HOME Akihabara 5 lokasi pilihan untuk mengalami budaya anime dengan lebih mendalam
5 lokasi pilihan untuk mengalami budaya anime dengan lebih mendalam

5 lokasi pilihan untuk mengalami budaya anime dengan lebih mendalam

Update:

Akihabara merupakan kawasan untuk mendalami budaya anime di mana terdapat pelbagai kedai barangan dan patung berkaitan dengan manga dan anime, kedai cosplay, dan sebagainya. Kami telah memilih 5 lokasi di mana anda dapat mendalami budaya anime!

"Tanah suci" bagi peminat anime

"Tanah suci" bagi peminat anime

Bangunan yang menghimpunkan kedai barangan anime, Akihabara Radio Kaikan. Terdapat pelbagai kedai di sini seperti kedai yang dipenuhi dengan komik dan model patung, serta kedai yang menjual kostum patung untuk peminat mania turut ada. Kunjungan ke sini pastinya membolehkan anda merasai budaya anime Jepun dengan mendalam.

Dapatkan barangan karakter melalui gacha-gacha!

Dapatkan barangan karakter melalui gacha-gacha!

Mesin gacha-gacha, masukkan wang syiling untuk mendapatkan kapsul berbentuk telur yang mengandungi pemegang kunci dan sebagainya. Akihabara Gachapon Kaikan menempatkan pelbagai gacha-gacha seperti model watak anime, gacha-gacha luar biasa seperti model miniatur yang dibina dengan teliti, dan sebagainya. Terdapat lebih kurang 480 buah mesin gacha-gacha, jadi anda pasti dapat menjumpai barangan karakter kegemaran di sini.

Dapatkan senjata dari dalam anime dan permainan video di sini!

Dapatkan senjata dari dalam anime dan permainan video di sini!

Terdapat pebagai senjata dan alat pelindung seperti pedang dan model pistol yang digunakan ketika sedang berlawan di dalam anime ataupun permainan video. Pelbagai barangan seperti barangan ala Jepun seperti pedang Jepun dan shuriken, pedang ala barat dan sebagainya ada disediakan. Replika pelindung tangan (alat berbentuk seperti syiling bujur pada pemegang pedang) pedang Jepun juga mungkin sesuai dijadikan cenderamata. Terdapat sesetengah negara yang tidak membenarkan senjata replika daripada memasuki negara tersebut, jadi sila periksa dahulu sebelum berkunjung ke sini.

  • Busou Shouten
    武装商店
    • Address 3-15-7, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021, Japan

Hiaskan kuku dengan rekaan watak!

Hiaskan kuku dengan rekaan watak!

Nail Salon Venusrico adalah kedai luar biasa yang menawarkan perkhidmatan menghiasi kuku dengan rekaan watak anime. Kedai ini akan menghiasi watak kegemaran anda pada kuku, jadi sediakan lakaran atau item kegemaran dan mulakan tempahan! Kuku pilihan anda akan mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk disiapkan.

  • Nail Salon Venusrico
    ネイルサロン ウェヌスリコ
    • Address 4-13-6, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021, Japan

Tempat untuk mengalami budaya anime terkini

Tempat untuk mengalami budaya anime terkini

Tokyo Anime Center mengadakan pelbagai pameran terancang berkaitan dengan anime. Terdapat juga pameran karya asli yang berharga serta jualan barangan terhad yang hanya boleh didapati di sini, berbeza mengikut rancangan. Oleh kerana tempat ini mempamerkan anime-anime terkenal, ianya bukan sahaja sesuai untuk peminat mania, malah mungkin juga sesuai kepada mereka yang baru meminati anime!

  • Tokyo Anime Center
    東京アニメセンターwithあるあるCity
    • Address 4-14-1, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021, Japan
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini