HOME Shinbashi Ketahui 5 "wabisabi" (ketenangan dan kecantikan) taman di Jepun
HOME Ueno Ketahui 5 "wabisabi" (ketenangan dan kecantikan) taman di Jepun
HOME Ningyocho / Monzen-Nakacho / Kasai Ketahui 5 "wabisabi" (ketenangan dan kecantikan) taman di Jepun
Ketahui 5 "wabisabi" (ketenangan dan kecantikan) taman di Jepun

Ketahui 5 "wabisabi" (ketenangan dan kecantikan) taman di Jepun

Update: 30 September 2016

"Wabisabi" adalah perkataan yang menggambarkan pencarian keindahan dalam kesunyian dan pengaliran masa. Di sini saya akan kenalkan "wabisabi" taman di Jepun.

1 : Kyu Shiba Rikyu Garden

1 : Kyu Shiba Rikyu Garden
Sumber gambar : Tokyo Foundation Metropolitan Park Association

Kyu Shiba Rikyu Garden adalah taman yang dibina dari zaman edo pada tahun 340 lagi. "Seiko no tsutsumi" adalah imitasi dari West Lake di China, anda boleh melihat pengaruh luar negara yang terdapat di sini. Apabila dilihat dari atas, ia seolah-olah "hakoniwa"(taman mini) yang terletak di antara bangunan. Pemandangan pokok-pokok bunga berkembang semasa empat musim juga sangatlah cantik.

2 : Kyu-Iwasaki-tei Garden

2 : Kyu-Iwasaki-tei Garden
Sumber gambar : Tokyo Foundation Metropolitan Park Association

Di Jepun beberapa bangunan berkonsepkan seni pembinaan barat dibina oleh Josiah Conder, seorang rakyat British. Kyu-Iwasaki-tei juga adalah bangunan yang dilakar oleh beliau. Taman yang terdapat dalam premis tersebut adalah gabungan budaya Jepun dan barat, taman yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

3 : Kiyosumi Garden

3 : Kiyosumi Garden
Sumber gambar : Tokyo Foundation Metropolitan Park Association

Diiktiraf sebagai salah satu taman yang paling indah di bandaraya Tokyo. Meletakkan setiap batu unik yang terdapat di Jepun merupakan idea Yataro Iwasaki semasa zaman Meiji. Mengikut jenis batu, ada yang menggambarkan air terjun dan air "karetaki"yang mengalir, bentuk pokok pine yang unik juga adalah patut dilihat.

4 : Hamarikyu Gardens

4 : Hamarikyu Gardens
Sumber gambar : Tokyo Foundation Metropolitan Park Association

Hamarikyu Gardens dIketahui sebagai taman yang disukai oleh keluarga Tokugawa Shogun. Tasik Shio-iri yang terdapat dalam taman itu mempunyai punca airnya dari Tokyo Bay. Oleh itu, pemandangan tasik itu ketika air pasang dan surut adalah unik. Ia juga adalah tempat Shogun memburu dengan menggunakan helang.

5 : Koishikawa Kōrakuen Garden

5 : Koishikawa Kōrakuen Garden
Sumber gambar : Tokyo Foundation Metropolitan Park Association

Koishikawa Kōrakuen Garden adalah taman yang mempunyai pengaruh unsur-unsur kesenian China yang kuat. Kaiyu-shiki Tsukiyama Sensui teien, taman yang mengutamakan tasik, dibina dengan mengimitasikan tempat popular di Jepun dan China. Tempat yang menjadi rujukan tersebut digambarkan semula dengan menggunakan tasik, bukit, sungai, kawasan perkampungan dan lain-lain.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini