HOME Akihabara Lokasi untuk bertemu dengan idol serta tunas berpotensi !
Lokasi untuk bertemu dengan idol serta tunas berpotensi !

Lokasi untuk bertemu dengan idol serta tunas berpotensi !

Update:

Akihabara merupakan bandar yang menjadi tempat kegiatan golongan idol terkenal di kaca televisyen hinggalah ke golongan idol yang berpusat di rumah persembahan (live house) berskala kecil.

Menikmati arak sambil menonton persembahan!

Menikmati arak sambil menonton persembahan!

Pengunjung boleh menikmati arak sambil menonton persembahan tarian dan nyanyian daripada gadis-gadis yang ingin menjadi idol di kaunter bar di kedai yang mempunyai pentas persembahan ini. Terdapat juga penyanyi yang ingin menjadi penyanyi lagu anime di sini, jadi pengunjung boleh menyaksikan persembahan bintang-bintang masa hadapan ini. Mari menikmati minuman arak sambil bersorak kepada gadis-gadis tersebut di dalam suasana kedai yang terasa seperti di rumah ini.

  • AKIHABARA FUN
    AKIHABARA FUN
    • Address 3-1-3, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021, Japan

Boleh berbual dengan idol!

Boleh berbual dengan idol!

Tempat yang menempatkan kumpulan idol terkenal di televisyen, Dempagumi.inc serta tunas-tunas mereka. Di Akihabara Dear★Stage, anda dapat menyaksikan persembahan unik daripada idol-idol. Tarikan lain di sini adalah pengunjung dapat berbual dengan idol sambil menikmati minuman arak. Kedai ini merupakan tempat yang sangat disyorkan untuk merasai budaya idol. Kedai ini mungkin sukar untuk dijumpai kerana bidainya sentiasa ditutup walaupun ketika sedang beroperasi.

  • Akihabara Dear Stage
    秋葉原Dear★Stage
    • Address 3-10-9, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021, Japan

Marilah menyokong idol yang disukai!

Marilah menyokong idol yang disukai!

AKIHABARA Backstage pass merupakan acara di mana anda sebagai penerbit dapat menyokong idol kegemaran daripada keseluruhan lebih 100 orang idol. Pelbagai menu makanan dan minuman turut disertakan. Pengunjung dapat merasai pengalaman meningkatkan idol di dalam suasana kafe.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini