HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ikebukuro 3 lokasi hiburan pilihan di Ikebukuro
3 lokasi hiburan pilihan di Ikebukuro

3 lokasi hiburan pilihan di Ikebukuro

Last updated: 19 Mei 2020

Terdapat pelbagai kemudahan hiburan yang terletak di Ikebukuro. Kami telah memilih lokasi hiburan yang mudah diakses dari stesen kereta api serta kemudahan yang terletak di dalam bangunan supaya boleh dikunjungi tanpa mengira faktor cuaca! Berikut adalah 3 kemudahan hiburan terbaik di Ikebukuro!

Himpunan watak-watak komik JUMP

Himpunan watak-watak komik JUMP

Taman tema dalam bangunan ini membolehkan pengunjung merasai dunia dari karya komik JUMP. Terdapat pelbagai tarikan daripada karya-karya ONE PIECE, Dragon Ball, NARUTO di sini. Pengunjung juga boleh menikmati makanan bermotifkan watak anime. Para penggemar komik JUMP sudah pastinya akan berasa teruja di sini.

  • J-WORLD TOKYO
    J-WORLD TOKYO
    J-WORLD TOKYO
    • Address Sunshine City World Import Mart Building 3F, 3-chome, Higashi-Ikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 170-8630
    • Nearest Station Ikebukuro Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Yurakucho Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Seibu Ikebukuro Line / Tobu Tojo Line)
      8 minutes on foot
    • Phone Number 03-5950-2181

Terkenal dengan persembahan ikan dan singa laut!

Terkenal dengan persembahan ikan dan singa laut!

Sunshine Aquarium merupakan akuarium yang terletak di tempat yang amat unik, iaitu di atas bangunan. Terdapat pelbagai daya tarikan yang tersendiri di sini seperti kepelbagaian ikan berenang di dalam akuarium, pertunjukan kolaborasi daripada manusia dan ikan, dan sebagainya. Turut terkenal adalah sesi memberi makanan, di mana pengunjung dapat melihat aksi penguin dan burung undan makan.

  • Sunshine Aquarium
    • Address World Import Mart Building/Rooftop, 3-1 Higashiikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 170-8630
      View Map
    • Nearest Station Ikebukuro Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Yurakucho Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Seibu Ikebukuro Line / Tobu Tojo Line)
      10 minutes on foot
    • Phone Number 03-3989-3466

Menikmati aktiviti dan makanan!

Menikmati aktiviti dan makanan!

Namja Town merupakan sebuah taman tema dalam bangunan. Kemudahan yang membolehkan pengunjung bermain sambil menikmati makanan ini bukan sahaja terkenal di kalangan kanak-kanak, tetapi juga terkenal sebagai lokasi janji temu. Tarikan-tarikan seperti permainan menewaskan zombie, menyelesaikan misteri sebagai seorang detektif, dan sebagainya tersedia untuk dicuba! Malah terdapat pelbagai kedai yang menyediakan makanan seperti Namja Gyoza Stadium menyediakan gyoza (ladu) terkenal di Jepun, Fukubukuro Dessert Yoko-cho menyediakan ais krim-ais krim tempatan untuk dibandingkan, dan lain-lain lagi.

  • Namja Town
    • Address The second floor of the sunshine city world import Mart Building, 3, Higashiikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 170-0013
      View Map
    • Nearest Station Higashi-Ikebukuro Station (Tokyo Metro Yurakucho Line)
      3 minutes on foot
    • Phone Number 03-5950-0765
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari