HOME Shibuya 3 pilihan lokasi bergambar di Shibuya dan Harajuku
3 pilihan lokasi bergambar di Shibuya dan Harajuku

3 pilihan lokasi bergambar di Shibuya dan Harajuku

Update:

Shibuya dan Harajuku, bandar yang terkenal sebagai bandar golongan muda. Selain daripada membeli belah dan menikmati sajian lazat, lokasi-lokasi terkenal di dunia seperti "scramble crossing" dan sebagainya juga mesti dilawati! Kami akan memperkenalkan 3 lokasi pilihan untuk bergambar jika anda berkunjung ke Shibuya dan Harajuku.

Menyaksikan lalu lintas pejalan kaki terbesar di Jepun!

Menyaksikan lalu lintas pejalan kaki terbesar di Jepun!

"Scramble crossing" terletak dekat di hadapan stesen JR Shibuya. Pemandangan lautan manusia yang mula berjalan apabila lampu isyarat bertukar warna amat menakjubkan. Rakamkan pemandangan ini sebagai bukti anda telah sampai ke bandar raya metropolitan Tokyo! Kemeriahan di sini tidak terputus dengan pengunjung membeli belah pada waktu siang dan pengunjung yang ingin minum pada waktu malam.

  • Shibuya Crossing
    渋谷スクランブル交差点
    • Address Dogenzaka, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0043, Japan

Di sinilah tempat temu janji di Shibuya!

Di sinilah tempat temu janji di Shibuya!

Tempat temu janji yang terkenal Shibuya adalah di dataran "Hachiko-mae" yang terletak di hadapan stesen Shibuya. Bertandakan patung gangsa Hachiko, iaitu anjing yang turut dijadikan inspirasi di dalam filem Hollywood, tempat ini kerap dikunjungi oleh golongan muda terutamanya sebagai tempat temu janji. Patung gangsa Hachiko, iaitu anjing yang tetap menunggu kepulangan tuannya yang telah meninggal dunia, ini menjadi tumpuan pelancong yang ingin bergambar bersama hinggakan terpaksa berbaris. Pada musim bunga pula pokok sakura di sekelilingnya mekar, menjadikan pemandangannya sangat indah.

  • The Statue of Hachiko
    • Address 2-1, Dogenzaka, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0043
      View Map
    • Nearest Station Shibuya Station (JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hanzomon Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Tokyu Toyoko Line / Tokyu Den-en-toshi Line / Keio Inokashira Line)
    • Phone Number 03-3462-8311

Jika ingin melihat Omotesando dari atas.

Jika ingin melihat Omotesando dari atas.

Omotesando yang terletak di susuran Meiji-dori dan menghubungkan Harajuku dengan Shibuya ini merupakan lorong membeli belah yang menempatkan pelbagai kedai barangan berjenama. Di jejantas berdekatan dengan Jingu-mae Koban (pondok polis Jingu-mae), anda boleh melihat barisan pokok keyaki yang merupakan lokasi bergambar terbaik di sini.

  • Jingumae Gocyoumehodoukyou
    神宮前5丁目歩道橋
    • Address Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001, Japan
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini