HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Stesen Tokyo Mendekati karya dan seni bina di Stesen Tokyo
Mendekati karya dan seni bina di Stesen Tokyo

Mendekati karya dan seni bina di Stesen Tokyo

Last updated: 21 Mei 2020

Stesen Tokyo bukan setakat bangunan stesen khazanah kebudayaan penting nasional semata-mata, malah terdapat beberapa tarikan lain di sini. Apabila tiba di Stesen Tokyo, mulakan perjalanan dengan melawat bahagian dalam bangunan terlebih dahulu.

Siling keagungan

Siling keagungan

Siling yang berbentuk oktagon (segi lapan) dan siling yang mempunyai ukiran helang pada masa penubuhannya telah musnah dalam kebakaran akibat peperangan. Namun begitu, melalui kerja-kerja pemuliharaan, bangunan ini telah dibangunkan semula dengan reka bentuk yang sama seperti pada masa penubuhannya. Ukiran helang yang kukuh dipasang pada 8 lokasi, manakala ukiran 12 haiwan penunjuk arah disusun mengikut arah masing-masing. Selain itu, anda pasti terpesona dengan keindahan seni ukiran "Keystone" (batu asas) seperti ukiran berbentuk pedang, dan ukiran berbentuk "kabuto" (helmet) panglima perang abad ke-15

Gabungan bata hiasan

Gabungan bata hiasan

Sekiranya dilihat dengan teliti di bahagian dinding luar bangunan stesen, terdapat perbezaan warna bata hiasan antara tingkat 2 dan tingkat 3 bangunan. Ini kerana, ketika kerja-kerja pemeliharaan dan pemulihan dijalankan, dinding bata asal bagi tingkat 1 dan tingkat 2 dikekalkan, manakala untuk penambahan tingkat ke-3, bata hiasan baru telah digunakan.

Tiang yang dipulihkan

Tiang yang dipulihkan

Rangka bahagian tingkat 3 telah dibina semula dengan menggunakan konkrit bertetulang, manakala dinding luar pula diletakkan bata hiasan. Bahan binaan pada masa penubuhannya seperti bata hiasan dan sebagainya telah dipelihara dengan baik. Apabila dinding luar tingkat 3 dibina semula, tiang untuk tingkat ini turut dibina dengan mengekalkan reka bentuk asal sewaktu penubuhannya. Tiang di bahagian tingkat 3 dibuat baru, ukiran yang berada di tingkat 2 telah dipindahkan ke tingkat 3, manakala tiang di tingkat 2 dikekalkan.

Tempat biasa berkumpul

Tempat biasa berkumpul

"Loceng perak" ini dikeluarkan pada tahun 1968. Pada masa itu, penumpang shinkansen (kereta api laju) semakin bertambah dan berlaku peningkatan pengguna yang datang menghantar dan mengambil orang di stesen. Untuk mengelakkan pengguna daripada tersesat, loceng ini dijadikan sebagai mercu tanda tempat perjumpaan. Loceng ini dibina mengikut imej loceng besar yang terdapat di kuil, dan telah menjadi salah satu daripada tempat perjumpaan di Stesen Tokyo. Loceng perak pada masa ini merupakan loceng generasi ke-4.

Stesen Tokyo merupakan tempat permulaan landasan kereta api

Stesen Tokyo merupakan tempat permulaan landasan kereta api

Titik tanda yang menunjukkan titik permulaan laluan kereta api (Post 0 km). Di Stesen Tokyo, Post 0 km telah dipasang di setiap laluan termasuklah di Laluan Chuo, Laluan Utama Tohoku, Laluan Utama Tokaido, Shinkansen Tokaido, Shinkansen Tohoku dan Laluan Utama Sobu. Oleh kerana bentuk Post bagi setiap laluan adalah berbeza, aktiviti mencari dan membandingkannya juga mungkin sesuatu yang menyeronokkan. Gambar menunjukkan Post 0 km yang terletak di antara laluan nombor 4 dan 5. Post ini dipasang pada tahun 1969 sempena meraikan ulang tahun pembukaan Stesen Tokyo yang ke-55.

Roda kegemilangan

Roda kegemilangan

Di "dataran roda" yang terletak di pintu keluar utara bawah tanah Marunouchi adalah satu monumen yang mengunakan roda kereta api yang pernah digunakan. Roda yang digunakan ialah roda lokomotif wap model C62-15 yang telah bergerak sejauh 2.63 juta kilometer sebelum ditanggalkan pada tahun 1971. 3 buah roda berdiameter 1.75 meter ini disusun satu barisan.

  • The Tokyo Station Marunouchi Building
    • Address 1, Marunouchi, Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0005
      View Map
    • Nearest Station Tokyo Station (Tokaido Shinkansen Line / Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Tokaido Main Line / JR Yokosuka Line / JR Sobu Main Line / JR Sobu Main Line (Rapid) / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Chuo Main Line / JR Keiyo Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line)

Hotel berprestij

Hotel berprestij

"Tokyo Station Hotel" telah dibuka pada tahun 1915. Hotel ini turut dinaik taraf berikutan kerja-kerja pemeliharaan dan pemulihan bangunan stesen. Apabila melangkah ke pintu masuk, terbentang luas ruang elegan dengan warna klasik Eropah yang harmoni sesuai dengan penampilan bangunan stesen yang indah. Di bahagian dalam bangunan, terpamer indah sebahagian bata merah ketika penubuhannya. Keindahan rekaan siling dapat dilihat dari bilik kecil yang mengadap ukiran kubah di kedua-dua belah sayap.

  • The Tokyo Station Hotel
    • Address Chiyoda-ku Marunouchi 1-9-1, Tokyo, 100-0005
      View Map
    • Nearest Station Tokyo Station (Tokaido Shinkansen Line / Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Tokaido Main Line / JR Yokosuka Line / JR Sobu Main Line / JR Sobu Main Line (Rapid) / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Chuo Main Line / JR Keiyo Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line)
      1 minute on foot

    Carian Ketersediaan/Tempah

    Kerana keadaan bagi setiap bilik mungkin berbeza sama ada dari segi bayaran terbaru atau butiran bayaran, sila pastikan di laman rakan niaga.

Bilik pameran dengan dinding bata bersejarah 100 tahun

Bilik pameran dengan dinding bata bersejarah 100 tahun

"Tokyo Station Gallery" terletak di hadapan pintu tiket sebelah utara Marunouchi. Pameran merangkumi pelbagai genre dibuka di ruangan yang sunyi dan tenteram di bangunan Stesen Marunouchi yang juga merupakan bangunan warisan kebudayaan penting. Pengunjung boleh melihat dengan lebih di bilik pameran di tingkat 2, atau melihat sendiri bata yang menyokong bangunan pada waktu pembukaannya. Daripada bata merah dengan kesan terbakar yang tinggal di dinding bata, dapat disampaikan kepentingan sejarah tentang zaman pergolakan seperti kerosakan akibat peperangan dan sebagainya.

  • Tokyo Station Gallery
    • Address 1-9-1, Marunouchi, Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0005
      View Map
    • Nearest Station Tokyo Station (Tokaido Shinkansen Line / Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Tokaido Main Line / JR Yokosuka Line / JR Sobu Main Line / JR Sobu Main Line (Rapid) / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Chuo Main Line / JR Keiyo Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line)
      1 minute on foot
    • Phone Number 03-3212-2485
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari