HOME Narita Hanya 30 minit sahaja dari Lapangan Terbang Narita! Merasai tradisi Jepun di Narita dan Sakura
Hanya 30 minit sahaja dari Lapangan Terbang Narita! Merasai tradisi Jepun di Narita dan Sakura

Hanya 30 minit sahaja dari Lapangan Terbang Narita! Merasai tradisi Jepun di Narita dan Sakura

Update:

Terletak hanya 30 minit dengan menaiki kereta dari Lapangan Terbang Narita, Narita dan Sakura merupakan dua buah bandar yang mempunyai banyak tempat menarik untuk merasai suasana Jepun yang lama. Banyak tempat yang disyorkan untuk disinggah sebelum bertolak ke Tokyo! Jika anda melancong ke tempat tradisi yang bersejarah ini, tentu anda boleh mengenali keunikan Jepun yang lain yang berbeza dengan Tokyo.

Kuil utama di Narita yang mempunyai sejarah melebihi 1000 tahun

Kuil utama di Narita yang mempunyai sejarah melebihi 1000 tahun

Tempat yang menjadi kebanggaan setanding dengan Lapangan Terbang Narita adalah "Narita-san Shinsho-ji" yang terletak di Gunung Narita. Untuk menolak penindasan oleh Taira Masakado, upacara keagamaan gomakito (membakar kayu) telah dijalankan dan kuil ini telah dibina pada tahun 940 setelah keamanan dicapai. Buddha yang utama di sini adalah Acala, tetapi terdapat banyak juga patung Buddha lain yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan yang tinggi seperti shakado dan nio-mon. Sebagai ketua kuil Shingon-shu Chizan-ha (salah satu cabang agama Buddha di Jepun), ia merupakan kuil kedua yang dikunjungi paling ramai penganut pada perayaan tahun baru Jepun selepas kuil Meiji di Tokyo. Ramai juga yang datang ke kuil ini untuk upacara keagamaan gomakito.

Kedai belut terkenal yang terdapat di jalan kuil menuju ke Narita-san (Gunung Narita)

Kedai belut terkenal yang terdapat di jalan kuil menuju ke Narita-san (Gunung Narita)

Terdapat banyak pemandangan menarik di sepanjang jalan menuju ke kuil Shinsho-ji Narita-san. Di hadapan stesen kereta api JR "Narita", terdapat pokok berangan yang berusia melebihi 700 tahun berdiri gagah sebagai tanda pujaan kepada Acala. Kemudian, jika meneruskan perjalanan ke hadapan, anda akan menemui deretan kedai cenderamata dan kedai makan yang banyak. Di sekitar jalan kuil bahagian hadapan yang terkenal dengan "unagi (belut)" pula terdapat lebih kurang 60 buah kedai belut di sini. Semasa dalam perjalanan ke kuil, pengunjung boleh memakan belut yang kaya dengan khasiat ini. Mari mengecas semula tenaga di hati dan perut.

  • Shinsho-ji Omotesando
    新勝寺表参道
    • Address 1 Narita, Narita-shi, Chiba, 286-0023, Japan

Citarasa rumah agam lama dinasti Sakura

Citarasa rumah agam lama dinasti Sakura

Rumah ini dimiliki oleh Hotta Masatomo, ketua terakhir dinasti Sakura. Ia dibina pada tahun 1890 dan mempunyai banyak kebudayaan khazanah berharga negara ini kerana ia juga merupakan rumah pemerintah pada zaman Meiji. Rumah ini dibina menggunakan teknik seni binaan tradisional Jepun seperti "tsubazukuri" dan "hiuchikin" dan juga bercampur dengan teknik seni binaan Inggeris seperti penggunaan bolt dan nat. Perabot-perabot yang digunakan pada zaman tersebut juga dipamerkan di situ seperti fusuma (pintu gelongsor), tenbukuro (almari bahagian atas) dan jibukuro (almari bahagian bawah). Inilah tempat bersejarah yang membolehkan kita merasai keromantikan zaman Meiji.

Antara 100 buah istana yang menjadi pilihan untuk melihat sakura

Antara 100 buah istana yang menjadi pilihan untuk melihat sakura

Sakurajo- (Istana Sakura) juga digunakan sebagai tempat pemerintahan dinasti Sakura pada zaman Edo. Di sini juga terdapat taman Sakurajo-shi yang diwarnai dengan kehijauan dan sejarahnya. Banyak tinggalan istana yang masih terdapat di dalam taman ini seperti rekahan menara, parit di keliling istana dan lain-lain. Selain itu, ia juga merupakan taman monumen semulajadi yang diiktiraf oleh Chiba-ken yang terkenal dengan 1100 batang pohon sakura dari 48 jenis bunga sakura dan pokok-pokok besar yang berusia lebih 400 tahun seperti "fu-fu mokkoku." Bilik teh yang dikenali sebagai "Sankeitei" yang terdapat di taman ini sering mengadakan chakai iaitu upacara minum teh Jepun kepada orang awam pada hari Ahad dan cuti umum.

Mengenali kehidupan samurai pada zaman Edo di kediaman samurai

Mengenali kehidupan samurai pada zaman Edo di kediaman samurai

Jepun juga mengamalkan sistem kasta pada zaman Edo di mana kasta tertinggi dipanggil "bushi (pahlawan)." Pahlawan pada zaman tersebut diketahui bahawa kebanyakan mereka tinggal di rumah samurai Sakura di Kanto. Selain senang diakses dari stesen kereta api "Sakura" yang hanya mengambil masa 10 minit dengan berjalan kaki, pelancong juga boleh merasai suasana pada zaman samurai dahulu kala dengan berjalan kaki di lorong "Hiyodori Zaka" yang di kelilingi oleh pokok buluh yang wujud sejak zaman Edo lagi. 3 buah rumah samurai dibuka kepada orang awam daripada 5 buah yang wujud dan setiap rumah yang mempunyai keluasan berbeza melambangkan perbezaan kasta pahlawan tersebut. Selain itu, terdapat pemandu pelancong (perlu membuat tempahan 2 minggu sebelum melawat) yang akan memberikan penerangan secara percuma pada hari minggu dan cuti umum.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini