HOME Shibuya Selesa! 5 pilihan bilik solek tanpa anda sedari masa telah berlalu semasa anda di dalamnya
HOME Shinjuku Selesa! 5 pilihan bilik solek tanpa anda sedari masa telah berlalu semasa anda di dalamnya
HOME Ginza Selesa! 5 pilihan bilik solek tanpa anda sedari masa telah berlalu semasa anda di dalamnya
Selesa! 5 pilihan bilik solek tanpa anda sedari masa telah berlalu semasa anda di dalamnya

Selesa! 5 pilihan bilik solek tanpa anda sedari masa telah berlalu semasa anda di dalamnya

Update:

Bilik solek di Tokyo menjadi semakin hebat sejak kebelakangan ini! Bilik solek yang luas dan cantik adalah perkara biasa. Tetapi, berlainan pula dengan bilik solek yang membolehkan anda menggunakan peralatan solek dan rambut, sudah pasti ia menyenangkan perasaan dan menjadikan diri anda kelihatan lebih comel. Memperkenalkan 5 pilihan "Bilik solek yang menarik", pasti tidak rugi jika anda mengingatinya!

[Shibuya] Ruangan berwarna-warni yang menarik

[Shibuya] Ruangan berwarna-warni yang menarik

Di tingkat 1 lorong bawah tanah di stesen kereta api Shibuya, terdapat satu bilik solek yang bernama "Shibuya Chikamichi Lounge." Selain tandas dan bilik menyusu untuk bayi, terdapat juga bilik solek untuk wanita dan bilik persalinan untuk lelaki disamping dijaga oleh seorang pekerja.

Melalui kolaborasi antara jurugambar, Nina Mika dan buku gambar digital, "Nina Digi", bilik solek ini telah menjadi ruangan yang cantik dan berwarna-warni. Dengan interior dalaman yang klasik dan pop, sudah pasti ia akan mencuit hati wanita.

  • Shibuya Chikamichi Lounge
    • Address Tokyo Metro Shibuya Station B1 floor, 2-1-1, Dogenzaka, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0043
      View Map
    • Nearest Station Shibuya Station (JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hanzomon Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Tokyu Toyoko Line / Tokyu Den-en-toshi Line / Keio Inokashira Line)
      1 minute on foot

[Shinjuku] Ruangan santai yang dipenuhi air dan kehijauan

[Shinjuku] Ruangan santai yang dipenuhi air dan kehijauan

Dipenuhi dengan hijau-hijauan yang mempunyai kesan yang menyegarkan, ia adalah sebuah bilik solek yang terletak di bangunan Marui di Shinjuku. Keluasan biliknya amat menarik perhatian. Bilik rehat di tingkat 7 adalah 2 kali ganda lebih luas daripada bilik solek yang biasa! Taman air yang lampu-lampunya menyinari sinaran lembut akan mendatangkan ketenangan kepada diri kita secara visual.

Bilik ini juga menyediakan ruang pemisah dan kerusi di ruangan solek, ini sudah pasti menggembirakan kita. Ia juga amat memudahkan kita apabila kemudahan plug juga disediakan. Konsep kehijauan bilik solek di setiap tingkat adalah berbeza mengikut suasana dan perasaan masing-masing, oleh itu cubalah mencari bilik solek yang digemari anda.

  • Shinjuku Marui Honkan
    新宿マルイ 本館
    • Address 3-30-13, Shinjuku, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0022

[Shibuya] Inilah bilik solek yang berevolusi!

[Shibuya] Inilah bilik solek yang berevolusi!

Di Hikarie SinQs, terdapat satu bilik solek berevolusi yang bernama "Switch Room." Bilik solek ini dilengkapi dengan pelbagai evolusi di setiap tingkat yang membolehkan kita menukar pelbagai suasana. Di tingkat 3 bilik solek ini, terdapat satu bilik "Air shower booth" di mana ia akan membuang segala debu dan kotoran yang melekat pada pakaian. Di tingkat 5 pula, terdapat satu bilik yang membolehkan kita melihat keseluruhan Shibuya sambil duduk berehat di sofa yang disediakan, namun ia terhad kepada ahli sahaja.

Terletak di bawah tanah tingkat 1, "Beauty Pedia" juga amat menarik perhatian apabila telah dilancarkan pada bulan 9 tahun ini. Anda boleh mencampurkan 12 jenis aroma semulajadi dan menghidu sendiri bauan asli yang terhasil melalui mesin kisar aroma yang disediakan. Inilah tempat yang paling sesuai untuk menyegarkan kembali diri anda.

  • Shibuya Hikarie
    • Address 2-21-1, Shibuya, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0002
      View Map
    • Nearest Station Shibuya Station (JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hanzomon Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Tokyu Toyoko Line / Tokyu Den-en-toshi Line / Keio Inokashira Line)
      1 minute on foot
    • Phone Number 03-5468-5892

[Ginza] Suasana bagaikan puteri raja

[Ginza]  Suasana bagaikan puteri raja

Di tingkat 2 bangunan "SHISEIDO THE GINZA", terdapat satu bilik solek berbayar yang bernama "DRESSING TABLE." Mempunyai 3 jenis bilik bersaiz sederhana yang berlainan reka bentuk, ia tidak ubah seperti seperti berehat di bilik sendiri.

Harganya adalah 800 JPY untuk 30 minit. Setiap produk kosmetik disini dipinjamkan secara percuma. Anda juga boleh bersolek di sini daripada tanpa solekan kepada solekan penuh. Ia juga selalu sesak pada malam hari bekerja.

  • SHISEIDO THE GINZA
    • Address 7-8-10, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061
      View Map
    • Nearest Station Shimbashi Station (JR Tokaido Main Line / JR Yokosuka Line / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / Tokyo Metro Ginza Line / Toei Asakusa Line / Yurikamome)
      5 minutes on foot
    • Phone Number 03-3571-7735

[Ikebukuro] Cuba pelbagai produk kecantikan

[Ikebukuro] Cuba pelbagai produk kecantikan

"Cluxta" yang terletak di Echika Ikebukuro merupakan sebuah bilik solek dan salun rawatan kecantikan yang berbayar. Untuk menggunakan bilik tersebut selama 1 jam, anda perlu membayar sebanyak 300 JPY (100 JPY untuk penambahan masa setiap 20 minit berikutnya.) Anda boleh menggunakan kesemua produk kosmetik dan penjagaan kulit serta peralatan elektrik untuk meluruskan atau mengerintingkan rambut dan produk menyegarkan badan. Selain tempat untuk bersolek, ia juga mempunyai sinki dan bilik persalinan. Oleh itu, ruangan ini membolehkan anda melakukan "transformasi" keseluruhan daripada membuang solekan asal→berehat→menukar pakaian→meletakkan solekan baru.

  • Echika Ikebukuro
    Events
    • Address The Tokyo Metro Ikebukuro Station yard, 3-28-14, Nishiikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 171-0021
      View Map
    • Nearest Station Ikebukuro Station (JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Yurakucho Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Seibu Ikebukuro Line / Tobu Tojo Line)
    • Phone Number 03-5827-5838
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini