Roppongi merupakan kawasan hiburan malam yang paling popular. Bandar yang sangat meriah pada setiap malam ini merupakan lokasi menarik yang menempatkan pelbagai jenis tempat seperti kelab malam di DJ bar, jazz bar di live house dan sebagainya. Alamilah malam yang hebat, ditemani muzik kegemaran, minuman beralkohol dan kawan-kawan.
Persembahan dari kumpulan muzik yang pernah digandingkan bersama Paul!
Kedai ini di mana para peminat kumpulan Beatles datang berkumpul adalah sebuah live house untuk menikmati makanan dan minuman beralkohol yang lazat sambil mendengar lagu-lagu kumpulan Beatles nyanyian dari tribute band (kumpulan yang meniru gaya dan suara penyanyi popular). Persembahan adalah 4 kali sehari pada setiap hari Isnin hingga Khamis, dan 5 kali sehari pada setiap hari Jumaat dan Sabtu (ia mungkin berbeza, bergantung pada acara yang diadakan). Daya tarikannya adalah semua persembahan boleh dinikmati kerana ia bukanlah terhad untuk satu persembahan sahaja. "The Parrots" adalah di antara kumpulan utama yang mendapat sambutan pengunjung-pengunjung dari luar negara kerana reputasi dan kualiti persembahan mereka yang mantap. Ia pasti menjadi suatu kenangan terindah dalam perjalanan anda.
-
ABBEY ROADABBEY ROAD
- Address AnekkusuB1, Roppongi Bld., 4-11-5, Roppongi , Minato-ku, Tokyo, 106-0032, Japan
Suasana pesta pada setiap hari di kelab malam popular
Kelab malam yang dibuka pada tahun 2013. Ia terletak berhampiran Stesen Roppongi, suasana meriahnya yang dipamerkan membuatkan kita rasa bagaikan pesta pada setiap hari. Staf-staf dan DJ rancak menemani pengunjung dengan pilihan lagu yang luas iaitu dari lagu-lagu zaman 80-an hinggalah ke lagu yang terkini! Dibuka pada setiap hari sehingga jam 11 malam untuk HAPPY HOUR dan merupakan HAPPY DAY untuk sepanjang malam pada setiap hari Khamis, harga minuman bermula dari 300 JPY (termasuk cukai) untuk setiap satu gelas. (Isi kandungan mungkin berbeza sepanjang aktiviti berlangsung) Anda pasti merasa gembira jika dapat menikmati suasana kelab malam di Roppongi.
-
REDAREA CLUBREDAREA CLUB
- Address 3-14-11-KENTOS2F, Roppongi , Minato-ku, Tokyo, 106-0032, Japan
Rasai sistem bunyi yang bermutu tinggi pada malam ini
Kelab malam yang mudah diakses ini berada 1 minit dengan berjalan kaki dari Tokyo Metro Stesen "Roppongi". Semua unsur-unsur yang memeriahkan kemuncaknya seperti alunan rentak mengasyikkan yang dihasilkan oleh DJ, bunyi-bunyian yang berkualiti tinggi dari sistem audio, suasana realiti dari kesan pencahayaan dan sebagainya tersedia di sini. Sama ada lelaki mahupun perempuan, harga minuman yang ditawarkan adalah 500 JPY dan bayaran masuk pula adalah percuma pada waktu Happy Hour dari jam 21:00 hingga 23:00! Nikmatilah malam anda di Roppongi dengan sepenuhnya sambil menantikan pertemuan yang indah.
*October 2016 Update*: This location is permanently closed.
Nikmatilah hiburan malam orang dewasa di kedai lagenda Soul Bar
George's yang dikatakan Soul Bar di Jepun, dibuka pada tahun 1964 oleh "Mama" (panggilan untuk pemilik bar perempuan) yang dihormati para artis diseluruh dunia iaitu Nobuko Okada. Selepas kematian "Mama", pemilik kedai yang terkini telah memulakan jejak langkahnya kembali untuk memenuhi suara para peminat. Watak utama di sini adalah jukebox vintaj yang diwarisi dari "Mama" Nobuko. Semua orang terpesona dengan nyanyian yang penuh emosi dari Soul, di mana bunyi analog yang dialunkan amat meruntun hati. Amatlah berbaloi untuk datang ke sini semata-mata untuk menghayatinya.
-
George'sGeorge's
- Address 2F, Uesutofuro-raAZABU, 1-10-7, Nishiazabu, Minato-ku, Tokyo, 106-0031, Japan
Menghayati suasana sambil menikmati koktel di bar orang dewasa
Bar Maduro terletak di tingkat 4, hotel "Grand Hyatt Tokyo". Hiasan seperti api pelita dan kaunter bar berkaca yang besar pada bar ini kelihatan sangat anggun dan bersuasana tenang. Suasana yang terbaik sekali untuk mengimbau kembali kenangan manis sepanjang pengembaraan anda sambil ditemani persembahan muzik dari artis luar negara dan menikmati koktel mojito ciptaan mereka sendiri. Anda perlu memakai pakaian terbaik untuk pergi ke bar orang dewasa sebegini.
-
MADUROMADURO
- Address 6-10-3, Roppongi , Minato-ku, Tokyo, 106-0032, Japan
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
Mencuba pakaian
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?