati seperti panda merah, penguin Humboldt, monyet tupai, walabi, anjing prairie dan sebagainya, dengan bayaran masuk percuma yang sukar untuk dipercayai.

[Tokyo] Spesimen pembelajaran berharga milik University of Tokyo di dalam satu barisan

[Tokyo] Spesimen pembelajaran berharga milik University of Tokyo di dalam satu barisan

JP Tower Museum INTERMEDIATHEQUE yang beroperasi di bawah kerjasama The University Museum, The University of Tokyo dan Japan Post Network, dibuka di dalam infrastruktur komersial KITTE yang telah dirombak dari bangunan asalnya iaitu Tokyo Central Post Office. Dari spesimen rangka untuk haiwan yang masih hidup di zaman ini hinggalah ke spesies yang telah pupus, alamilah ruang pameran yang disediakan dengan penut ciri-ciri kesenian.

[Sengawa] Fasiliti untuk menikmati mayonis

[Sengawa] Fasiliti untuk menikmati mayonis

Fasiliti alami sendiri milik Kewpie, mula beroperasi pada Jun 2014. Anda boleh belajar sambil terhibur dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti seperti penerangan mengenai mayonis yang pertama dijual di Jepun oleh Kewpie pada tahun 1925, sejarah dan rahsia keenakannya. Lawatan sambil belajar adalah secara tempahan sepenuhnya, dengan staf akan turut hadir bersama di dalam bangunan. Marilah menyertai lawatan sambil belajar ini dan cuba bercerita tentang mayonis dengan penuh keyakinan selepas itu!

[Aomi] Model terbaru Toyota dan automobil luar negara

[Aomi] Model terbaru Toyota dan automobil luar negara

MEGA WEB iaitu sebuah taman tema gergasi Toyota yang berada di Odaiba. Di dalam kawasan yang luas, terdapat "HISTORY GARAGE" iaitu tempat untuk berseronok dengan sepuas hati tanpa sebarang bayaran. Di ruangan nostalgia, dimulai dengan kereta Toyota, kereta bersejarah dari seluruh pelusuk dunia juga turut dipamerkan, di bengkel pemulihan kereta yang dipanggil "RESTORE PIT", anda boleh memerhatikan kerja-kerja membaik pulih kereta ternama. Marilah bersuka ria dengan perasaan umpama sedang memandu!

[Ochanomizu] Sejarah mengenai alat hukuman mati yang luar biasa di dalam dan luar negara Jepun

[Ochanomizu] Sejarah mengenai alat hukuman mati yang luar biasa di dalam dan luar negara Jepun

Meiji University Museum terletak di aras bawah tanah Meiji University Academy Common. Sebagai sebuah muzium ia mempamerkan hogu (alat untuk menangkap suspek) yang luar biasa dan replika alat penyeksaan dan hukuman mati. Jangan terlepas melihat pameran seperti gilotin (alat pemenggal kepala) yang pernah kelihatan di dalam filem, alat penyeksaan pada zaman pertengahan Eropah "iron maiden" dan lain-lain boleh dilihat di sini.

[Nishi-Ogikubo] Rasai pengalaman afureko (proses merakam suara pelakon setelah sesi penggambaran) dengan bergambar bersama karakter

[Nishi-Ogikubo] Rasai pengalaman afureko (proses merakam suara pelakon setelah sesi penggambaran) dengan bergambar bersama karakter

Muzium umum anime yang pertama di dalam Jepun. Karakter anime yang baru dan lama seperti Astro Boy, Mobile Suit Gundam dan Crayon Shin-chan menyambut ketibaan tetamu. Selain daripada mempelajari asal-usul anime Jepun, sudut rasai pengalaman afureko dan gerai bergambar dengan watak anime, bengkel, wayang anime dan sebagainya, sukar untuk dipercayai aktiviti berkualiti sebegini adalah percuma.

[Yoga] Fasiliti bagi menikmati bunga bagi setiap musim

[Yoga] Fasiliti bagi menikmati bunga bagi setiap musim

Fasiliti JRA dengan lot tanah berkeluasan 4 buah Tokyo Dome mempunyai banyak kemudahan berkaitan dengan kuda. Pada musim beriklim baik, selain daripada pertandingan Ekuestrianisme yang berlangsung pada setiap hujung minggu, acara menaiki kereta kuda turut diadakan pada hari Khamis pertama di setiap bulan. "JRA Horse Show" juga diadakan pada "Minggu Emas". Marilah berkunjung ke sini dengan perasaan ingin berkelah!

  • Bajikouen
    • Address 2-1-1, Kamiyoga, Setagaya-ku, Tokyo, 158-8523
      View Map
    • Nearest Station Chitose-Funabashi Station (Odakyu Odawara Line)
      6 minutes by bus
    • Phone Number 03-3429-5101

[Shimbashi] Satu-satunya muzium mengenai pengiklanan di Jepun

[Shimbashi] Satu-satunya muzium mengenai pengiklanan di Jepun

Muzium yang dipenuhi dengan susunan sejarah pengiklanan dalam negara Jepun bermula dari zaman Edo sehinggalah hari ini. Selain daripada pameran poster, terdapat juga sudut TVCM (komersial TV) dan AV, dan anda pasti akan teruja jika terjumpa dengan iklan yang membuatkan anda merasai zaman dahulu kala Jepun. Bersebelahan dengannya terdapat perpustakaan yang mengumpulkan artikel mengenai pengiklanan dan pemasaran.

[Yotsuya] Muzium balai bomba

[Yotsuya] Muzium balai bomba

Muzium yang terletak bersebelahan dengan balai bomba Yotsuya. Pameran mesin sebenar seperti jentera pam air bomba yang pertama kali diperkenalkan di Jepun pada zaman Taisho tahun keenam, helikopter bomba yang pertama kali digunakan di Balai Bomba Tokyo dan lain-lain adalah sesuatu yang bernilai untuk dilihat. Malah, boleh juga cuba menaiki tempat duduk dalam helikopter bomba yang disediakan di luar. Marilah cuba berfikir-fikirkan dan belajar tentang pencegahan bencana!

[Korakuen] Pemandangan cantik waktu malam yang boleh dilihat dari tempat pemerhatian ruang istirehat

[Korakuen] Pemandangan cantik waktu malam yang boleh dilihat dari tempat pemerhatian ruang istirehat

Tempat pemerhatian berada di tingkat 25 Bunkyo Civic Center dan hanya dalam pengetahuan segelintir orang sahaja. Anda pasti berasa gembira dengan keperincian perhatian yang diberikan pada cermin tingkap di dalam bilik dengan menyondongkannya bagi mengelakkan refleksi cahaya kelihatan padanya. Boleh menikmati pemandangan seperti panorama sepanjang rantau utara Tokyo, Fukutoshin Shinjuku, Sunshine 60 dan TOKYO SKYTREE(R).

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini